Rakyat Mesir bersolat di tengah-tengah jalan di bandar Tahrir |
Polis Israul sedang mengawal rakyat Palestin bersolat. Tiada bezanya dengan polis Mesir. |
Menjadi tanda tanya ramai rakyat Malaysia tentang kelembapan kerajaan Malaysia a.k.a Bini Najib (BN). Sedangkan Kerajaan Singapura dan Indonesia bertindak pantas. Selamat sudah rakyat Singapura di negara mereka. Itu regim Lee Kwan Yu. Regim Bini Najib ni yang kata Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan masih terkial-kial membuat keputusan.
Keadaan di Mesir besar peratusnya masih lagi dalam keadaan terkawal. Rakyat sudah mengambil alih peranan Polis untuk menjaga keamanan. Berkawal di rumah masing dengan ukhuwwah sesama jiran. Termasuk aku yang diminta berkawal bersama.
Hanya di bandar sasaran kemarahan rakyat seperti di Tahrir dan Iskandariah yang menjadi mangsa. Kehebatan rakyat Mesir berdemonstrasi sangat mengkagumkan aku. Tiada unit amal yang berkawal di hadapan. Mendirikan solat di tengah-tengah medan Tahrir dengan seramai 3 juta orang. Rasa terharu dengan mereka yang sanggup berdepan dengan kekerasan polis sehingga membawa 10 kematian setakat ini.
Inilah bahananya bila rakyat sudah mula mual dan tertekan sekian lama. Ini merupakan pilihan yang sangat sukar sebenarnya. Bukan tiada pilihan lain, tetapi pilihan lain membuatkan mereka diperbodohkan sahaja. Selama 30 tahun regim Mubarak memerintah ini, 2011 merupakan tahun kebangkitan rakyat Mesir.
Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil terutama kepada kerajaan-keraajan di dunia yang ada sekarang. Mereka diingatkan menjalankan tugas dengan sebaiknya dan jangan sesekali memperbodohkan rakyat marhaen. Tidak dinafikan masih ramai rakyat tidak perasan ditipu dengan kerajaan-kerajaan yang ada hari ini. Mereka mudah digula-gulakan sehingga hilang maruahnya. Jadilah rakyat yang cerdik yang tahu hak mereka. Malang sekali jika berjuta-juta rakyat ditipu oleh segelintir manusia yang digelar Presiden, Perdana Menteri dan lebih malang ditipu oleh isteri-isteri mereka!
Assalamu'alaikum wbt ustaz...
BalasPadamAkhirnya mual telah membangkitkan ketidaksiuman rakyat. Selamat mengharungi episod perjuangan baru di sana. InsyaAllah, moga ada sinar di bumi Kinanah itu.
Allahu Akhbar Wa Lillah Al-Hamd~
Tambahan:
1. Cik Puan Leila Trabelsi bawa lari jongkong emas berjuta. Cik Puan Suzanne Mubarak nak bawa lari apa pula? Piramid ke?
2. Semalam saya nampak Datin Seri Imelda Marcos 1Malaysia kat TV. Nampak tidak tenteram hati, tapi masih anggun menyambut Tahun Arnab.
@ Izzah Al-Maliziyyah
BalasPadamWaalaikum wbt ya ustazah,
Rasa tidak sabar melihat kejauthan regim Mubarak. Sebenarnya pemerintahannya bukan sahaja memualkan rakyat sendiri, bahkan kami yang duduk bertahun-tahun di sini sangat mual dengan karenah birokrasi yang terlalu banyak di Mesir ini.
Belum lagi melihat bagaimana rakyatnya sendiri yang mahu mendapatkan perkhdmatan kesihatan dari hospital kerajaan yang termaksa bercangkung beramai-ramai mendapatkan perkhidamatan tersebut.
Masalah rasuah yang sangat menakutkan, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya. bayangkan saya sendiri terpaksa menghadapi masalah ini.
Tambahan:
1. Dimaklumkan seluruh keluarga Mubarak telah ke London
2. Teringatkan RM111 diperuntukkan. jangan dibuat tidur di Hotel Termahal Dubai lagi sudahlah.
3. Indonesia dan Singapura membuat penerbangan terus dari Mesir ke negara mereka secara percuma. Tetapi Malaysia masih terkial-kial membuat keputusan. Keputusan awal lepak di Jeddah.