"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"
Entahlah, apa yang hendak diperkatakan sejak membaca keratan akhbar MStar Online yang menyebut Seragam Sekolah Sekarang Tidak Perlu Ditukar. Saya kesal dalam masa pertubuhan-pertubuhan dan gerakan Islam menyokong saranan PKPIM untuk menukar warna pakaian sekolah perempuan dari warna putih kepada warna lain, atau jika mengekalkan warna tersebut diwajibkan berbaju dalam (Singlet) dan bertudung labuh. Wanita JIM yang secara tiba-tiba mengatakan:
Ketua Wanita Pusat JIM, Dr Harlina Halizah Siraj berkata, tidak ada sebab pelajar perlu memakai baju kurung berwarna seperti yang disyorkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
"Baju kurung seragam berwarna putih telah sekian lama dipakai tanpa menimbulkan sebarang masalah.
"Masalah sosial dan gejala seksual yang semakin meruncing di kalangan pelajar sebenarnya berpunca dari krisis nilai, hakisan pegangan agama dan moral yang sedang hebat melanda masyarakat kini,"
Saranan PKPIM tersebut dinilai oleh wanita JIM sebagai tidak perlu. Walaupun saranan wanita JIM yang lain seperti disebut di atas adalah benar dan bijak. Bagaimanapun apa yang disaran tadi diketahui umum, masalah yang berlaku kepada masyarakat dewasa ini. Adakah wanita JIM merasakan tindakan PKPIM berkenaan pakaian sekolah tadi tidak melihat masalah-masalah yang diutarakan oleh Wanita JIM? Nilailah dahulu dengan terperici apa yang diketengahkan oleh PKPIM. Ianya bukan pandangan sembrono, dan semestinya telah membuat kajian dan dimesyuaratkan!
Kesatuan Fikrah yang tidak terlihat oleh Wanita JIM dengan gerakan Islam lainnya menunjukkan ketidakmatangan mereka mengatasi kemelut yang melanda negara sekarang. Tidak terfikirkah Wanita JIM Sister In Islam melonjak riang dengan kenyataan mereka? Sebelum ini PKPIM diserang hebat oleh Sister In Islam, Wanita JIM pula menambah contengan arang di muka PKPIM.
Merasakan pandangan orang lain sebagai biasa dan bukanlah masalah besar menunjukkan Wanita JIM seakan sombong. Sepatutnya menyokong, dan menambah cadangan. Tapi dikondem pandangan orang dan kononnya pandangan mereka sahaja yang betul. Benar, orang-orang JIM terdiri dari cendiakawan, teknokrat, ahli akademik yang hebat-hebat. Mana ada nelayan, tukang kebun, petani dalam JIM. Jadi tak kesah dan ditongsampahkan sahaja pendapat orang lain.
Motto baru bagi Jamaah Islah Malaysia saya berikan "Bijak Dari Orang Lain".
Juga boleh layari TVPas.com
Tarik Rambut Dalam Tepung!
Tindakan kerajaan Negeri Selangor pada 26 Mei lalu, ketika menggulung perbahasan pada sidang Dun, di Shah Alam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, mengumumkan kerajaan negeri Selangor tidak mengizinkan sebarang bentuk program berkonsepkan Islam Hadhari, memandangkan Islam yang selama ini sudah cukup sempurna rasanya kurang tepat.
Pengumuman seperti ini tidak perlu dilakukan, apa yang perlu dilakukan ialah lakukan apa yang perlu dilakukan. Banyak lagi kerja-kerja besar yang belum dilakukan. Tetapi disibukkan dengan Islam Hadhari, yang mana Pak Lah dan UMNO sekarang pun entah ke mana diletaknya Islam Hadhari. Masyarakat umum mengetahui bahawa Islam Hadhari ialah gagasan dari kerajaan pusat yang ditadbir oleh UMNO dan Barisan Nasional. Sejak dari mula digagaskan bertempek habis seluruh Malaysia. Hakikatnya apa yang berlaku tiada sebarang perubahan dari gagasan tersebut. UMNO tetap dengan dasar kebangsaannya, Malaysia tetapi dengan perlembagaan Lord Reidnya. Wanita UMNO yang "togel" tetap tiada perubahan. Rakyat memerhati semua ini. Di kalangan bukan Islam pula juga tiada merasakan perubahan, bahkan semakin berani mempersoal tentang hak agama Islam. Yang pentingnya kita jalankan, dasar yang kita pegang sekarang. Pedulikan Islam Hadhari dari setiap program di Negeri Selangor, kembangkan dan fahamkan rakyat dengan Islam sebenar, tanpa perlu dipukul canang seluruh kampung "kami haramkan Islam Hadhari", takut-takut nanti termakan diri. Kelantan pun tak pukul canang haramkan Islam Hadhari, yang dipukul canang "Islam Hakiki". Mungkin Exco-exco PAS di Selangor kena lihat awlawiyatnya. Kamu bukan sahaja exco, tetapi pendakwah dikalangan anggota-anggota exco dan rakyat seluruhnya. Saya tertunggu-tunggu pengumuman Kilang Carlberg di Shah Alam itu di arah tutup, disko dan kelab malam juga begitu. Pusat-pusat perjudian juga diambil tindakan serupa. Tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan. Selain dari masalah babi yang menjadi perkara pertama kerajaan negeri selangor. Apabila diajukan masalah ini, dikatakan masalah kita berbilang kaum dan agama. Kenapa alasan ini sering keluar? Adakah kerajaan Kelantan dan Terengganu juga tidak berbilang kaum dan agama? Walaupun mejoritinya orang melayu/Islam. Baik, jika alasan ini diberikan, adakah tiada cara yang terbaik? Benarkah selain agama Islam membenarkan arak, seks bebas, berjudi dan hiburan melampau seperti di disko? Pernahkah dibuat perjumpaan diantara ketua-ketua agama lain di negeri Selangor seperti yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan dahulu? Bilakah mahu dilakukan? Jika tidak pandai nak buat, bilakah nak bertanya? Pulau Pinang dan Perak dah membuat lawatan ke Negeri Kelantan, Selangor pula bila?Sebenarnya yang menjadi persoalannya bukan agama-agama lain. Tetapi pengaruh sekular yang meresap ke dalam jiwa-jiwa manusia zaman sekarang. Walaupun mendakwa mereka beragama. Yang Islam mengaku dia Islam, yang kristian mengaku dia kristian, tetapi hakikatnya sekular. Memisahkan agama dalam hidup dan hanya pada perkara-perkara tertentu sahaja yang tidak bertentangan dengan nafsu mereka. Siapa yang tidak suka sambutan Hari Raya? Tetapi bila puasa ramai yang buat-buat lupa! Jangan dilupa dengan kuasa dan janji Allah, apabila kita menolong agama Allah. Hakikatnya memang ada yang bising bila kita melaksanakan apa yang Allah suruh, orang munafik dan orang kafir sememangnya bising. Tetapi kesan dari itu lebih utama lagi, dan janji Allah lebih berkuasa dari kuasa benci orang munafik dan orang kafir. Tuan guru Nik Abdul Aziz juga pernah diberi sekalung bunga terima kasih, dan puji-pujian dari suri-suri rumah bukan Islam di Kelantan, kerana suami-suami mereka sudah tidak berjudi dan bermabuk-mabuk. Rumahtangga menjadi tenang. Masyarakat bukan Islam mengakui kesan baik yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan. Apa yang penting ialah konsisten dan Istiqamah dengan apa yang diperjuangkan bukan hanya diluahkan dimulut tetapi tindakan. Kerajaan juga perlu memikirkan alternatif-alternatif lain kepada tokey-tokey judi, arak dan lain-lain perniagaan maksiat kepada perniagaan-perniagaan yang boleh memberi kesan baik kepada peniaga juga orang ramai. Peluang yang ada ini jangan disia-siakan, gunakan penggal ini dengan sebaiknya, kerana penggal akan datang belum tahu. Ezam dan kuncu-kuncunya
Sah! Ezam Mohd Noor kembali ke pangkuan UMNO! Banyak sumber terutama dari KLpos, Utusan Malaysia, Mstar Online telah mengesahkan berita tersebut berserta gambar. Saya kecewa, dan sedih walaupun tidak terlalu terkejut. Sedih kerana ezam tidak berjaya dilembutkan untuk menyertai Pas setelah keluar dari PKR dahulu. Sedih kerana sebab yang diberikan untuk kembali kepada UMNO. Sebabnya ialah; “Kenapa saya berubah? Saya tidak berubah, saya menyokong dasar, bukan parti atau individu, dasar UMNO kini berubah, jadi saya kembali menyokong UMNO dan sudah tentulah menyokong kepimpinan yang berani mengubah dasar tersebut”
Dasar UMNO berubah? Apa yang berubah? dari kebangsaan kepada Islam? Tiada apa-apa pengumuman pun oleh Perdana Menteri? Sejak pilihanraya umum dahulu, hanya pencegahan rasuah dan kehakiman sahaja yang ada perubahan. Tapi itu bukan bermakna kerajaan berubah dasar. Itu hanya struktur-struktur tertentu sahaja yang "diperbaiki" setelah impak dari pilihanraya lalu. Ternyata Pak Lah mencari formula besar untuk memperbaiki kepercayaan rakyat kepada UMNO dan BN. Adakah itu pun Ezam tidak nampak? Isu agama Islam masih tiada perubahan, pendidikan Islam di semua peringkat masih berada ditakuk lama. Bahkan menjadi lebih parah terutama selepas kerajaan membatalkan MoU dengan Al Azhar. Boleh dikatakan Islam masih bertapak di negara ini dek kerana sesetengah pejuang Islam dan komitmen dan merasa penting dengan wajibnya Islam itu di Malaysia sebagai The Way Of Life. Mereka-mereka yang sedar sahaja yang seiring membawa Islam bersama. Lihat sahaja sekolah-sekolah agama rakyat, siapa yang memperjuangkannya? Orang-orang UMNO? Siapa yang menarik bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat? Orang-orang UMNO! Kalau Ezam hanya melihat perubahan yang dilakukan oleh kerajaan sekarang sebagi perubahan dasar, maka Ezam silap! Ternyata silap! Perubahan tidak akan berlaku jika kerajaan tidak kembali kepada Islam secara syumul. Ingatlah janji Allah di akhirat nanti! Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji!
Orang yang pandai itu natijah dari perangai atau kelakukan rajin. Orang yang bodoh itu natijah dari perangai atau kelakuan yang malas. Orang pandai tidak selalunya rajin, orang bodoh pula tidak selalunya malas. Orang malas tidak selalunya bodoh, orang pandai pula tidak semestinya rajin.Semua orang setuju, nak pandai kena rajin. Kalau malas bodohlah kita. Tapi tiada siapa mahu mencari jawapan bagaimana nak rajin untuk tidak menjadi malas. Samada dia akan pandai atau kekal bodoh itu perkara nombor dua. Bukan pertama! Semua tak mahu jadi bodoh! Bahkan mahu jadi pandai! Tetapi semua
tidak boleh rajin dan semua tidak boleh malas.Adakah anda setuju "yang pandai selalunya rajin, manakala yang malas itu selalunya bodoh!"?Malas merupakan "penyakit" tetapi bodoh bukanlah penyakit. Pandai merupakan "anugerah" tetapi rajin bukanlah "anugerah".Saya "suka" berkawan dengan orang yang rajin tapi bodoh dari pandai tapi malas!
Blog Politik
"Blog kau blog politik, asyik ulas isu politik sahaja, cubalah ulas isu-isu lain juga". Salah satu ungkapan yang sering juga saya dengar dari kenalan-kenalan saya. Namun bagi saya blog yang saya persembahkan ini saya tak anggap langsung ianya blog politik. Tiada ciri-ciri tertentu yang boleh menyifatkan blog saya ini blog politik. Ini pandangan saya selaku empunya blog ini.
Namun saya tidak nafikan saya berminat mengulas isu-isu yang cenderung kepada lapangan siasah. Adapun bagi saya, peduli apa saya, biarkan sahaja pelawat atau komentar tentang kurang gemarnya mereka tentang persembahan di blog saya. Kerana blog ini antaranya adalah tempat luahan dan komentar saya tentang hal-hal tertentu termasuk isu politik. Kerana bagi saya selaku seorang muslim tidak perlu ada penghalang untuk saya mengulas isu-isu tertentu, dan saya tidak perlu takut atau bimbang ke arah mana saya cenderung. Kerana apa yang saya kata tidak lebih dari seorang blogger lebih-lebih lagi seorang lelaki yang berakal yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Saya seorang hamba Allah, saya juga ummat Muhammad, saya juga anak kepada kedua ibubapa, saya juga seorang pelajar sebuah universiti, saya juga seorang rakyat Malaysia, saya juga itu, ini dan lain-lain. Oleh kerana ini saya tidak perlu berpendirian aku tidak wajar begitu atau mesti begini, selagi mana tidak melanggar batas-batas syarak yang jelas. Namun saya tetap mengalu-alukan komentar atau sebarang teguran membina serta pendapat yang berbeza.
Kepala Paip
Sudah beberapa minggu kepala paip sinki bilik air dan dapur rumah sewa saya dan sahabat-sahabat masih belum dibetulkan. Sejak kerosakan di sinki bilik air seterusnya berjangkit ke sinki dapur membuatkan masing-masing sedikit tertekan, lebih-lebih lagi di musim-musim imtihan ini.
Banyak faktor-faktor yang membuatkan kerja-kerja membetul ini lambat siap. Pertama perbezaan pendapat di kalangan ahli rumah bagaimana hendak membetulkannya. Keduanya masing-masing tidak mengetahui "benda" dalam kepala paip tu dalam bahasa arab, membuatkan kami malas nak membelinya. Ketiga, selalu terlupa nak singgah kedai peralatan paip bila pulang dari Rumah Johor atau dari mana-mana tempat, juga selalu mengamalkan sikap bertangguh. Melayu, memang suka bertangguh.
Tuan Rumah
Apabila bertemu dengan hari Jumaat, kami sering saling memberitahu atau memperingatkan tentang kehadiran tuan rumah kami. Namun sehingga jumaat ini, masing belum kelihatan sebarang kelibat tuan rumah. Tujuannya tidak lain mahu mengutip sewa bulanan yang dah tertangguh beberapa bulan.
Hal-hal sangat menguji saya dan kawan-kawan serumah, kerana terpaksa membataskan pergerakkan untuk ke mana-mana. Terpaksa duduk di rumah sahaja menunggu. Lebih-lebih lagi di waktu-waktu dekat dengan cuti penggal ini, masing-masing sibuk memikirkan banyak perkara.
Tak Tidur Malam
Sejak musim sejuk melabuhkan tirainya. Secara automatik saya merasa sukar untuk tidur malam. Kalau baring tutup mata sahaja tetapi tidak lena hingga ke pagi. Fenomena ini membuatkan waktu tidur berganti selepas subuh.
Cuaca yang agak sejuk diwaktu pagi menambah lagi keasyikan lena diwaktu pagi. Berlanjutan hingga waktu zohor. Hidup ku bermula selepas zohor. Rasa tidak seronok, tapi sering tidak dapat mengelak.
Pelik, lagi tak percaya, mahu terbeliak biji mata ni. Lebih-lebih lagi bila terbaca keratan akhbar yang tertera di Harian Metro. Manakan tidak pengakuan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Dato Idris Harun. Beliau menyatakan:
“Apabila kita mengkaji kehendak dan kemahuan pasaran khususnya (ke atas) graduan yang sudah keluar mendapati antara kursus yang kurang mendapat perhatian ialah mengenai Pengajian Islam selain kursus Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)"
Pertama yang saya sedih dengan kenyataan ini ialah, taraf Pengajian Islam sama taraf dengan kursus Teknologi Komunikasi Maklumat. Saya tidak kisah bila kalau pengajian ICT ini tidak mendapat sambutan. Mungkin berikutan rakyat Malaysia rata-ratanya sudah maju dalam bidang ini, dan mungkin tanpa memegang ijazah ICT pun boleh pandai dengan belajar sendiri. Tapi jika beliau mengatakan Pengajian Islam ini juga terlibat sama, ini sama sekali saya tidak boleh terima.
Pada pandangan saya, pengajian Islam tidak boleh samakan dengan pengajian-pengajian lain. Keistimewaan pengajian Islam ini telah dinyatakan banyak di dalam hadis Rasulullah SAW. Pengajian Islam jika hendak dilihat dari sudut memenuhi sektor pekerjaan hakikatnya masih belum dapat dipenuhi kehendak ummat Islam. Ummat Islam di Malaysia secara umumnya masih memerlukan kepada insan-insan pengajian Islam ini.
Rata-rata rakyat Malaysia yang beragama Islam di Malaysia masih rapun dengan kefahaman Islam itu sendiri. Lihat sahaja gejala sosial yang melanda muda-mudi Islam, yang hanyut dengan gelombang hedonisme, sukakan hiburan dan hanya mahu enjoy siang malam. Jangan dilupakan peningkatan jenayah terutama jenayah rogol, zina dan sebagainya. Ini berlaku dan meningkat sebelum kerajaan batalkan MoU dengan Al Azhar lagi peningkatan demi peningkatan yang tidak menunjukan kebejatan masalah sosial di Malaysia. Realitinya pengajian Islam jangan dilihat hanya perlu memenuhi sektor pekerjaan semata, ialah perlu dilihat sebagai penyumbang modal insan dalam pembangunan negara.
Setelah 50 tahun merdeka, inilah akhirnya yang berlaku. Sebelum ini bantuan perkapita ditarik oleh kerajaan pusat terhadap sekolah-sekolah agama rakyat, dan masih belum ada ura-ura untuk dikembalikan semula. Kemudian, kes pembatalan MoU ini pula timbul dan ianya melibatkan pengajian Islam. Sudahlah kemana pergi ke mana Islam Hadhari, masalah lain timbul. Bagaimana dengan kedudukan kolej-koleh Islam yang mengadakan MoU ini, sememangnya terancam dengan pembatan MoU ini. Sekaligus, menyusahkan dan kembali memikirkan bagaimana menyelesaikan masalah ini.