"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


05 Mac 2010

3 hal

Bual-bual Maulid.


Malu berarak pada hari Maulidur Rasul. Ini kerana banyak sunnah-sunnah yang muktabarah kita tinggalkan. Bahkan ada yang wajib yang diperintahkan Allah dan KekasihNya Muhammad kita tidak laksanakan. Terdidikkah kita tentang cinta dan kasih kepada Nabi akhir zaman ini?

Bukan membantah kalau nak berarak dan berselawat. Tapi macam tak kena dengan keutamaannya. Bukan disuruh meninggalkan sambutan Maulidur Rasul ini, tapi jangan ditinggalkan yang lain. Bahkan yang lain lebih wajib dari berarak ini.

Macam tutup buat tahajjud tapi subuh tinggal. Macam berminyak wangi ke masjid tapi bila sampai mengumpat saudara yang lain. Ditampal koyak baju di lengan, tapi dirabakkan pula seluar di bahagian peha.

Sanah Helwa Ya Yazid

Sebagai ahli bait yang baru. Al maklumlah tak berapa ingat hari lahirnya. Bila melihat botol pasir tertulis nama aku yang dihadiahkan oleh Yazid dari Sinai, aku teringatkan hari lahirnya baru-baru ini yang tidak disambut oleh ahli bait barunya.

Selamat Hari Jadi Doktor Muhammad Yazid Hanzir. Semoga panjang umur, murah rezeki dan mati syahid. Moga jadi doktor muslim yang berguna kepada perjuangan Islam.

Futsal Piala Presiden PMRAM

Semalam tamat sudah kejohanan Piala Presiden PMRAM. Tiga hari aku berletih melayan kejohanan ini. Apa yang menjadi persoalan ialah matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Mungkin sesi muhasabah akan dapat jawapannya dari mereka yang terlibat dengan penganjuran ini.

Pada aku kejohanan ini hanya melengkapkan taqwim tahunan dan ia terus menjadi tabiat pimpinan setiap tahun tanpa sebarang kesan yang positif. Pengisian yang sama setiap tahun tanpa ada kelainan, walaupun ianya bertukar format perlawanan dari bolasepak 11 sebelah kepada futsal 7 sebelah.

Apa yang menjadi persoalan aku ialah, sasaran dakwah PMRAM mejoriti ialah mereka yang digelar para ustaz. Mereka yang bermain juga ramai di kalangan ustaz. Namun apa yang dilihat seperti kejohanan-kejohanan futsal anjuran mereka yang di Malaysia. Mungkin PMRAM perlu melihat aspek lain yang boleh disilibuskan dalam setiap program seumpama ini supaya ianya nampak lebih berkesan kepada sasaran dakwah.

Tapi ianya tetap bermakna buat Firdaus Ahmad dan Shazrin Zekri. Sambil bermain sempat menjual hotdog dan burger yang setiap hari. Apatah lagi habis tanpa meninggalkan kesan. Hehe.

2 ulasan:

  1. salam..ttg berarak ketika maulid jgn kita pertikaikan..ade hujah mereka berarah atau bangun ketika memuji nabi kerana nak mmbesarkan nabi junjungan kita..dalam hadis sohih mnceritakan ketika nabi dtg berjumpa saidatina fatimah.,maka saidatina fatimah akan bangun mnyambut nabi begitu juga nabi bangun ketika saidatina fatimah dtg berjumpa nabi..kita jgn pertikaikan perkara yg tlah dilakukan olh ulamak2 kita dahulu,,kalu tak puas hati dgn ape yg tidak dilaksanakan kerajaan antaranye undang syariat cnthnye,maka perkara tu yg kene persoalkan..antara cnth lain,maulid yg ade percampuran lelaki permpuan,maka yg perlu dipersoalkan adalah percampuran tersebut bukan perkara maulid tersebut..ini tlh dijawab olh imam ibnu hajar kalu tak silap didalam rasail hammah mnjawab ulamak yg menolak maulid..berarak adalah salah satu cara utk mnnjukkan kita cnta pada nabi..mndgr lagu negaraku sanggup berdiri tegak inikan pula bila mndgr nama nabi muhammad disebut.dan takde pulak org mpersoalkan ttg berdiri tegak bila mnyanyikan lagu malaysia..

    BalasPadam
  2. @ Tanpa Nama,

    Waalaikumsalam.

    Sikit pun aku tak pertikai pada sesiapa yang nak berarak atau bangun menyambut maulidur Rasul. Mungkin tak sampai maksud tak sampai kepada pembaca dari tulisan aku ni.

    Wallahua'lam

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai