Seperti pasukan pilihan ana pada apa yang terjadi dengan skuad bola sepak Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) pada Piala Malaysia anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sama seperti yang terjadi kepada pasukan Spain pada Piala Dunia tempohari.
kalau suka, aku pun sama"
11 Ogos 2006
Terkandas Lagi...
Seperti pasukan pilihan ana pada apa yang terjadi dengan skuad bola sepak Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) pada Piala Malaysia anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sama seperti yang terjadi kepada pasukan Spain pada Piala Dunia tempohari.
07 Julai 2006
Kritikan Drama: Dunia Baru
Bagaimanapun sedikit tercalar dengan babak-babak yang dilakonkan oleh salah seorang dari pelakon yang dinamakan dengan Madhihah. Perwatakan yang diberikan untuk dijiwai sebagai seorang yang periang but minat dengan program-program agama, sering ditonjolkan dengan watak bertudung (spara-tudung), sering juga disibukkan dengan usrah yang tak lain tak bukan dijalankan oleh persatuan mahasiswa Islam UNISEL, atau pun kelab pencinta Islam di IPT berkenaan. Bukan kerana program-program tersebut yang menjadikan ianya tercalar, tetapi watak yang terkesan dengan program-program yang diikuti oleh Madhihah agak tidak selari dengan method yang dia perolehi dari program-program tersebut. Dengan pemakaian tudung yang kurang sempurna, sering berpakaian agak ketat, bergaul bebas lelaki dan perempuan dapat mencerminkan bahawa usrah yang diikuti tiada kesannya. Sekaligus mencerminkan kepada umum program seperti itu tak memberi kesan langsung terhadap Madhihah. Bagi mahasiswa yang biasa dengan program-program seperti itu mesti tersengih tak pun berkerut dahi dengan gelagat yang dimainkan oleh Madhihah, adakah benar itu realiti sebenarnya? Tetapi penonton yang tidak faham apa itu usrah dan apa kepentingannya rasa tertanya-tanya.
Pelakon yang melakonkan watak Opie pula, sering mendapat kritikan dari saya. Kerana setiap penampilan dia dalam drama ini sering menggayakan fesyen "singlet" dan T-shirt kecik dan ketat dan berseluar jeans yang ketat. Juga "ahli bait"nya yang sering hanya mengenakan skirt samada di dalam kuliah atau di luar. Mungkin pengarah drama ini mahu menggambarkan suasana pelajar universiti atau IPT terlalu western tetapi masih lagi menekankan nilai kemelayuan yang sedikit keislaman. Dalam masa mereka suka "clubbing" ada juga di antara mereka yang sibuk dengan usrah.
Tak kurang pelakon lelakinya yang kurang menonjolkan diri dari aspek kemahasiswaan mereka. Just menjadi pelengkap beberapa plot-plot yang hanya memerlukan mereka.
Secara keseluruhannya drama ini, tak membawa sebarang makna besar kepada yang menontonnya, sekadar berpusing sekitar percintaan mahasiswa, dan mungkin juga ada tujuan tersirat dalam suasana negara kita yang menggerakkan Islam Hadhari dalam Dunia Baru.
15 Jun 2006
Kita Yang Mempunyai Dua Tanggungjawab
Bersua kembali, setelah kesekian lama saya tak meng-update blog ni. Bukan apa, kerana kekeringan idea juga sibuk dengan peperiksaan.
Tiada apa yang hendak dilontarkan sekadar ingin membawa antum semua melainkan pandangan mata ke suatu sudut yang sebenar, sejati dan hakiki.
Kalau kita reung-renungkan diri kita selaku hamba Allah SWT dan para pengikut Nabi Muhammad SAW, sejauhmana kita sudah tatbiqkan atau laksanakan atau mengahayati rasa sebenar sebagai kedua-dua tanggungjawab tadi?
Cuba kita lihat gambar ini seketika:

Apa yang terdetik dari hati antum semua? atau antum tiada apa-apa yang hendak dirasakan? Atau segala deria rasa antum dah hilang?
Sehubungan dengan ini apa tindakan kita selaku orang yang memikul kedua-dua tanggungjawab tadi? Adakah ianya hanya berlaku di tempat orang, apa kena mengena dengan dengan aku dan tempat aku Malaysia. Malaysia tempat yang aman kita kena bersyukur. Kerana pimpinan yang pandai memerintah.
Adakah apa yang berlaku di bumi Al Quds tidak terkait sedikit pun dengan kita. Adakah sikap kita langsung tak terkait dan terkesan dengan natijah yang berlaku di Palestin?
Kita sebenarnya memikul tanggungjawab yang besar untuk membantu perjuangan Islam rakyat Palestin. Begitu juga kita wajib membantu perjuangan Islam di Malaysia khususnya pejuangan yang berwadahkan Parti Islam Se-Malaysia. Terpulang dengan antum kalau antum hanya memandang PAS hanya sebuah parti yang sama dengan parti-parti politik lain yang hanya mengejar kuasa untuk memerintah.
Perjuangan Islam akan diteruskan hingga ke titisan darah terakhir. Kita kena sedar bahawa adanya Israel di tengah-tengah bumi arab adalah kerana masalah sikap pimpinan ummat Islam khususnya, kerana kesan sekularisme diri setiap pimpinan. Apa yang berlaku adalah proksi-proksi Amerika/Barat dan Yahudi yang diberi tanggungjawab memerintah negara-negara ummat Islam, segala perancangan yang tersirat dan yang tersurat dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sehinggalah setiap ummat Islam "menghalalkan" setiap tindak tanduk mereka.
Cuba lihat ini seketika:
Apa yang boleh antum semua faham tentang gambar ini? Apa yang antum semua rasa? Atau antum semua tak merasakan apa-apa? Atau dah hilang deria rasa?
Cubalah lihat sikap pemimpin yang melingkari bumi Al Quds? Arab Saudi, Mesir, Jordan, Lubnan, Libya, Kuwait dab lain-lainnya. Rata-rata kalau kita lihat apa tindakan mereka sekarang? Apabila balaci-balaci Yahudi memerintah negara ummat Islam akhirnya Hamas yang memang di Palestin terkapai-kapai dengan sikap negara-negara jiran mereka. Kenapa? Kerana mereka balaci yahudi! Sangat susah naik menolong saudara mereka yang anti Yahudi/Amerika. Inilah masalahnya! Antum sedar atau tidak?
Kalau di Malaysia, ada yang pandang ringan dengan UNDI yang mereka berikan. Ada yang mengatakan "alah, kalau aku undi PAS pun, bukannya boleh menang lagi, lebih-lebih lagi di Johor ni!" Pmeikran ini belum terpecah dengan masalah-masalah ummah secara umumnya. Ini hanya belegar sekitar perut dia sahaja. Tak jauh ianya berlaku dalam lingkungan keluarga penulis juga. Maka tugas kita memberi mereka faham ertikata perjuangan Islam berwadahkan Parti Islam Se Malaysia. Islam tetap diperjuangankan tapi wadah apa yang kita hendak guna? dalam ertikata jamaah mana yang kita mahu salurkan lelah perjuangan ini?
Di sini penulis ingin mengajak antum semua kembali memikirkan sikap kita terhadap isu sejagat dan isu Islam secara umumnya. Kita tidak terlepas dari memikirkannya dan menjalankan tugas-tugas orang yang memikulkan dua tanggungjawab!
"Kebangkitan Islam Tidak Menanti Keredhaan Orang Kafir dan Munafiq! Tapi Islam Bangkit Dicelah-celah Kekafiran dan Kemunafiqan!'
29 Mei 2006
Nikah Misyar: Antara Syara? dan Adat
Terjemahan :
Segala puji bagi Allah swt tuhan pencipta sekalian alam.
Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu boleh diiktibar (dianggap) sah di sisi Syara? perlulah ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syara?. Antara syarat-syarat untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah ialah:
1.Wujudnya kerelaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri.
Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara? ini maka perkahwinan Misyar ini adalah perkahwinan yang sah selagi mana perkahwinan ini tidak bertempoh walau apa nama perkahwinan ini sekalipun. Namun apabila si isteri rela untuk menggugurkan hak-hak yang berhak untuk diperolehi oleh si isteri tersebut yang telah diberikan oleh syarak seperti nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk suami bermalam di rumah isteri yang bermadu, maka pengguguran hak tersebut adalah harus di sisi syara? sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidah Sau?dah R.A. Beliau telah menghadiahkan hari yang sepatutnya Rasulullah saw bermalam di rumah beliau kepada Saiyyidah Aisyah R.A
Pendapat daripada Fadhilah Al-Syeikh Dr. Nasr Farid Wasil (Bekas Mufti Mesir)
Perkahwinan di dalam Islam adalah di antara hubungan kemanusiaan dan sosial yang paling suci yang dijaga oleh Islam malahan Islam turut menyuruh untuk diambil segala jalan yang boleh memudahkan perkahwinan di kalangan manusia, lelaki dan wanita bahkan syarak turut meminta untuk menjaga perkahwinan dengan mewujudkan satu perjanjian yang kukuh yang menjelaskan hak-hak dan kewajipan rumahtangga dan kekeluargaan yang diberkati dengan kalimah Allah.
Perkahwinan adalah dituntut berdasarkan nas Al-Quran melalui firman Allah SWT di dalam surah al-Nur ayat 32:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
Allah swt juga berfirman didalam surah al-Rum ayat 21:
Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.
? Perkahwinan itu adalah sunnahku. Barangsiapa yang berpaling daripada sunnahku maka bukanlah mereka daripada golonganku.?
Melalui perkahwinan, berlakulah perlaksanaan Syariat Islam yang dikehendaki oleh Allah bagi kepentingan manusia menelusuri firman Allah Taala yang bermaksud:
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi (Al Baqarah ayat 30)
Melalui perlaksanaan Syariat Islam, ibadah akan sempurna yang kesempurnaan ibadah itu adalah dituntut dan diperintahkan oleh Allah melalui firmannya yang bermaksud:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Al Zhariat ayat 56 hingga 58)
Perkahwinan yang memenuhi tujuan yang baik dan mulia ini adalah perkahwinan yang sah di sisi syara? yang memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat perkahwinan yang digariskan oleh syarak yang diperintahkan oleh Allah dan rasulNya di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah di samping turut disepakati oleh ulama Islam di setiap zaman. Ini kerana rukun-rukun nikah dan syarat-syaratnyalah yang akan membezakan antara akad nikah yang menepati syarak dan akad nikah yang diharamkan oleh Islam. Rukun serta syarat nikah ini yang akan menjadi pembeza yang berterusan sehingga hari kiamat.
Sehubungan dengan itu, pihak Dar al-Ifta? (Majlis Fatwa Kerajaan Mesir) berpandangan bahawa nikah Misyar seandainya ia memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukun ini iaitu:
Keharusan nikah ini atas sebab-sebab berikut:
1.Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan risalah Nabi Muhammad SAW ini sebagai penutup segala risalah dan Allah swt telah menurunkan al-Quran sebagai penunjuk kepada kesejahteraan seluruh umat sehingga waktu di mana Allah akan mewarisi bumi ini dan insan yang berada di dalamnya (hari kiamat). Oleh itu, tidak ada satupun perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia melainkan manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab kepada risalah Nabi Muhammad SAW (Al-Quran).
Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini (Al An`am ayat 38)
Istilah Misyar akan kita dapati sekiranyanya kita meneliti secara terperinci di dalam sejarah-sejarah para ulama terdahulu dan sekarang. Sesiapa yang meneliti sejarah pengembaraan umat Islam terdahulu, dia akan mendapati bahawa terdapat di kalangan generasi terdahulu insan-insan yang mengembara keluar daripada tanah air demi menuntut ilmu atau berniaga. Jika mereka singgah di sesuatu negara di tengah perjalanan maka mereka akan menetap di situ dalam beberapa masa tertentu, lama atau sekejap seterusnya berkahwin dengan penduduk negeri tersebut dan dikurniakan zuriat kemudian mereka menyambung kembali perjalanan mereka dengan meninggalkan isteri sama ada dengan jalan talak atau sebagainya dalam keadaan isterinya rela dengan perkara tersebut.
2.Di sana hanya ada satu jalan sahaja tanpa ada jalan yang kedua yang membenarkan kepuasan seks dapat disalurkan. Jalan ini ialah perkahwinan yang menepati syarak. Oleh itu, selain daripada perkahwinan yang sah di sisi syarak, maka ia adalah dilarang oleh syariat-syariat Allah dalam semua agama malahan syariat-syariat Allah Taala menganggap jalan selain perkahwinan adalah jalan-jalan yang mungkar.
Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas (Al-Mukminun ayat 5-7)
Syariat Islamiah telahpun menerangkan bahawa perkahwinan yang menepati Islam sahaja yang dapat mengumpulkan antara lelaki dan wanita dengan kalimat Allah di atas akad yang berterusan dan perjanjian yang kukuh. Oleh itu setiap kehendak yang jauh daripada perkahwinan yang menepati syarak adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan satu pelampauan batas terhadap garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah.
3.Seseorang isteri itu mempunyai hak di sisi syariat untuk menggugurkan hak-hak mereka yang sepatutnya mereka perolehi seperti memohon nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk bersama dengan suami bagi isteri yang bermadu. Perkara ini secara jelas telah ditunjukkan oleh isteri Rasulullah SAW iaitu Sayyidah Saudah yang secara rela telah memberikan hari yang sepatutnya Rasulullah SAW bersama dengannya kepada Saiyyidah Aisyah r.a. Seandainya kerelaan ini tidak menepati syarak maka pasti Rasulullah akan tidak bersetuju dengan tindakan Sayyidah Saudah.
Oleh itu setiap syarat yang dibuat yang tidak menafikan tujuan asas dan maksud utama bagi perkahwinan, maka syarat tersebut adalah sah dan tidak akan sama sekali mencacatkan akad nikah atau membatalkannya.
Dar al-Ifta? (Majlis Fatwa Mesir) tidaklah bermaksud melalui fatwa ini untuk menyuruh masyarakat memilih jalan perkahwinan sebegini. Namun begitu, pihak Dar al-Ifta? hanya bertanggungjawab untuk bersungguh-sungguh menerangkan hukum-hukum syarak yang betul dengan bersumberkan sumber-sumber hukum daripada Al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah saw serta pendapat para ulama muktabar daripada mazhab terdahulu.