1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.
2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain.Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: "Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri."
3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.
4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.
5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.
6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak.Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.
Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
"Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam." (Surah Al An'aam: Ayat 45).
Tak mahu sebut pasal moral. Hal berkenaan dengan moral semuanya terbatal dek kerana undang-undang. Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat masih sah sehingga Sidang Dewan Undangan akan datang, sehingga dewan yang ada sekarang dibubarkan atas kehendak YAB Menteri Besar bersama ADUN yang ada sekarang, atau dibubarkan atas kehendak dan Perkanan DYMM Tuanku atau ada usul tidak percaya dalam dewan dalam sidang akan datang akan datang.
Dalam isu Perak ini, bagaikan politik "nasik kerabu". Haru biru dibuatnya oleh "Parti Biru". Apakah ini yang Najib harapkan bentuk pemerintahan negara yang bakal dia pegang bulan Mac ini? Mungkin sekarang beliau senyum dan tersengih dengan 3 orang ADUN Perak yang terdiri dari mereka yang bermasalah. Namun jangan ini pada Pilihanraya Umum akan datang Najib boleh tersenyum. Kerana rakyat yang bijak boleh menilai bagaimana dengan corak pemerintahan Najib akana datang dek kerana situasi baru di negeri Perak. SPR sekali lagi diperbudak. Walaupun telah menunjukan prestasi agak baik sebelum ini. Dalam suasana trend rakyat menolak UMNO. Logikkah Najib untuk menghadapi pilihanraya kecil? Tindakan paling baik ialah 'melompat'!! Kerana ia sah di sudut perundangan, walaupun mempersetankan mandat rakyat melalui pilihanraya. Seperti negara ini UMNO yang punya. Seperti negara ini Malaysia BIN UMNO.
Nah! Lihatlah perancangan licik Najib! Aku boleh simpulkan ADUN Bota sengaja disuruh melompat ke BN, supaya rakyat tidak perasan dengan dua ADUN bermasalah PKR yang diculik! ADUN DAP yang menafikan melompat. Tajol Rosli menghadap Sultan Perak. Akhirnya keempat-empat ADUN tersebut sertai BN. Dalam keadaan MB Perak meletakkan sedikit harapan untuk tidak membubarkan DUN. Maka sidang akhbar dibuat untuk mengisytiharkan sokongan BN dari keempat-keempat ADUN tersebut membuatkan MB terlambat untuk membuat pengisytiharan DUN.
Sekarang nyawa Kerajaan Perak terletak atas kebijaksanaan Tuanku Sultan Perak. Samada perkenan sembah Nizar dan membubarkan DUN atau perkenaan Najib untuk membentuk Kerajaan BN Perak.
Bagi Nizar, Exco PAS dan ADUN-ADUN PAS anggaplah ini ujian paling berharga buat kita selaku pejuang Islam. Anda semua telah meletakkan kepentingan rakyat lebih utama dan telah menunjukkan prestasi yang baik di khalayak. Anda juga telah mempamirkan kualiti kepimpinan yang dipandang tinggi oleh rakyat. Walaupun kita sekadar merasa kuasa selama 11 bulan, namun yakinlah kita telah melakukan yang sebaiknya. Terus yakin dan istiqomahlah dalam perjuangan. Semoga kesemuanya istiqamah dan teguh dengan perjuangan suci ini.
Mereka Merancang, Allah juga Maha Perancang. Demi Allah sebaik-baik perancangan...
*Jangan putuskan berdoa dan munajat kepada Allah!!
Persoalan berkenaan tabarruj muslimah sering menjadi perdebatan di antara kita. Namun sedarkah kita, kenapa ianya tercetus? Dari sudut mana ianya dibahaskan? Apakah yang menjadi kayu pengukur tabarruj seseorang muslimah itu? Apakah sempit dan sesak sangat pandangan Islam terhadap tabarruj?
Benar, persoalan-persoalan di atas bukan mudah untuk dibahaskan dengan semuka lembaran atau dengan lembaran muka blog. Namun bila manusia khususnya muslimah itu sendiri, merealisasikan definisi Hamba Allah dengan sebaiknya, mungkin ianya tidak rumit. Malah terlalu mudah. Jadi, apa yang menjadi payah?
Saya bukanlah orang selayaknya utuk bercakap tentang hal ini. Tetapi bila sering berlaku di hadapan saya dan saya sendiri sering terkena degan situasi ini. Justeru, saya merasakan paling tidak saya menulis sesuatu berkenaan dengan hal ini.
Tak semua senang dengan cara penyampaian saya, tetapi itulah saya dan mungkin sesempoi nahu bahasa saya gunakan. Berselisih
Seriing saya berselisih dengan muslimah yang lengkap menepati syarak berpakaian. Tetapi sering itu juga saya seperti ditarik hidung ini dengan haruman-haruman yang mencucuk. Kenapa? Saya bertanya kepada diri. Apakah mereka tidak faham? Saya lihat dari hujung kaki hingga hujung kepala, agak mustahil mereka tidak faham bagaimana anjuran Islam terhadap kaifiat berketerampilan. Bagaimana kondisi mereka bila bersama bukan mahram dan bukan mahram.
Nah! Wahai muslimah, apakah yang mendorongkan kamu bergentayang begitu? Apakah yang manjadikan kamu sukar memahami visi berketerampilan Muslimah itu sendiri? Terbataskah tangan dan kaki kamu bila dibaluti kafiat seseorang mukminah?
Busuk
Mungkin, kurang selesa dengan keadaan busuk? Wangi lawannya busuk. Wangi menyenangkan dan busuk membuatkan tidak selesa. Berjanjikah kamu akan sering berwangian da berketerampilan menarik di hadapan suami-suami nanti? Kecil sangatkah dosa mewangi bersama bukan mahram atau kecil sangatkan pahala bila berwangian dan berketerampilan menarik bersama suami?
Lebih bimbangkan kritikan orang lain berbanding suami yang berkecil hati? Tak bernilai rasanya kutukan para malaikat berbanding kutukan rakan-rakan sepejabat, setugas dan lelaki-lelaki bukan mahram.
Melaram
Wah, bukan main melaram nampaknya. Mengalahkan raja sehari. Tetapi sedarkah kamu mata-mata yang melihat kamu? Mungkin nilai orang lain melihat lebih berharga dari mata suami sendiri. Bagi yang bujang, inilah masa melaram, bukan milik sesiapa pun. "Mungkin ada yang tertarik dengan tabarruj aku?"
Nilai sehelai niqab
Hilang nilai niqab dan purdah bila wangian meleret. Bagaikan berbogel yang menyerahkan tubuh kepada bukan mahram begitu sahaja. Ahh, buangkan sahaja niqab-niqab ni! Lebih baik perca-perca kain itu dibuat kain buruk untuk membersihkan meja!
"Aku dah tutup semua! Hanya mata dan dua telapak tangan! Wangi sedikit apa salahnya? Hidung orang lain pun tak terseksa"
Mungkin dua video yang saya sisipkan di sini sedikit sebanyak membantu...
Serba ringkas dan mudah. Itu yang saya boleh simpulkan kepada majlis pernikahan kawan saya Majdi bin Zakaria dengan muslimah pilihan Hanisah binti Muslim di Surau Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah. Walaupun nampak ringkas tetapi akan membawa makna besar kepada mereka. Ini merupakan perintis kepada membina Baitul Muslim yang membawa kepada kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Paling penting tiada dosa yang dicari dalam perkahwinan, tiada bersanding, tiada mendedah itu ini, tiada dan tiada yang melanggar syarak. Apa yang diharapkan dengan majlis seringkas dan semudah ini? Semestinya mardhatillah dan rahmat Allah yang paling utama. Dari definisi mereka mungkin inilah kaifiat walimah.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Surah Ar Ruum ayat 21)
وبارك الله لكما, وبارك جمع بين كما في الخير, ورزقكما ذربية طيبة تنفع الإسلام والمسلمين
"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"
Pulang dari Tanta (salah sebuah negeri di Mesir) malam tadi kira-kira jam 11.30 malam, terkejut dengan keadaan dapur yang seperti berlaku kecurian. Tetapi nampak yang lain tidur nyenyak seperti tidak berlaku apa-apa. Juga respon baik dari Saufi berkenaan dengan hal dapur ini. Juga sekembalinya Ishaq dan Basir yang malas saya nak tanya dari mana mereka. Tidak mahu melengahkan masa, terus sahaja mengemas dapur yang berantakan. Rasa tak lena nak tidur bila mata ni nampak hal sedemikian.
Selesai dapur, buka komputer melihat berita yang tertinggal sejak awal pagi. Kesemua rangkaian berita internet dari media arus perdana dan alternatif membuatkan aku terkejut dan bingung. Apa sudah jadi? Nampak seperti tidak menentu di Perak. Sebelum itu ADUN Bota berhijrah ke Pakatan Rakyat. Tapi kini, dua ADUN PKR di Perak yang sebelum ini didakwa atas kesalahan menerima rasuah diberitakan hilang yang timbul banyak spekulasi.
Diberitakan lagi, speaker DUN Perak menerima surat perletakan jawatan 2 ADUN tersebut, bermakna akan berlaku lagi pilihanraya kecil. Kemudian, dinafikan lagi oleh dua wakil rakyat tersebut dan mahu mencabar speaker atas kesahihan surat tersebut. Tetapi, speaker terus menjalankan tugas seperti biasa dengan menghantar notis kepada SPR atas kekosongan dua kerusi DUN iaitu di Behrang dan Changkat Jering. MB Muhammad Nizar pun telah mengadap Sultan Perak. Dengar-dengar MUNGKIN DUN PERAK DIBUBARKAN. Hal ini, membuatkan aku hanya boleh memerhati dalam masa ini, tanpa mahu membuat apa-apa kesimpulan. Namun isu Perak, benar-benar menguji kebijaksanaan Pakatan Rakyat untuk menguruskannya.
Apa yang aku harapkan, segala yang berlaku dan akan berlaku mungkin ada hikmah besar.