"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


11 Disember 2008

Maya yang serupa tapi tak sama

Setelah hampir 20 tahun Parti Islam SeMalaysia memerintah Kelantan, hakikat yang diakui oleh rakyat Malaysia ialah jolokan "serambi Mekah" semakin. mejadi kenyataan. Boleh dikatakan kekuatan Pas di Kelantan bukan kerana lain melainkan dengan Islam. Hakikat ini diakui saya sendiri setelah hampir 6 tahun tinggal di Kelantan sewaktu menuntut ilmu di sana. Terkenal dengan banyaknya pusat pengajian pondok dan sekolah-sekolah agama di sana menjadi teras pendidikan Islam yang membentuk serta mencorakkan pemikiran rakyatnya.

Pernah sewaktu berbual dengan salah seorang pakcik di sebuah kedai minum, terpancul di mulutnya "Pas pun kalu tok ikut Islam tok leh gi jugok", sambil membelek akhbar yang dibawanya. Ini merujuk dengan topik perbualan yang dibincangkan sebelumya. Hakikat yang kita wajar terima selama Tok Guru Nik Abdul Aziz mentadbir ialah fikrah Islam yang jelas terbentuk yang lahir ari rakyatnya. Juga ada seorang makcik yang mengatakan kalau UMNO memerintah Kelantan dan teruskan pengajian-pengajian agama seperti di Dewan Zulkifli setiap hari minggu (Jumaat), maka tak teragak-agak makcik tadi menyokongnya. Ini sepertimana yang selalu diungkapkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz sendirijika UMNO kembali kepada Islam sepenuhnya, kita akan bubar Pas sokong UMNO. Ayat ini diulang acapkali sehinggalah selepas pilihanraya umum ke 12 baru ini, mengajak UMNO dan Pas dibubarkan dan bersatu atas dasar Islam. Tetapi segala "syarat-syarat" tersebut bukan mudah parti nasionalis sekular nak terima.

Baru-baru ini semasa pulang ke Malaysia bercuti, sememangnya tidak lepaskan peluang melawat ke Kelantan. Apa yang saya lihat perubahan pembangunan yang amat ketara dan pesat. Walaupun baru 3 tahun saya kunjung ke sana, tetapi perubahan tersebut terus rancak. Menafikan sekali bahawa negeri Kelantan negeri yang gerhana. Paling menarik wanita Islam yang membuka aurat amat jarang ditemui, jika ditemui pun seperti asing melihat mereka.

Pusat pajak gadai Islam ternyata ada di mana-mana, bank-bank kovensional mula mengorak langkah menyediakan sistem perbankan Islam. Kerana mendapat sambutan hangat dari rakyat Kelantan. Sistem pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan Kelantan ternyata bukanlah mengalang sesuatu kemajuan untuk diteruskan, tetapi ianya hendaklah dilaksanakan mengikut syariat. Kelantan pernah ditemplak ketika melaksanakan sistem Dinar Emas. Sememangnya penggunaan dinar tersebut masih tidak meluas, hanya beberapa muamalat tertentu sahaja yang diguna pakai. Tetapi adakah kita tidak dapat menilai bahawa Kelantan sekurang-kurangnya telah memberi komitmen terhadap sistem ini dan memperkenalkannya kepada rakyat. Idea besar Tun Dr Mahathir ini diguna pakai oleh Kelantan. Bahkan tak perlu malu untuk mengambilnya kerana kebaikan untuk ummat Islam itu sendiri.

Perubahan-perubahan ini terus berlaku kerana Pas mentadbir Kelantan bukan sekadar mentadbir, tetapi mengharapkan "Baldatun Toiyibatun Wa Rabbun Ghofur". Apakah nilainya jika kita sangat membina bangunan tapi dalam masa yang sama meruntuhkan nilai Islam dan kemanusiaan? Apakah dengan negara yang terkenal dengan adanya bangunan pencakar langit itu merupakan pra syarat kayu ukur kemajuan yang diertikan?

Teknologi, pembangunan, sains dan segala macam ilmu mempunyai kitarannya sendiri. Manusia terus mengkaji dan menggunakannya untuk kemajuan. Tetapi jika tidak diisi dengan Islam maka sia-sialah kajian tadi. Kajian dan kemajuan yang dikecapi tidak mendekatkan diri pada Allah. Malah menjadi punca keruntahan akhlak dan merosakan akidah umat.

4 ulasan:

  1. Ibn Ali,

    Kita tidak pertikaikan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Apa yang sering saya katakan ialah apakah cadangan gantian terhadap kritikan-kritikan Pas terhadap pemimpin UMNO selama ini.

    Apa yang dilaakukan oleh UMNO adalah untuk membangunkan rakyat mengikut acuannya tetapi Pas mengatakan ianya tidak Islamic. Jadi bila Pas telah berkuasa dan memerintah Kelantan dan sekarang Kedah, apakah cadangan gantian bagi membangunkan orang-orang Melayu.

    Tidak bolehlah bercakap secara retorik sahaja tetapi tidak ada pelan tindakan yang boleh dibuktikan kepada masyarakat.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum.

    Senaraikan apa yang tak Islamic dari UMNO yang dikritik PAS!

    Kemudian, buat perbandingan dengan Kelantan sebagai kayu ukur apa yang PAS buat untuk Islam. SEbab Kelantan sudah hampir 20 tahun PAS perintah. Bolehlah congak2. Sepenggal Perintah terengganu pun korang bleh nilai bagaimana PAS Perintah.

    Orang Melayu tolak "tepi dulu", sepanjang aku ditarbiyah, boleh kira perkataan melayu keluar dari mulut pimpinan.

    Cuma la ni, lain sket, sebab kebanyakan PAS komponen tersekit dalam kerajaan PR. Tak boleh pukul borong dalam keadaan yang sangat berbeza dengan Kelantan ngan Kedah.

    Tetapi walaupun PAS sedkit di selangor dan perak, korang boleh nilai jugak apa kepentingan Melayu yang terhakis. Juga pendidikan Islam, apa yang dikesampingkan!

    Zakat telah diterima semula oleh pelajar selangor di mesir yang dahulunya disekat2. Kuliah2 pengajian di Masjid tidak disekat2 juga seprti mana dahulu. SAR dah dibela semula. Hmm ntahlah banyak lagi nak sebut sini.

    Cuma kalau dalam hal babi menjadikan PAS khianati melayu dalam perkiraan korang. Nampaknya babi pun kesian tengok cara korang fikir.

    BalasPadam
  3. Setuju saya dengan tuan. Pada pandangan saya PAS perlu mengubah mentaliti orang-orang Islam supaya menghayati Islam itu sepenuhnya.

    Sikap rajin berusaha, sikap untuk memertabatkan orang Islam ketahap lebih tinggi, tidak malas, bergerak pantas harus ditanamkan dalam jiwa orang Islam.

    Membiarkan tanah ditumbuhi belukar adalah satu dosa dalam Islam. Oleh itu kena tanamkan semangat rajin berkerja.

    Natijahnya, orang Melayu yang sememangnya Islam akan maju setanding dengan bangsa lain.

    BalasPadam
  4. setuju!! setuju!! sebab tu ana sangat jatuh hati dengan negeri Kelantan sejak ana menjejakkan kaki buat pertama kali di bumi Kelantan pada tahun 2002. Ana berharap suatu hari nanti, negeri Johor juga bakal menjadi seperti Kelantan, cantik akhlak rakyat negeri Johor.

    Di Bintulu ni, tmpt ana kerja berbeza pula, susah nak cari yang pakai tudung apatah lagi yang pakai tudung labuh.. tudung labuh dikatakan ustazah, pdhal engineer... bumi Borneo tmpt sesuai utk 'mengumpul pahala' dengan berdakwah dan menyebarluaskan agama-Nya... jom dtg Borneo!! (kempen ni..)

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai