"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"
6 Julai berlangsungnya konsert JomHeboh anjuran TV3suku. Pada masa yang sama konsert "jomheboh" juga berlangsung di stadium Kelana Jaya anjuran Protes. Dapat dijangkakan kononnya pembatalan konsert tersebut untuk menghormati pandangan dari PAS tetapi akhirnya dijalankan juga. Nyanyian yang didendangkan oleh kumpulan bawahtanah betul-betul patut duduk bawahtanah. Protes punya protes sampai minta hadirin jilat botot dia. Apa punya hodoh perangai mamat ni.
Perhimpunan sejuta rakyat protes kenaikan harga minyak sebenarnya gagal dari matlamat asal, dan matlamatnya mungkin tidak sampai. Apa yang nak dirasa risau sangat oleh pihak kerajaan kalau buat di dalam stadium? Tanpa sebarang memo dihantar kepada pihak kerajaan? Ternyata perhimpunan ini gagal. Yang pergi membuang minyak dan letih. Namun tahniah bagi segelintir yang melakukan solat hajat memohon bantuan dari Allah. Semoga hajat kita dimakbulkan.
Dalam hal ini sekali lagi PAS memerlukan sedikit kajian dalam Pakatan Rakyat. Strategi khusus perlu dirangka kerana iklim politik sudah berubah, Islam yang diperjuangkan PAS perlu menghadapi realiti ini. Bagaimana Islam memainkan peranan dan mendapat tempat dalam setiap gerak kerja Pakatan Rakyat. Walaupun PAS adalah komponen yang mendapat kerusi terkecil dalam Pakatan Rakyat namun hal sebenarnya PAS merupakan komponen terbesar dalam Pakatan Rakyat. Rakyat berbilang kaum lebih PAS wajar mengetuai Pakatan Rakyat. Dalam suasana politik yang terumbang ambing sekarang, PAS dilihat stabil.
Kerja PAS bertambah dan perlu dikuatkan lagi. Ia juga perlu dipelbagaikan. Kelab penyokong BUkan Islam sepatutnya menjadi medium penting bagi PAS mengembangkan ajaran Islam kepada bukan Islam. Ianya bukan sekadar medium mencari sokongan politik tetapi juga medium menyampaikan Islam yang diperjuangkan.
Berbalik kepada himpunan sejuta rakyat yang tak sampai sejuta itu. Sebenarnya golongan sosialis dan sekular dalam Pakatan Rakyat masih mahu mendapat tempat di tengah-tengah keserabutan rakyat. Kesedaran mencintai negara tidak sama antara mereka dan Islam yang diperjuangkan PAS. Ternyata, ramai anggota pemuda PAS dari sayap Unit Amal menarik diri dari perhimpunan tersebut. Ini kerana ada pihak langsung tidak menghormati dan menerima hakikat bahawa peranan PAS amat besar dalam menjayakan siri-siri demonstrasi dan perhimpunan aman. PAS mempunyai sejumlah akar umbi yang ramai dan komit dengan perjuangan membela hak rakyat. Ianya pecahan dari perjuangan Islam itu sendiri. Kerja-kerja PAS semata mahu mendapat redha Allah. Tetapi jika apa yang berlaku pada perhimpunan sejuta rakyat tersebut bukan mendapat redha Allah, takut-takut murka Allah yang dapat.
PAS bagi saya perlu juga berdepan dan duduk berdiskusi dengan golongan-golongan sekular dan sosialis ini. Bagi kita mereka yang memimpin fahaman sosialis dan sekular ini bakal menjadi virus dalam merealisasikan perjuangan PAS jika Pakatan Rakyat memerintah.
Lima kerajaan sepatutnya terkehadapan dalam hal-hal mebela nasib rakyat. Apalah salahnya sekiranya gabungan lima negeri ini menghantar memorandum cadangan bagi kerajaan pusat dalam hal-hal membela rakyat. Pertemuan rasmi peringkat kerajaan dilakukan demi membela nasib rakyat. Jika perlu PAS mengasingkan memo dalam bentuk cara penyelesaian cara Islam diberi kepada rakyat, itu lebih baik, dan itulah sebenarnya rakyat mahu dari PAS yang memperjuangkan Islam dan lihat Islam boleh memainkan peranan besar dalam membentuk ekonomi negara.
Kepada sejuta rakyat yang membanjiri Stadium Klana Jaya, saya mengucapkan tahniah semoga Allah menerima rintihan sejuta rakyat dan menyedarkan kerajaan Malaysia agar memikirkan kepentingan rakyat setiap kali sebarang keputusan dibuat.
Kemuncak perhimpunan ini diharap diambilkira dan difikirkan oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Ini melebihi kepentingan politik dan ia sebenarnya perhimpunan mendesak jiwa-jiwa yang keras agar lembut atas dasar kemanusiaan.
Saban hari tiada yang dibincangkan oleh rakyat melainkan minyak, minyak dan minyak. Ingin melakukan sesuatu hanya minyak yang difikir. Kerajaan diharap agar lebih bijak menangani masalah rakyat. Jangan hanya memikirkan kepentingan sendiri dan masalah peribadi sehinggakan rakyat yang terpaksa menanggungnya. Apalah daya mereka yang hidup kais pagi makan pagi untuk mneghadapi kegawatan ekonomi ini dan masalah-masalah politik yang berlaku. Kadang-kadang terbeban sungguh mahu memikirkannya setiap hari dek kerana pemerintah menjadi hamba kapitalis yang menjadi darah daging ekonomi negara. Sekurisme yang menjadi fahaman utama untuk memerintah. Hilang sudah sifat-sifat pemerintahan yang sepatutnya mencontohi Rasulullah SAW. Hanya diingati semasa Maulid Ar Rasul sahaja. Di ketika lain, hilang peranan Rasulullah dalam hidup kita.
Kembalilah kepada Islam yang syumul yang menjadi penyelesai dengan janji-janji Allah yang pasti. Islam menyediakan selengkap mungkin penyelesaian yang berlaku di dunia. Kerana Islam dicipta oleh Pencipta dunia ini sendiri. Dialah "jurutera" dan pereka yang tahu bagaimana aturan hidup manusia yang mesti dilakukan. Manusia hanya sedikit sahaja kelebihan yang Allah berikan, tidak usahlah angkuh dan sombong dengan Allah. Sesungguhnya sifat angkuh dan takkabbur itu ialah sifat yang layak bagi Allah bukan kita makhluk yang mempunyai segala kelemahan.
"Wallahi, wabillahi saya tak meliwat"
Tak tahu nak cakap apa dah. Bodoh kah atau tidak pandai? Nak dikata bodoh ada PhD, nak kata tak pandai jadi mufti. Sebab itu ulama-ulama dahulu kebanyakkan mereka tidak mahu merima tanggungjawab sebagai mufti. Imam Ahmad dan Imam Syafei sanggup dipenjara dari menerima jawatan mufti. Dah jadi mufti buatlah kerja betul-betul. Buat kerja dengan ilmu yang ada tu. PhD yang ada itu buat apa? Pihak universiti tak nak tarik balikkah PhD mufti tu?
Sepanjang saya belajar dari tingkatan satu sekolah agama hingga sekarang, tidak pernah saya dengar dari mana-mana ulama atau baca dari mana-mana kitab, tertuduh dan penuduh dalam kes liwat/zina bermubahalah "bersumpah". Ini bukan kes li'an, ini kes tuduhan liwat. Dari segi perundangan Islam, hendaklah si pendakwa mempunyai 4 orang saksi lelaki lagi dipercayai untuk mendakwa. Jika gagal gugurlah dakwaan tersebut dan si pendakwa hendaklah dihukum. Kenapa dalam kes liwat Saiful ini tak di bawa ke mahkamah syariah? Dibicarakan mengikut undang-undang Islam. Kerana kedua-keduanya orang Islam.
Saya sangat menyokong kenyataan peguam Hanipa Maidin "Jika benar terdapat tuduhan liwat ke atas Anwar sekalipun, mana-mana pihak yang bersungguh meminta Anwar bersumpah dengan al-Quran sepatutnya perlu menuntut bahawa Anwar diadili dengan hukum al-Quran,". Ini sebenarnya dan sepatutnya dibuat. Tapi kecewa dengan kenyataan seorang mufti di negara ini supaya tertuduh dan mangsa bersumpah. Gila apa? Senang kerja hakim macam itu. Kalau semua kes boleh dibuat macam itu, mudah sekali. Saya pun nak jadi hakim.
"Saya tak bersalah! Itu Bohong! Saya maksum!"
Sekarang ini Malaysia dah cacamarba, tak tentu hala. Mana yang sepatutnya dilakukan, mana yang tidak. Kes Najib sepatutnya mahkamah dan polis tidak lengah-lengah. Ini mudah sahaja dengan buat kenyataan akhbar. "Pembohongan dahsyat", "Saya tidak bersalah" dan banyak lagilah. Mudahnya orang-orang yang berkuasa di Malaysia ini pijak undang-undang. Sudah berapa banyak sidang akhbar dibuat?
Suruhanjaya demi suruhanjaya ditubuh oleh Pak Lah tak berguna jika orang yang duduk dalam suruhanjaya tersebut "orang yang disuruh". Maka jadilah suruhantakjaya. Hahaha
Tiba di KLIA membuatkan saya terkejut. Terkejut bukan dek kerana moden dan canggihnya KLIA hingga menyusahkan pelanggan, tetapi dek kerana wanita bertudung di kedai minuman keras, wanita melayu berskirt pendek berkerja di situ. Itulah kejutan pertama yang saya lihat di KLIA. Lapangan terbang tercanggih di Malaysia bahkan di dunia.
Untuk hari pertama di Malaysia saya beristirehat sekejap di rumah famili kakak saya di Subang Suria. Berjumpa dengan anak-anak saudara yang dah besar panjang, bahkan dah petah bercakap dan berlari pun. "Paksu balik hilang rindu jumpa korang".
Esok harinya, saya tidak melepaskan peluang untuk ke warong berhampiran di apartmen Subang Suria itu. Menu utama pilhan saya ialah nasik lemak sambal kerang,roti canai dua keping dan milo tarik derta setin minuman isotonik yang tiada di Mesir 100 Plus. Sambil membeli beberapa akhbar perdana, mengulangi suasana yang pernah saya alamai sebelum ke Mesir.
Sebelum itu maaf kepada pelawat, kerana baru berkesempatan untuk mengemaskini blog sejak pulang dari Mesir. InsyaAllah di hari-hari berikutnya saya akan berusaha untuk mengemaskini sekerap mungkin. Terutama isu-isu yang hangat sekarang. Sebelum ke Mesir "LIWAT" dan pulang ke Malaysia dengan "LIWAT" haha. Dah tiada kerja agaknya orang Malaysia ini, rakyat terpaksa untuk memikirkan masalah-masalah peribadi pemimpin! Sudahlah dibebankan dengan kenaikan harga barang dan minyak. Saban hari berbual sehaja dengan keluarga semestinya keluhan "minyak dah mahal" semestinya terpancul dari mulut.
Setakat ini dulu buat masa ini. Bagi sahabat-sahabat di Malaysia jangan lupa program-program ini:
1. 5 Julai, Solat Hajat dan Ceramah Perdana bersama Tuan Guru Dato Dr Haron Din, di Dataran Dahlia, Tampoi, Johor Bahru. Bermula selepas solat maghrib (jamuan). Jangan lupa bawa sejadah sendiri.
2. 6 Julai, Himpuan Sejuta Umat membantah kenaikan harga minyak! Di Petaling Jaya!
Sama-sama kita menjayakannya!
25 Jun 2008 masihi insyaAllah tepat jam 4.50 pagi waktu Mesir, saya akan bertolak ke tanahair. Berat sebenarnya untuk melangkah pulang, memandangkan ianya bukanlah pulang untuk selamanya. Sekadar pulang bercuti. Tetapi bukan sebarang cuti. Cuti yang bakal mempunyai beberapa misi yang hendak diselesaikan. Setelah melakukan istikharah, hati ini seperti mengatakan perlu pulang.
Ibu di Malaysia pada awalnya berat untuk memberi kelulusan dan lampu hijau untuk pulang ke tanahair. Juga seperti redha dengan kata-kata ibu. Bagaimanapun lain cerita dari adik beradik. Juga mungkin dengan kesan pujukan dari saya. Akhirnya ibu memberi lampu hijau. Diri ini berjanji, kepulangan kali ini bukan sebarang pulang, tetapi pulang yang mempunyai beberapa misi.
Seorang manusia tidak akan lari dari masalah. Pelbagai masalah yang dihadapi, dan perlu diselesaikan dan diredakan. Semakin dibiarkan masalah ini, semakin panas ia membakar. Bagaimanapun tidak semua yang merasakan masalah ini satu beban, bahkan ia menyeronokkan, risiko yang menyeronokkan. Bak kata orang putih "No Risk No Fun". Bagi saya ada yang menyeronokkan dan juga ada yang sangat membebankan. Bebanan ini bukan sebarang beban, beban sebagai seorang muslim yang membawa banyak taklifan. Sejak diutuskan Nabi Adam AS di muka bumi ini, secara automatik menggalas taklifan-taklifan yang perlu dilaksanakan.
Menjangkau tiga tahun di bumi Anbia ini, sebenarnya telah memberi banyak pengalaman kepada diri. Pengalaman yang susah dicari ganti. Thaqafah di bumi ini bukan sebarangan thaqafah. Mesir itu sendiri ialah thaqafah. Meletakkan diri di tengah-tengah kepadatan penduduk Mesir ini sangat-sangat memberi pengajaran. Pengajaran menghadapi kesulitan, pengajaran menghadapi kesenangan, pengajaran menghadapi kemalasan, pengaran menghadapi kerajinan, pengajaran menghadapi kekosongan masa, pengajaran menghadapi kepadatan masa dan banyak lagi lah.
Bagaimanapun pengajaran bersemuka dengan suasana ilmu adalah sangat berharga. Mesir ini dunia ilmu. Kiblat ilmu. Anak melayu membanjiri Mesir sejak sekian lama dan telah menjangkau ribuan. Ia sepatutnya menjadi Tsunami ilmu di Malaysia bila ribuan anak Malaysia ini pulang ke tanahair. Membentuk suasana sihat dengan kematangan ilmu. Tidak jumud dan sangat terbuka terhadap ilmu. Tetapi hakikat yang perlu dihadapi ialah tidak semua akan membawa pulang perubahan-perubahan tersebut dari hayunan ilmu. Tetapi hanya membawa perubahan penampilan dan perubahan yang tidak diharapkan. Membawa mentaliti yang sama, membawa budaya yang sama. Bahkan juga ada yang menjadi beban kepada agama dan ummah nau'zubillah.
Istimewa buat seorang housemate Mohd Khairul Anwar Tajudin yang bakal berseorangan selama beberapa bulan kerana keempat-empat housemate-nya pulang ke Malaysia. Ada pesanan, "Jaga elok-elok rumah ni". "InsyaAllah Aidilfitri nanti aku call"
Jumpa di tanahair insyaAllah.