"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


11 Jun 2009

SIS + UMNO = Sesat?

Bila Sister In Islam (SIS) didesak supaya dikaji dan diharamkan, banyak songeh betul. Ada yang tak setuju, ada yang kata ekstreme, ada yang kata terlalu keras, ada yang kata melampau dan sebagainya. Tak kurang juga ada yang menunjukkan rasa simpati kepada SIS.

Kenapa ianya sukar nak diharamkan? SIS ini tak silap merupakan pertubuhan yang diasaskan oleh Amina Wadud salah seorang pemuka sesat dalam Islam. Pernah menjadi kontroversi mengeluarkan fatwa wanita boleh imamkan solat bersama lelaki serta saf solat jamaah boleh bercampur lelaki dan perempuan.

Mahathir kata:
"Dalam kebanyakan contoh, mereka menyatakan petikan-petikan ayat Quran dan Hadis bagi menyokong pandangan mereka. Jika kita tidak bersetuju, berikan sebab mengapa kita tidak bersetuju. Tetapi langkah untuk mengharamkannya adalah terlalu keras"

Karpal Sigh kata:
" tindakan itu tidak akan menjadikan PAS lebih disayangi oleh mereka yang menyokongnya dalam pilihan raya umum Mac lepas"

Maria Chin Abdullah kata:
"Orang yang membuat cadangan itu kita anggap sebagai tidak relevan, dan cadangan itu juga tidak relevan"

Dr Mohd Asri kata:
"Gerakan Islam perlu berfikir secara meluas, tidak boleh jumud. Besok, mungkin kumpulan lain pula terkena. Ianya perlukan satu pengadilan yang adil. Saya tidak bersetuju dengan desakan haram mengharam ini."

Cuba kita selidik kenapa kumpulan Ayah Pin kena haramkan? Kenapa juga beberapa kumpulan yang didakwa sesat juga diharamkan? Kumpulan Husin Anak Rimau lah, Kumpulan Rasul Cikgu Kahar lah dan banyak lagi lah! Begitu juga dengan Jemaah Darul Arqam diharamkan.

Mereka bergerak dengan hujah mereka juga. 'Rasul' Kahar juga menggunakan hujah ayat Quran mendakwa beliau merupakan rasul dari kalangan orang melayu. Ayah Pin mendakwa pengasas agama hindu dan layan semua agama kat bumi ni (kerajaan langit).

Sudah tentu pihak berwajib menjalankan tugas mereka menyiasat tentang perjalanan dan aktiviti mereka. Bila bukti dah cukup barulah boleh diharamkan.

Bagi aku SIS sama sesat macam Ayah Pin. Pertikai Hudud dan Qisas, Hukum Faraid, Hukum Menutup aurat yang merupakan hukum yang bersumberkan dalil qatie dalam quran serta ijmak ulama.

Sifir mudah:
Ayah Pin + SIS + Al Arqam + UMNO = Sesat

3 ulasan:

  1. salam..ksian arqam dikaitkan sekali same cam ayah pin,SIS dan umno kan arqam tu sume berpurdah yg pompuan ,yg lelaki berserban jubah,cuba bangunkan cara hidup islam pon kna gak dilabel sesat ea..mn taknye sikap kita yg suka salahkan org lain ,tapi x nak salhkn diri sndiri.camne la nk kate bersatu kan...

    BalasPadam
  2. @ Al-haQiem, minta maaf kalau enta terasa. An hanya naqalkan apa yang berlaku di negara kita. Juga apa yang berlaku.

    Ana quote semula kalau enta tersalah faham:

    "Sudah tentu pihak berwajib menjalankan tugas mereka menyiasat tentang perjalanan dan aktiviti mereka. Bila bukti dah cukup barulah boleh diharamkan."

    Tiada agenda lain atau merendah atau meleceh mana-mana golongan tapi itulah sejarah yang berlaku.

    Jika enta nak pertahankan Al Arqam, silakan!

    Wallahua'lam

    BalasPadam
  3. hehehhe..xde la xpe..arqam pun da xde...yg ade islam ..tulah yg perlu dipertahankan dan diperjuangkan ..k slamat berjuang ye...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai