Aku dah tengok filem Indonesia bertajuk 'Perempuan Berkalung Sorban'. Filem tersebut aku nak tengok sebab persatuan Pesantren di Indonesia mahu filem tersebut diboikoit! Maka seluruh persatuan-persatuan agama di Indonesia bangkit dan tampil memberi hujjah masing-masing dan menyeru supaya filem itu diboikot.
Kerana apa? Kerana dikatakan mehina institusi pendidikan pondok dan pesantren di Indonesia. Dikatakan pula menghidupkan fahaman feminisme dan isu-isunya. Amat menyimpang dengan fahaman Islam terhadap wanita itu sendiri dan ada lagi kot, aku pun tak ingat. Tapi biasalah manusia, lagi dilarang lagi mahu nak buat. Aku tengok.
Kerana apa? Kerana dikatakan mehina institusi pendidikan pondok dan pesantren di Indonesia. Dikatakan pula menghidupkan fahaman feminisme dan isu-isunya. Amat menyimpang dengan fahaman Islam terhadap wanita itu sendiri dan ada lagi kot, aku pun tak ingat. Tapi biasalah manusia, lagi dilarang lagi mahu nak buat. Aku tengok.
Aku malas nak tulis panjang-panjang, aku hanya tulis beberapa babak yang memang patut filem ini diboikot. Sebelum itu banyak skrip-skrip yang agak keterlaluan, untuk didengar! Seperti "Islam enggak adil sama perempuan", "enggak ada dalilnya Shah, itu dalilnya sendiri",
Antara babak yang bodoh:
- Gaya Kiyai mengajar, dengan kaki sebelah pijak kerusi, bentak-bentak.
- Kiyai memukul anak perempuan di dalam bilik air dan menampar mukanya.
- Mbak Anisah salam tangan posmen.
- Aksi pukul isteri, cium-cium, berjimak sambil didengari isteri lain yang sedang menjaga anak madunya. (aksi ini paling bangsat)
- Menyebut nama-nama kitab mulia sebagai dalil bagi menghalalkan tindakan suami memaksa keras isteri untuk melayannya. Antara kitabnya Kitab Ihya, Bulughul Maram dan Bidayatul Mujtahid. Secara tidak langsung menggambarkan persepsi yang salah dari nama-nama kitab tersebut, dan ianya boleh menjadi fitnah kepada ulama-ulama yang mengarang kitab tersebut.
- Azan terus berkumandang ketika suami memaksa isteri melayan di bilik air.
- Memaksa isteri berjimak, walaupun isteri dalam keadaan sarat mengandung dan haid.
- Menggambarkan poligami dengan seburuk-buruk rupa.
- Menggambarkan persepsi buruk kepada pelajar yang berebut-berebut menyusun selipar kiyai dan merebut lebihan makanan kiyai.
- Berdua-duaan di stor bersama dan ada juga aksi-aksi peluk cium.
- Memutar belitkan hukum had zina, secara langsung menghina hukum Allah yang thabit dan qatei'.
- Kawan Anisah bernama Shah bebas melayan teman lelaki di dalam bilik. Tanpa rasa malu kepada anisah, dan mengungkapkan perkataan "bebas itu enak", dan Anisah meng-iya-kan. (ini juga aksi bangsat)
- Mimpikan ayah dan suaminya seolah-seolah Allah memberi petunjuk bahawa kerja-kerjanya benar.
- Kerja dengan Persatuan Membela wanita, macam SIS la kat Malaysia ni.
- Pesantren mengharamkan dan membakar buku-buku atau majalah yang terlarang. (Memang terlarang pun, novel-novel cinta, yang entah apa-apa)
- Akhirnya pihak kiyai pun berjaya dilenturkan dengan fahaman liberal dan "bebas"
Dengan adanya babak-babak seperti ini, aku yakin kalau korang pun maki-maki jugalah macam aku. Huhu.
Tapi ada juga babak yang baik boleh dipuji antaranya:
Tapi ada juga babak yang baik boleh dipuji antaranya:
- Suami yang memahami dan saling membantu.
- Isteri yang sentiasa memelihara auratnya.
- Solat malam untuk menghilangkan rasa stress dan trauma.
Filem ini, menggambarkan pihak penulis skrip dan pengarah tidak melihat secara jelas mungkin bagaimana pendidikan pondok itu. Juga bagaimana erti kebebasan yang dianjurkan Islam. Juga bagaimana Islam menguruskan institusi keluarga dan wanita.
Korang nak tengok ke? Baik korang layan Transformers huhu
Korang nak tengok ke? Baik korang layan Transformers huhu
memang tak lah bgus sgt..tapi..
BalasPadamustaz komen lah citer2x mlyu lain yg macam citer tuh klu nak komen sgt.huhu.
apa pun....msg citer nh bgus.