8 haribulan Jun, seperti yang saya sebutkan dalam entri sebelum ini, merupakan tarikh tarikh akhir saya tawaquf sebentar. Tetapi lain jadinya. Tadi selesai menjawab kertas Qadhaya Fiqhiyah Mua'sarah (Pemasalahan Fiqh Kontemporari). Lain jadinya kerana satu lagi kertas soalan Bahasa Qadhaya Fiqhiyah Mua'sarah dianjakkan kepada 14 Jun ini. Ini kerana kertas tersebut yang sepatutnya diambil pada 4 Jun ditangguhkan kerana memberi laluan kepada Barrack Hussin Obama, Presiden Amerika yang membuat lawatan ke Kaherah, Mesir. Oleh kerana itu, satu daerah Kaherah diberikan cuti. Kalau Obama datang Malaysia agaknya diberikan cuti kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya?
Kemudian, ada pengumuman tambahan:
Kemudian, ada pengumuman tambahan:
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG, Jabatan Syariah Islamiah, Kaherah membuat kejutan hari ini apabila mengumumkan peperiksaan 'ulangan' bagi kertas Usul Fiqh bagi tahun 4. (ehsan dari blog Typeace)
Muktamar Parti Islam Se-Malaysia telah pun melabuhkan tirainya semalam. Alhamdulillah, hampir kesemua calon pilihan saya telah menang dalam mengisi jawatan-jawatan yang dipertandingkan. YB Ustaz Nasharudin Mat Isa dipilih Timbalan Presiden, YB Salahuddin Ayob, Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan YB Dato Mahfuz Omar dipilih sebagai Naib Presiden. Namun YB Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah yang turut menjadi pilihan saya terkandas sebagai Naib Presiden. Namun tak mengapa kerana kelima-lima mereka yang bertanding sebagai Naib Presiden adalah mereka yang terbaik melaksanakan kerja masing. Hinggakan rasanya para perwakilan sukar untuk membuat pilihan terbaik mereka. Ternyata Pas tidak ketandusan pemimpin yang baik. Patah tumbuh hilang berganti.
Unity Goverment (UG) hangat kembali meniti mulut-mulut perwakilan dan media. Ada yang setuju dan ada juga yang membantah. Tapi yang membantahnya bukan calang-calang orang, ianya datang dari Mursyidul Am sendiri Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Idea karut!", itu lah yang diungkapkan oleh Tuan Guru Mursyidul Am berkenaan dengan UG ini. Mungkin terkenang saat-saat Pas bersama Perikatan dahulu, Tuan Guru merasakan tiada relevannya UG ini dilaksanakan malah ianya idea yang karut.
Dalam hal ini, saya sebagai rakyat Malaysia dan ahli Pas khususnya belum membuat sebarang pro atau kontranya dalam hal ini. Ini kerana ia hanya dalam kerangka idea sahaja yang dilontarkan oleh Presiden Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika dunia mula menghadapi kemelut ekonomi. Samada ia dilaksanakan atau tidak, tertakluk kepada bagaimana ianya dimesyuaratkan atau diputuskan jawatankuasa Pas Pusat serta Majlis Syura.
Banyak blog-blog yang pro kepada Pas pun ada yang tidak senang dengan idea tersebut, malah sudah banyak terbitkan artikel-artikel menghentam idea tersebut. Bahkan mengolahkan sendiri situasi kerajaan perpaduan tersebut jika terlaksana. Saya akui bukan mudah sebahagian ahli Pas mahu menukar panji perjuangannya, namun:
- adakah hakikat tersebut tidak diakui oleh Presiden?
- Adakah dia agaknya tidak tahu apa yang berlaku semasa berlaku kerajaan campuran Pas-Perikatan dahulu?
- Adakah dia tidak mengetahui hakikat kerosakan pimpinan UMNO sekarang?
- Dan adakah dia langsung tidak mengerti akan gelombang rakyat menolak UMNO-BN dan memberi mandat kepada Pas-Barisan Alternatif dan DAP (Pakatan Rakyat terbentuk selepas PRU-12)?
- Dalam suasana begini adakah dia akan membutakan mata dan memekakkan telinga dengan apa yang disuarakan oleh perwakilan?
Yakinlah, kita berdoa bersama semoga Allah memberi petunjuk kepada Tuan GuruPimpinan yang baru dalam hal ini, mana yang sebaiknya. Saya yakin dengan salah seorang anak didik Ikhwan Muslimin Mesir ini. Apa yang saya harapkan hanya Wahdatul Fikr Wal Amal (kesatuan fikrah dan tindakan) wujud dikalangan pimpinan Pas ini, semoga ianya tidak terus menjadi polemik sehinggakan menjadi barah yang merosakan elemen kekuatan gerakan Islam itu iaitu Sam'u wa To'ah (Dengar dan Taat).
Video: Kerajaan Perpaduan menurut perspektif Dr. Abu Hassan Hasullah, Pengasas Pengajian Masa Depan, Universiti Malaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan