Pendaftaran Pengundi Tidak Hadir atau PTH telah dibuka oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semenjak oktober 2011. Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan serta memenuhi syarat sepertimana yang termaktub dalam Peraturan 2(e) dan 2 (f) peraturan-Peraturan Pilihan Raya 2002 (Pendaftaran Pemilih) layak untuk mendaftar. Pengundi Tidak Hadir (PTH) adalah warganegara yang berumur 21 tahun ke atas yang dibenarkan mengundi secara Pos yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya.
Oleh itu, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah melantik pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia serta beberapa Pejabat lain seperti Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Pejabat Konsulat General, Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia, Pejabat Jabatan Penuntut di seluruh dunia sebagai penolong pendaftar pemilih bagi memudahkan urusan pendaftaran Pengundi Tidak Hadir bagi membantu SPR dalam mengemaskini daftar pemilih rakyat Malaysia di luar Negara.
Namun, apa yang dikesalkan adalah tindakan Kedutaan Malaysia Kaherah yang tidak serius dalam isu pendaftaran PTH ini. Kedutaan hanya mengambil jalan mudah bermula Januari ini dengan sekadar memohon kepada pegawai-pegawai negeri untuk mengumpulkan maklumat pelajar yang berusia 21 tahun ke atas tanpa disertakan borong pendaftaran. Malah, sehingga kini Kedutaan Malaysia Kaherah tidak langsung mengeluarkan sebarang pekeliling untuk mempromosi pendaftaran PTH sepertimana yang dilakukan kebanyakan Pejabat-pejabat Kedutaan Malaysia di seluruh dunia menerusi laman web rasmi mereka semenjak Oktober tahun lalu.
Justeru, Presiden SUARA, saudara Mohd Firdaus Madzlan telah menghubungi pihak kedutaan untuk mendapatkan beberapa maklumat mengenai isu ini. Namun respon balas pihak berwajib agak mengecewakan. Pihak SUARA akan memanjangkan isu ini ke peringkat Malaysia andai ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk memanipulasi isu ini. Memandangkan undi adalah hak semua rakyat Malaysia, maka pihak Kedutaan Malayasia Kaherah yang telah diberi amanah seharusnya lebih serius dan kompeten untuk meramaikan rakyat Malaysia di Mesir mendaftarkan diri sebagai pengundi tanpa memilih golongan-golongan tertentu sahaja. Mahasiswa juga harus diberi peluang yang sama dalam proses membina negara menerusi sistem demokrasi pilihanraya.
SUARA mengharapkan ribuan rakyat Malaysia di Mesir yang layak sebagai Pengundi Tidak Hadir Luar atau PTH dapat dipermudahkan urusan pendaftaran mereka.

Sumber : Suara Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan