"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


05 Mei 2007

Peluang yang hilang.

Betapa susah memperjuangkan Islam ini hanya Allah sahaja yang tahu. Sirah perjuangan yang panjang sejak bermula wahyu diturunkan. Khaira Ummah ini tetap meniti satu rentetan yang amat sukar untuk ditempuh. Inilah yang dikatakan sunnah orang yang berjuang. Perjuangan ini menuntut satu pengorbanan yang amat besar yang tidak ternilai, ianya hanya dibeli oleh Allah SWT. Setiap apa yang tergalas dalam perjuangan ini dan niat yang tersirat serta sikap yang tersurat adalah gambaran sebenar betapa peritnya perjuangan ini.

Ianya menuntut kita supaya beramal dan mengambil berat dari setiap sudut-sudut penting dalam hiraki perjuangan ini. Bermula dari diri sendiri sehinggalah kalimatul Haq itu ditatang setinggi-tingginya tanpa berbelah bagi lagi. Sehingga tiada siapa yang mampu persoalkannya lagi. Namun cita-cita ini ternyata bukannya mudah seperti yang disangka. Ianya tidak pernah senang. Ombak derita dan keresahan silih berganti. Ujian akan datang dari depan, belakang, kiri, kanan dan setiap ruang. Ianya kadang berbagai bentuk, ada yang mudah tergalas, susah dibawa, senang dibawa sukar digalas. Ada juga yang manis mulanya, pahit akhirnya, kadangkala pahit awalnya dan manis akhirnya.

Kadang-kala mengundang tawa, kadang-kala mengundang marah, kadang-kala mengundang suka dan kadang-kala mengundang seribu tanya. Tawaan dari mereka yang jahil, tidang senang dengan perjuangan ini. Tawaan dari seorang agamawan yang menyemut di manis gula. Marahan dari sanak saudara yang merasakan hidup sebagai seorang muslim sekarang sudah selesai.

"apa yang ada dalam perjuangan kamu? tidak tercatat langsung usul solat berjamaah", "apa yang ada dalam perjuangan kamu? Tidak lebih hanya menyalahkan orang lain!", "perjuangan kamu tidak lain hanya membawa fahaman mengarut!", "wasilah kamu kata? dengan menggunakan cara kufur?".

Namun kadang-kala kita resah dengan apa yang bakal kita tempuhi, gelombang ombak jahiliyah ummah pertama bakal kita tempuhi dan gelombang ombak fitnah ummah bakal mencalarkan kita. Adakah kita tiada peluang dalam perjuangan ini? Atau kita yang tidak berpeluang meneruskan perjuangan ini?

Rintihan seorang pejuang, "kenapa wasilah perjuangan kita ini sukar diterima orang? sedangkan kita mahukan Islam yang sebenarnya?. Bahkan ramai di antara kita yang tahu selok belok Islam ini, tetapi tetap keras dengan kita, tiada tasammuh dengan kita, tetapi boleh dengan golongan sekular, boleh dengan golongan nasionalis"

Adakah kita yang memberi hidayah kepada mereka? Adakah kita berhak atas segala sesuatu? Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Keikhlasan ini yang akan dinilai, keikhlasan ini yang Dia mahukan.

Wahai, para penuntut agama Allah, sedarlah. Kita berada di landasan mana? Kita mahu menuju ke mana? Mengapa kita masih membutakan mata, memekakkan telinga dan membekukan sikap? Kenapa peluang masih kamu beri kepada golongan sekular? Mengapa peluang masih kamu beri kepada golongan nasionalis? Mengapa peluang ini masih kamu berikan kepada mereka yang tidak mahukan Islam?

Kita sering merintih, mengadu, mempersoal kenapa kita masih begini, mengapa Islam masih tidak terbela? Kerana kita masih memberi kepada mereka yang tidak mahukan Islam. Mereka hanya mahukan separuh-separuh. Sedikit sahaja. Mereka mahukan masjid tetapi bukan jamaahnya. Mereka mahu zakat bukan kepada asnafnya. Mereka mahukan haji hanya kemegahannya. Mereka bacakan Al Quran tetapi bukan dusturnya. Mereka mahukan Islam tetapi memerintahkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai