"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


30 Disember 2008

Palestin: Salah pengundi UMNO dan BN?

Penguasaan proksi-proksi Amerika di dunia Arab dan Islam menunjukkan bagaimana cara Amerika dan Israel memerintah dunia. Negara-negara Arab yang mempunyai mejoriti penduduk Islam sememangnya menjadi sasaran utama Amerika. Bagi siapa yang telah membaca novel bertajuk Maria karangan seorang penulis dari turki, telah menjelaskan segala bentuk penguasaan mereka dari pelbagai sudut. Bagi negara-negara yang pernah dijajah mereka, kemerdekaan yang diperolehi bukanlah kemerdekaan yang mutlak. Sememangnya mereka meninggalkan proksi-proksi mereka yang mampu meneruskan idealisme mereka di tanah-tanah jajahan mereka.

Palestin salah satu negara umat Islam yang tidak terbela dek kerana dikelilingi oleh negara-negara proksi Amerika. Sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniah secara rasmi pada 1924 (tak rasminya awal lagi dari tahun tersebut), umat Islam semakin tidak tentu hala tuju mereka. Negara-negara umat Islam diperintah oleh proksi-proksi jelas muyul (condong) kepada Amerika. Apakah yang hendak diharapkan oleh negara-negara umat Islam sekarang?

Situasi politik yang wujud di negara-negara umat Islam sekarang terang-terang tidak membela saudara kita di Palestin. Negara-negara umat Islam sibuk mengejar kemajuan yang mahu seiring dengan negara-negara maju. Walhal semaju mereka pun tetap menjadi proksi amerika. Benar, kemajuan merupakan aspek penting dalam pembangunan sesebuah negara, tetapi nilai kemajuan tersebut tiada maknanya jika nilai kemanusiaan sejagat dan ruh Islam bukan isinya.

Hari ini, masing-masing sibuk dengan Palestin. Sana-sini palestin. Mahu membebaskan Palestin. Rasanya ahli Parlimen Marang Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sudah berkali-kali membentangkan usul berkenaan Palestin di Parlimen. Namun berkali-kali juga ianya ditolak oleh speaker dengan alasan ianya tidak perlu disegerakan. Ianya seperti dipermainkan oleh demokrasi itu sendiri. Setiap hal memerlukan undi mejoriti. Cubalah dalam hal-hal tertntu umat Islam yang utama, diketepikan sementara ideolagi demokrasi karat kamu tu. Inilah bahana bila diperintah oleh proksi Amerika. Apabila berlaku serangan ke atas Palestin dua hari lalu masing-masing menunjukkan simpati, mengutuk, membantah dan sebagainya. Bukanlah menyindir bagi siapa yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan tersebut. Tetapi mestilah bersendikan tindakan. Apakah kira-kira Israel laknatullah mahu mendengar suara-suara tesebut? Isu Palestin bukan sehari dua berlaku. Lama dan terlalu lama sangat menunggu bantuan dan rayuan, usaha demi usaha perdamaian, tetapi natijahnya tetap sama, kerana apa? Kerana inilah realiti dunia Islam sekarang, kamu menyatakan keIslaman kamu, tetapi jelas kamu menjadi proksi Amerika.

Bush di baling kasut, balasannya ratusan umat Islam Palestin terbunuh. Perkara ini bukanlah perkara umat Islam Palestin sahaja. Benar ia berlaku di sana, tetapi pedihnya sampai ke sini.

Tataplah ayat Al Quran itu sejelasnya. Bagaimana Allah sendiri menyatakan bahawa yahudi dan nasara tidak akan redha dengan umat Islam sehingga mana kita mengikut agama mereka. Namun sekarang tidak perlu murtad pun, hanya menjadi proksi mereka, lalu mudah untuk meratah saudara mara kita di sana.

Sebab itu sebelum ini, saya menyatakan realiti politik dunia Islam sekarang adalah cerminan kepada dunia Palestin. Hal ini tidak akan selesai selagi umat Islam tidak pandai berpolitik, dan hanya tahu berpolitik menjaga periuk nasi sahaja. Sepertimana sekarang, saya yakin jika umat Islam bertukar haluan kepada Parti Islam SeMalaysia segala dasar-dasar utama negara akan berubah. Harapan ini dinyatakan kepada sebuah Gerakan Islam dan seluruh rakyat Malaysia agar yakin dengan gerakan Islam Pas ini untuk menjadi tunjang utama dan langkah pertama merubah lanskap politik Malaysia.

Jangan kamu ingat jika kamu undi UMNO dan BN tidak kena mengena dengan pergolakan dunia Islam hari ini!!!

Semoga semangat 1430 ini bakal merubah mentaliti kita.

Fikir-fikirkan.

4 ulasan:

  1. Salam,

    Kenapa dalam isu global sebegini 'pembangkang' masih menuding jari kepada BN/UMNO sahaja? Bukankah ini tidak adil namanya?

    Mengapa tidak disalahkan diri kita yg masih mencintai 'perpecahan' sesama kita!

    Lagi satu, Maksum sangatkah PAS itu?

    BalasPadam
  2. @Anonymous. Salam. Mana tidaknya, semasa Malaysia menjadi Pengerusi OIC pun, tiada apa yang dilakukan. Pahal banyak sekali desakan dari pelbagai pihak untuk melakukan sesuatu terhadap Israel.

    Begitu juga dengan cadangan-cadangan atau usul yang dikemukan dalam Parlimen. Namun setiap kali ianya dibentangkan, setiap kali itu juga speaker tolak. Dengan alasan tidak perlu disegerakan. Selang beberapa hari Israel mula melancarkan serangan. Sebab itu tidak nampak keseriusan pihak kerajaan dalam hal ini.

    Namun setelah ianya tercetus, dan dunia sekali lagi bangkit dari "kebah". Masing buka mata. Menunjukan simpati. Apakah yang boleh Palestin gunakan dengan USD1juta? Bukan menafikan kebaikan yang sememangnya ada. Tetapi apa yanglebih diharapkan oleh palestin ialah dasar luar negara2 Islam terhadap Amerika dan Israel. Mereka mahukan keadilan dan keamanan. Takkan mereka nak harapkan Kesatuan Eropah?

    Artikel ini untuk kita celik mata sekejap. Ianya satu fenomena yang berlaku di selruh negara Islam. Puncanya masih ramai tidak lihat gerakan-gerakan Islam yang menyertai pilihanraya sebagai saluran yang baik untuk menyatakan satu-satu bantahan.

    Ini belum lihat negara-negara yang pernah dimenangi oleh gerakan Islam seperti seprti di AlGeria oleh FIS dan Turki oleh Parti Refah. Sejurus menang ianya diharamkan dan rampasan kuasa.

    Kita boleh dinilai disitu betapa kuasa-kuasa besar begitu gusar bila gerakan-gerakan Islam menadapat tempat di hati rakyat negara-negara Islam.

    Terbacakah kita tentang pengharaman Hizbul Muslimin ketika dahulu? Ia diangggap puak berhaluan kiri oleh pihak British. Tetapi tidak UMNO.

    Acuan dari seperti UMNO lah, yang banyak di negara-negara Islam sekarang. Sebab itu "proksi2" ini melihat sahaja apa yang berlaku di palestin. Kerana mereka acuan penjajah.

    Apalah nilainya memorandum demi memorandum yang kita serahkan kepada Amerika? Sedangkan Pemerintah kita sekarang tidak menunjukkan sikap yang sepatutnya sebagai negara anggota OIC.

    Apa yang kita nak harpkan di OIC? Sedangkan rata-rata yang duduk di kerusi OIC merupakan proksi Amerika dan Israel.

    Tak perasankah kita jika ada bantahan dari mereka itu hanya ilusi sementara, untuk meredakan keadaan.

    BalasPadam
  3. tapi ustaz.. bukan 1431H ke? ustaz masih di tahun lepas ye.. ;)

    BalasPadam
  4. @ usul_cairo,

    Memang artikel ni dah lama. 30 Disember 2008 bersamaan dengan 2 Muharram 1430.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai