"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


13 Mei 2010

PLKN melahirkan modal insan dan "melahirkan" insan

Semakin menjadi-jadi masalah sosial ni. Semakin parah. Manusia semakin degil. Manusia yang bernama muslim pun sama degil. Tiada biah solehah (kondisi atau lingkungan yang baik) dah di Malaysia ni. Sudahlah haruk dengan judi kemudian dapat lesen judi pula tu! Yang haram jadi halal.

Sementelah dalam program membina modal insan pun ada yang betul-betul "melahirkan insan". Kecut perut aku baca surat khabar Malaysia sekarang ni. Banyak kerja dakwah, dan kerja dakwah ni bukan kerja para ustaz dan ustazah sahaja. Ianya kerja setiap insan bernama muslim.

Apabila kita hanya faham Islam itu hanya sekadar ritual upacara keagamaan sahaja, tidak berbentuk
Ad Din Wa Ad Daulah ia semestinya merencatkan kesyumulan Islam itu sendiri. Malah pembawakan kita sebagai seorang yang bergelar muslim juga terbantut dek kerana kekangan suasana. Kita wajar membentuk biah solehah ini!

Tapi siapa lagi nak menggalas tugas ini? Nabi dan Rasul sudah tiada. Malah ulama pun kadang-kadang ada sebahagian besarnya berkompromi dengan sekularis. Jadi, jangan kita terkejut bila yang memainkan peranan ini adalah mereka yang bergelar peniaga pasar, nelayan, penoreh getah malah yang tidak habis sekolah. Ini kerana mereka yang sepatutnya telah mengalih tumpuan kepada hal dan dunia lain, bahkan seronok dibuai kehidupan "makan gaji".

Bentuklah
biah solehah bermula dengan diri kamu. Kemudian keluarga kamu. Kemudian masyarakat sekeliling kamu. InsyaAllah negara kita boleh menikmati biah solehah dan mahmudah (terpuji) bahkan mendapat ampunan Tuhan.

Wallahua'lam

Sumber berita: Harian Metro

11 Mei 2010

JPMK pun UMNO guna!

Polemik menggunakan masjid untuk politik kepartian bergema lagi. Hingar bingar ini kadang-kadang meletup dan kadang-kadang hilang dibawa angin. Ianya tengok keadaan UMNO. Kadang-kadang arak dan judi itu haram bagi UMNO tetapi adakalanya ianya halal. Sebab itu aku tidak rasa apa bila UMNO bising-bising jangan guna masjid untuk kepentingan politik. Memang sesiapa di kalangan manusia yang mengUMNOkan dirinya akan berkata demikian.

Bagi aku baik kita persetankan sahaja ungkapan ini. Kerana ianya digunakan UMNO juga! Malah bukan di masjid tetapi hingga ke Mesir ni! Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) menjalankan kerja-kerja cawangan UMNO di Malaysia. Malah KELAB UMNO KAHERAH seperti anak emas JPMK, sehinggakan pegawainya turun padang membantu mengemas dan mengecat pejabat UMNO Kaherah. Ini kerja-kerja UMNO di JPMK!

Kemudian Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Sebuah jabatan yang terang-terang menjalankan modus operandi UMNO kepada mahasiswa. Baru-baru ini mereka datang membuat penerangan berkenaan dengan 1Malaysia, kes liwat dan sebagainya. Tetapi buku yang diedarkan berlambangkan jata negara tertulis nasihat "SELAMAT BERJUANG UMNO!". Aku tak kesah sangat kalau nak sampaikan 1Malaysia tu. Itu hak kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat berkenaan dengan gagasan perdana menteri kita. Tetapi bila UMNO sewenang-wenangnya menggunakan jabatan kerajaan untuk berkempen ini sudah melampaui batas. Bukan semua rakyat ahli UMNO dan semestinya rakyat yang bukan UMNO ini juga membayar cukai untuk kepentingan kerajaan. Tetapi bila UMNO sudah tak malu begini, ianya sudah melampaui batas.

Begitu juga dengan sekolah! Banyak sekolah-sekolah hal milik kerajaan banyak buat program UMNO, dan kadang-kadang menggunakan dewan sekolah untuk menjalan mesyurat agung tahunan mereka. Miskinnya UMNO sampai tiada bangunan sendiri untuk buat mesyuarat! Nampaknya PAS Kawasan aku lebih berduit apabila mampu sewa dewan hotel untuk menjalankan mesyuarat agung tahunan!

Jadi, UMNO jangan buat-buat terperanjatlah bila rakyat mula guna masjid untuk berpolitik! Sultan pun janganlah butakan mata sahaja bila UMNO melakukan segalanya! Rakyat pula jangan terperanjat bila UMNO buat kenyataan jangan gunakan masjid untuk berpolitik. Ini kerana sememangnya UMNO sudah lama memisahkan agama dengan politik! Tidak hairan bila masjid cuba untuk dijauhkan dengan politik. Bukan susah sangat nak faham laras bahasa UMNO ni!

Padahal, kalau kita baca sirah Nabi SAW, punya rapat umat ni dengan masjid. Semua aktiviti umat dimulakan di masjid. Nampak masjid ini diimarahkan dengan fikrah dan amal yang satu! Bukan fikrah dan amal yang berasingan! Bahkan cacamarba dibuat UMNO!

Tak tahulah aku kalau-kalau ada orang UMNO dapat wahyu, soal-soal politik tak ditanya Allah di padang mahsyar kelak! Wallahua'lam

08 Mei 2010

Bala Piala Dunia 2010

Piala dunia 2010 bakal berlangsung tahun ini. Seluruh dunia bagai nak gila sambut piala dunia. Apatahlagi ianya bakal dibuat di Afrika Selatan yang rata-rata mereka yang duduk di benua afrika ini gila bola termasuk sebahagian besar rakyat Mesir.

Baguslah, main bola keluar peluh tubuh sihat. Buat pertandingan supaya timbulkan rasa ukhuwah dan persaudaraan antara pasukan yang bertanding. Jika lihat dari sudut ekonomi ia bakal membantu ekonomi tuan rumah pertandingan, kerana seluruh dunia tertumpu ke negeranya sahaja.

Tapi ada negara yang seluruh rakyatnya baru 25 juta. Umat Islam lingkungan 60% dan ditadbir oleh mereka yang beragama Islam. Sultan dan raja di seluruh negerinya menganut agama Islam. Malah ada Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam setiap negeri. Eh, Universiti Islam Antarabangsa pun ada! Radio Islam pun ada, hari-hari dengar nasyid dan ceramah! Sekolah Islam pun banyak. Pondok mengaji agama pun boleh tahan. Masjid apatahlagi, cantik dihias macam-macam walaupun makmum hanya setengah saf. Negara ini timbang nak luluskan lesen judi bola sempena meraikan Piala Dunia yang bakal dilangsungkan nun di Afrika Selatan.

Ini agaknya bala bila Parti Dacing mengemudi pemerintahan negara. Semuanya nak buat pertimbangan, hinggakan hal yang sah-sah haram pun ada nak timbang-timbang! Haram ke halal? Kalau bagi lesen jadi "halam" agaknya.

Teringat semasa kempen pilihanraya Hulu Selangor, punya kesian calon parti pembangkang juga bekas ahli Parti Dacing dibantai cukup-cukup kerana dikatakan kaki botol. "Minum arak ini haram, calon parti lawan kaki botol, jangan undi dia" galak berkempen sana sini. Sampai kawan tu insaf pun tak pedulinya. Tup-tup nak timbang-timbang luluskan lesen judi bola. Agaknya tak cukup dengan lesen judi di bukit Genting tu agaknya. Sport Toto-nya lain yang kadang-kadang ada makcik beragama Islam yang turut sama menikam nombor. Kesian bukit Genting tu, ikutkan hati bukit Genting tu, nak sahaja dia meruntuhkan dirinya.

"Hayya! Wa punya laki, talak balik lumah! Balik-balik sula mabok woo! Dia pukui sama gua! Dia pukui sama anak! Wa talak tahanlah! Ini kilajaan mahu bagi lesen judi bola lagi! Habislah wa!" luah nyonya kepada wakil rakyat kawasannya.

Bala piala Dunia 2010 akan datang tak tahulah agaknya apa. Asyik mahon murka Allah sahaja negara bertuankan Dacing ni.

Ya Allah selamatkanlah kami jika Engkau mahu turunkan bala nanti! Kami sudah nasihat dan tegur kerajaan Dacing ini. Tetapi mereka enggan juga!

Sumber: Malaysiakini

03 Mei 2010

Telinga

Kalau tersinggung dengan artikel aku. Aku memang sengaja nak bagi tersinggung. Apa guna kalau aku tulis tidak memberi sebarang kesan? Bukan sebarang tersinggung, biar kena batang hidung! Kalau tidak puas hati sila hubungi aku dan minta penjelasan "kenapa dan mengapa?" Aku pun sudah menulis awal-awal di atas entry ini.

Tak perlu tuduh aku pasang telinga kerana Allah SWT telah menyediakan telinga sejak aku lahir. Tapi tidak tahulah jika ada yang ada telinga tapi tidak mahu mendengar, ada mata tak mahu melihat, ada hati tak pandai nak menilai dan ada otak tak nak pula berfikir! Firman Allah:


وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُون

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai" Surah Al A'raf ayat 179

Adakah peringatan Allah ini tidak cukup bagi kita yang hanya memikirkan kepentingan peribadi dari kepentingan umat keseluruhannya? Adakah kerana tersinggung seorang dariorang yang tidak memahami situasi sekarang lebih penting mahu dijaga hatinya dari masalah umum yang mungkin berlaku pada masa akan datang?


Masih ada di kalangan kita ini mahu menjadi ulama yang sempit pemikirannya. Senak perutnya. Diperuk hatinya sedalam-dalamnya dan tidak mahu memikirkan apa yang berlaku. Aku ingin sekali melihat mereka ini menjadi agen perubahan yang konon pada awal mengatakan tidak mahu mencampuri urusan politik! Tetapi malangnya tiada apa setelah hampir tiga hingga empat tahun di sini seperti tidak kesan yang terasa dan hanya terbang ditiup angin dan hanyut dibawa arus. Bahkan kelihatan pula wajah iras-iras pengkhianat kepada perjuangan mahasiswa di sini.

Bayangkan sahaja dengan masalah mahasiswa yang bertimpa-timpa ketika ini, boleh sahaja bersuka ria meraikan hari keluarga! Bukan salah membuat hari keluarga dengan tujuan baik. Tetapi ianya salah apabila menjadikan ianya untuk lari dari masalah dan tanggungjawab. Kamu dihantar ke sini demi untuk menyelesaikan dan membantu sebarang masalah pelajar yang berkaitan. Bukan menambah masalah yang sepatutnya ditidak perlu!

Bayangkan pelajar di sini terpaksa bertentang dengan pihak pentadbiran JPMK yang meletakkan double standard kepada mahasiswa-mahasiswi di sini. Seperti tidak perlu ada masalah seperti ini sebenarnya! Apatahlagi JPMK sibuk dengan kerja-kerja menyebarkan dakyah UMNO dan mengambil alih tugas ketua-ketua cawangan UMNO!

Ingatlah dan renunglah dalam-dalam menggunakan isi hati kamu! Kamu bukanlah orang lain di kalangan kami! Kamu ialah mereka yang mengaji agama yang sealiran dengan kami. Yang telah pun memahami dan memfahiqi masalah awal daripada kami! Janganlah pula menjadi liabiliti kepada kami mahasiswa di sini. Sedangkan tersengih golongan sekularis melihat kita begini.

01 Mei 2010

Hish! Apa politik-politik ni?

"Assalamualaikum kawan-kawan, ni siapa nak tandatangan untuk menyokong bantahan tuduhan 90% pelajar Johor di Mesir menyokong pembangkang!" jelas Nadim buat rakan-rakan lepas main futsal.

"Hish! Apa ni politk-politik! Aku tak masuk campur!" respon Mikail kepada umum dan Nadim khususnya.

"Ish, tak matang lagi budak ni" hati aku mencelah.

"Ini bukan isu politik semata, ini isu kebajikan kita di sini! Juga tanda simpati kita kepada Pegawai Kebajikan kita di sini!" jelas Nadim.

"Hmm, kalau aku tandatangan ni bagaimana pula dengan zakat? Ish takutlah aku!" jelas Pagok kepada Nadim.

"hai.. macamanalah mahasiswa sekarang ye. Masih lagi menjaga maslahah diri sendiri dari maslahah umum. Masih tak tahu membezakan isu-isu kepentingan umat dengan kepentingan diri" hati aku berbicara lagi.

Aku hanya memerhati sahaja sambil tangan ini menandatangani kertas A4 tanda sokongan terhadap bantahan itu. Usaha mulia yang dimulakan Nadim ternyata mendapat perhatian Pegawai.

"Tak usahlah, biar saya tangani seorang masalah ini. Awak tumpukan kepada peperiksaan yang bakal menjelma ni. Hafaz banyak-banyak!. Tuduhan itu pun bukannya ada hitam putih! kontrak saya pun dah nak tamat" jelas pegawai kebajikan tersebut kepada Nadim di corong telefon bimbit.

"Masalah ini bukan masalah dia seorang. Ini masalah bersama dan perlu ditangani bersama!" jelas aku kepada Nadim.

Apa kena mengena tandatangan dengan imtihan (peperiksaan) ? Imtihan tetap imtihan, kerja kita tetap dijalankan! Ini isu mahasiswa! Ini isu bersama!

"Eh, aku APCO, aku ISMUN, boleh ke aku tandatangan ni?" tanya Demak kepada aku.

"Lagi bagus! kenapa tidak? Kita amalkan demokrasi. Demokrasi tidak menyekat pendangan orang lain!" jelas aku lagi.

Inilah sebahagian minda dari mahasiswa al azhar yang aku jumpa dan kenal. Fikrah mereka masih lagi terbelenggu dengan penyakit-penyakit lama yang aku sangka sudah sembuh sejak gelombang kebangkitan Islam dahulu.

Bayangkan mereka yang tidak mahu mencampuri urusan politik, tetapi gemar pula mencampuri urusan-urusan lain. Main bola mahu! Nasyid mahu! Makan mahu! Tapi bila politik itu NO!

Tahukah kamu, tersengih tersenyum lebar mereka yang mendoktrin kamu dengan fikrah begini! Senang kerja mereka nak menjahanamkan mahasiswa al azhar!

Tahukah kamu! Dalam masa kamu tidak mahu masuk campur urusan politik yang kamu dakwa ini! Dalam masa yang sama orang-orang politik setiap hari masuk campur dan menangani masalah kamu!

Merekalah yang memerintah negara. Merekalah yang membuat segala polisi, akta dan menggubal undang-undang! Merekalah yang membentuk suasana sosial dan pemikiran. Merekalah yang mengurus ekonomi dan meletakkan berapa ringgit sebulan di kocek bapa kamu! Semua ini merekalah!!! Bukan aku! Bukan Syeikh Al Azhar! Bukan Ammu Ambuba! (pakcik jual gas).

Teringat kata-kata Saidina Uthman bin Affan R.A
"jika apa-apa yang tidak dapat diselesaikan dengan Al Quran dan Sunnah, maka ia akan diselesaikan dengan siasah!"

Siasah itu sendiri ialah:

"إقامة الدين وسياسة الدنيا به"
"Menegakkan agama dan menguruskan dunia ini denganya (agama)"


Tetapi kamu dengan senang hati meletakkan fikrah tidak mahu mencampuri urusan ini! Tunggulah nanti bala Allah!

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai