Berikutan dari maklumat yang saya terima iaitu isu Pengundi Tidak Hadir (PTH):
Pendaftaran Pengundi Tidak Hadir atau PTH telah dibuka oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semenjak oktober 2011. Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan serta memenuhi syarat sepertimana yang termaktub dalam Peraturan 2(e) dan 2 (f) peraturan-Peraturan Pilihan Raya 2002 (Pendaftaran Pemilih) layak untuk mendaftar. Pengundi Tidak Hadir (PTH) adalah warganegara yang berumur 21 tahun ke atas yang dibenarkan mengundi secara Pos yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya.
Oleh itu, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah melantik pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia serta beberapa Pejabat lain seperti Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Pejabat Konsulat General, Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia, Pejabat Jabatan Penuntut di seluruh dunia sebagai penolong pendaftar pemilih bagi memudahkan urusan pendaftaran Pengundi Tidak Hadir bagi membantu SPR dalam mengemaskini daftar pemilih rakyat Malaysia di luar Negara.
Saya salah seorang rakyat Malaysia yang menetap di luar negara, merasakan apa yang berlaku amat-amat dikesalkan. Hal seperti ini tidak boleh dipandang ringan oleh mereka yang bertanggungjawab untuk menguruskannya. Memandangkan mereka yang menetap sebagai rakyat Malaysia di Mesir samada belajar mahupun bertugas mesti mendapat hak yang sewajarnya.
Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Mesir (KBMK) mesti memberi penjelasan lanjut dengan masalah ini, apakah yang sebenarnya yang berlaku, sehingga kelewatan maklumat ini selama tiga bulan. Selama tiga bulan ini rakyat Malaysia di Mesir yang prihatin dengan sistem demokrasi di Malaysia ternafi hak untuk mendapat maklumat sepenting ini.
Tidak dapat tidak, pihak KBMK perlu membuat penjelasan kepada ribuan rakyat Malaysia di Mesir yang layak mengundi selewat-lewatnya seminggu dari tarikh ini. Samada melalui media elektronik, cetak, pekeliling atau sebagainya mestilah dilakukan segera! Jika hal ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak KBMK, ianya merupakan sikap tidak bertanggungjawab dan hal ini mesti mendapat perhatian dari Yang DiPertuan Agong dan Kerajaan Malaysia!
Mohd Akhmal Mohd Ali
Mohd Akhmal Mohd Ali
Penasihat,
Gerakan Suara Rakyat (SUARA)
Dah boleh mengundi ke kat mesir?
BalasPadam