"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"
Apa yang anda dapat rasa sejak negara kita merdeka? Saya lahir setelah negara kita merdeka. Bagi mereka yang lahir sebelum merdeka atau merasa hidup sebelum merdeka, kemungkinan boleh kita mendapatkan ulasan yang bermacam-macam.
Namun bagiku, merdekanya Malaysia masih belum memberikan ruang yang baik untuk Islam memerintah. Berjayanya British memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Melayu dan memberikan kepada UMNO untuk memerintah negara hanya kesinambungan yang bererti bagi mereka. Islam masih belum memerintah, kuasa Islam terbatas kepada beberapa perkara dalam perlembagaan negara. Hatta dalam hal-hal mahkamah syariah sekalipun ada hukuman-hukumannya tidak mengikut kehendak syarak. Bahkan bidaah yang sangat sesat digunakan. Syarak tujuannya bukan mahu menghukum tetapi mendidik, tetapi bila syariat ditolah tepi maka hilang rasa mahu mendidik tetapi hanya menghukum. Tiada langsung bantuan dan cegahan dari Allah. Manakan tidak, bila tidak dibantu agama Allah, sudikah Allah membalas?
Jenayah semakin meruncing, setiap hari bila menatap berita di televisyen, kes-kes jenayah sememangnya dilaporkan. Bunuh, rompak, curi, rogol dan sebagainya menghiasi dada-dada akhbar. Anak-anak terlalu bebas terutama anak-anak perempuan kita. Bebas dibawa ke sana ke mari. Berpakaian menjolok mata tanpa segan silu menunjukan segala yang tidak perlu ditunjuk. Kita pula merasa malu dengan karenah mereka. Nilai kemanusiaan dan tatasusila semakin teruk terhakis. Inikan pula mahu diajak berbicara tetang adab. Bagaimana generasi yang hendak dibentuk akan datang?
Longlai nak pasang bendera, apatah lagi mahu mengibarkannya...
"Saya berminat dengan Islam" ujar lelaki cina selepas kami minum petang bersama. Perbualan sebenar berkenaan dengan hal-hal buku sahaja. Lelaki cina ni penyelia sebuah syarikat pengeluar buku-buku sekolah. Kemudian masuk sedikit isu politik, terutama selepas Anwar angkat sumpah. Ternyata cina ni menyokong pihak pembangkang. Masuk sikit tentang PAS, DAP, perbankan Islam dan lain-lain. Tiba perbualan kami masuk isu agama, memandangkan puasa lagi 2, 3 hari. Dia menanyakan tentang puasa. "Awak agama apa?" tanya saya. "Apa?" dia soal berkali-kali. "Awak agama buddha ke kristian?" tanya aku lagi. "Ohh, saya buddha. Cuma..." berhenti sekejap. "cuma saya tak tahu sangat tentang buddha ni" jelas beliau.
"Saya tengok orang Islam baguslah, banyak sembahyang, sebelum pergi kerja sembangyang. Saya tak sembahyang apa-apa, tak bagus!" jelas beliau yang membuatkan atau berfikir sejenak tentang tulisan-tulisan aku sebelum ini. Satu bukti yang menunjukan rakyat Malaysia tak kira muslim atau bukan sebahagian besar mungkin atau kecil menganut fahaman sekular. Fahaman yang diikuti dengan sedar atau tanpa sedar. Penyakit ini disedari oleh golongan yang bergerak dalam gerakan Islam. Usaha membasmi fahaman ini berterusan dalam pelbagai bentuk dan cara.
PAS selaku salah sebuah Harakah Islamiah yang secara langsung berusaha memerangi fahaman ini dengan terbuka tanpa berselindung. Tidak kira ia berakar umbi dari pihak mana, PAS segera mencantas. Muktamar lalu telah memberikan kata dua kepada Pakatan Rakyat jika Islam tidak dominan dalamnya. maka PAS tidak teragak-agak untuk menarik diri.
"You dah boleh undi-undilah?" tanya dia. "tak dapatlah, sebab bulan 11 I dah balik Egypt" aku jelaskan. "You buat apa sana?" tanya dia lagi. "I studi lagi" jawab aku. "Studi apa?" tanya dia lagi. "Undang-undang Islam" jelas aku lagi. "wah, nanti apa-apa I boleh tanya you lah!" tanya dia dengan semangat. "boleh! no hallah!" aku balas. Aku kenalkan dia dengan salah seorang staf tempat aku kerja. Nama dia Jeffry, salah seolah cina muslim. "You boleh kenal sama dia, dia masuk Islam juga, you boleh tanya bagaimana dan kenapa dia masuk Islam" aku jelaskan kepada beliau. Sebelum Jeffry balik, aku jumpa dia yang jelaskan, kita kena 'tarik' dia. "Ok no hal!" jelas Jeffry kepada aku.
Jelas, sebenarnya penghalang besar untuk kita melaksanakan kerja-kerja dakwah bukan dari orang bukan Islam. Ternyata orang-orang bukan Islam ramai dikalangan mereka 'kosong' tentang agama mereka sendiri. Proses mengislamkan mereka jika dilakukan sejak awal mereka ke tanah melayu mungkin masalah antara agama di Malaysia tidak menjadi kalut. Kita pelbagai bangsa tetapi dengan agama yang satu. Indahnya Malaysia jika berlakus sedemikian. Allahumma amin
Allahumma Ballighna Ramadhan
Bandar Baru UDA
Ada orang kata, orang Permatang Pauh taksub! Agaknya yang undi BN sejak merdeka sampai sekarang bagaimana ya? Bolehkah kita katakan mereka taksub? Pandangan pukul borong ni disampaikan oleh salah seorang bekas pimpinan PKR dahulu. Sekarang beliau ketua bagi sebuah oganisasi bukan non-partisan. Tak mengapalah, itu hak beliau untuk memberi pandangan. Samada pandangan beliau boleh diterima rakyat atau pengundi Permatang Pauh atau tidak terserahlah, bagaimanapun Anwar sudah kembali sebagai salah seorang wakil rakyat, tetapi bukan di sebelah BN.
Suasana yang amat berbeza sekarang. PRU yang lepas sebagai permulaan perubahan mind-set rakyat sekarang. Apa-apa perubahan seterusnya kita akan lihat selepas ini. Kita rakyat Malaysia sememangnya mengharapkan sebuah perubahan yang baik dan menguntungkan kita. Jika berlaku sebaliknya maka rakyat akan menjadi hakim sekali lagi di masa hadapan.
Sebagai seorang muslim, sewajibnya mengharapkan perubahan akan datang memberi kelebihan kepada Islam. Kerana janji Allah bahawa Islam membawa rahmat sekalian alam. Keadilan Islam tidak setanding dengan keadilan manusia yang perlu dibeli untuk mendapatkannya.
Rakyat Malaysia semakin mabuk dengan suasana ekonomi, politik, dan trend yang teruk dan tiada hala tuju yang jelas. Islam memberi segala jalan untuk menyelesaikan segala masalah. Janji Allah kepada para hambaNya supaya berpegang dan jangan berpaling dari Islam bukan sebarang janji. Janji yang membawa kita ke akhirat. Satu alam yang tiada bicaranya oleh kapitalis, sekularis, nasionalis, dan isme-isme lain yang menolak Islam dan Penciptanya.
Allahumma Ballighna Ramadhan
Bandar Baru UDA
Saya nak lihat kelibat Saiful Bukhari selepas 26 Ogos nanti. Juga kelibat Najib, Pak Lah tak ketinggalan. Hari ini saya menulis pada hari Pak Lah mengisytiharkan penurunan harga minyak. Sebelum itu nak isytihar 1 September, memandangkan 26 Ogos ni tarikh mengundi di P44 Permatang Pauh, bahang "liwat" pun dah "suam", maka kembali semula kepada minyak. BN dah ubah stail, Barang Naik jadi "Barang Nurun". Saya doakan agar kezaliman dapat dihentikan secepat mungkin dan kembalikan Islam dengan semurninya.
Konflik kes yang melibatkan Anwar atas dakwaan Saiful ternyata menggigit sakit institusi keadilan syarak di Malaysia. Bahkan sepatutnya persatuan peguam syarei di Malaysia mendesak kerajaan membicarakan kes tersebut di Mahkamah syariah bukan di Mahkamah Sivil. Kes ini amat berat kerana dalam Islam dakwaan tuduh orang lain berzina/liwat dan sebagainya adalah satu kes berat, bahkan ada hukuman tertentu kepada penuduh jika tidak cukup saksi dan bukti.
Kes ini membuktikan sistem keadilan mahkamah syariah di Malaysia terjejas, ketika kedua-dua insan yang beragama Islam yang diperuntukkan dalam artikel 121(1A) dalam perlembagaan
persekutuan tidak dilaksanakan sebaik mungkin. Para hakim dan peguam syarei sepatutnya menjerit mendesak kerajaan atas hal ini.
Kes ini kembali kusut setelah Saiful bermubahalah dan bersumpah laknat. Apakah dengan sumpah yang dilakukan depan khalak umum dan bukan dalam rumah mahkamah syariah ianya boleh diterima? Tanpa dilakukan oleh kedua-kedua belah pihak, sumpah tersebut macam orang bodoh. Terutama apabila kandungan ayat yang digunakan oleh Saiful dalam mubahalahnya dia "dipaksa" dan pendakwaan di mahkamah baru-baru ini dengan "suka sama suka". Padahal sumpah laknat hanya dilakukan oleh suami isteri jika tidak mempunyai saksi dan talak berlaku dan haram selamanya untuk mereka merujuk.
Hal ini, betul menyentap keadilan syarak yang sepatutnya digunakan. Pemerintah dan pengamal undang-undang syarak akan disoal kelak di hadapan Allah. Allah menunjukkan Maha Bijaksana dengan adanya kes ini maka manusia sepatutnya kembali memikirkan keadilan yang Islam anjurkan. Porak peranda sekali dan runtuh sama sekali institusi ini. Kita perlu sedar dan mesti cepat memperbaiki hal ini dari berlarutan rosak. Bala apakah yang kita tunggu lagi? Adakaha mahu Allah terbalikkan gunung-ganang di Malaysia menghempap kita?
Ada pihak terus menggunakan sumpah Saiful tersebut dengan mengatakan "terpulang kepada ummat Islam menilainya". Keadilan Islam tidak begitu, Islam memberikan keadilan terhadap semua pihak hatta kepada musuh semasa berperang. Islam mengharamkan membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua, juga mengharamkan membunuh tanaman, ternakan dan meruntuhkan rumah-rumah ibadat agama lain serta para rahibnya. Mengapa tiada langsung tindakan ke atas Saiful setelah kenyataan yang bercanggah dengan pendakwaan di mahkamah dengan kenyataan sumpahnya? Jika keadaan bodoh seperti ini pun kita gagal menilai, maka benarlah bahawa inilah bala yang bahaya sedang merosakan pemikiran kita.
Allahumma Ballighna Ramadhan
Bandar Baru UDA
Perjuangan kita menuju ujian yang paling besar. Masa muda sekarang ini, kita merasai beberapa bentuk ujian dan pelbagai mehnah. Islam yang kita junjung kadang-kadang tercampak ke tepi tanpa sedar. Menyelar sesetengah golongan berpegang dengan separuh dari Islam dan menolak separuh yang lain, tanpa sedar kita juga begitu.
Suasana di pelajar agama di Mesir bakal membentuk suasana di Malaysia. Sesetengah dari kita amat susah untuk taat dan walaa kepada pimpinan terutama yang menjadi pimpinan utama kita di Mesir di bawah naungan PMRAM. Walaupun sudah beberapa kurun penerangan terhadap PMRAM dilaksanakan, namun natijahnya semakin buruk nampaknya. Ada sesetengahnya mencemuh dan menunjukkan kebencian terhadap PMRAM. Malah mereka di kalangan pimpinan badan anak negeri. Kadang-kadang berat untuk meletakkan logo PMRAM yang tak sampai 1 gram pun. Logo PMRAM menjadi masalah bagi mereka. Bibit kebencian dan tidak berpuas hati mereka ditonjolkan sepuas mungkin. Mungkin dikala ini mereka rasa besar dan tidak kisah dengan ada atau tiadanya PMRAM mereka rasa kuat dan bebas di bumi Mesir.
Di Malaysia nanti ujian semakin hebat, tidak hairan jika di Mesir kamu hebat dan lantang di kalangan warga mahasiswa, tetapi lembik dan layu bila mendarat ke tanahair sendiri. Lagak dan hentakan kaki yang sombong ala firaun di Mesir akhirkan seperti semut dan ringan dan melayang dan tidak dirasai bumi. Sombong dan terus sombong dan mempergunakan ilmu dengan salah dan tiada langsung ikatan taat dan wala' yang dinyahkan begitu sahaja.
Ukhuwwah yang dibina di Mesir sepatutnya menatijahkan suasana yang kukuh dan kuat di Malaysia nanti. Gerakan dakwah amat-amat diperlukan, tetapi jika masing-masing dengan lagak masing tanpa dengan satu bumbung jamaah Islam semakin lambat diterima. Islam akan tetap sama sahaja sebelum kamu balik ke Mesir atau kamu pulang dari Mesir. Medan kamu mungkin hanya memenuhi 1 ruang lompong dan beribu-ribu lompong yang lain masih tidak terisi. Tinggallah kaum manusia yang tidak menerima ilmu seperti mana kamu terima terkial-kial menyampaikan Islam yang termampu. Maka mereka yang mengharapkan kamu dari Mesir dengan senyum lebar untuk membantu perjuangan Islam hanya menyambut tangan kosong tanpa disahut oleh kamu selaku penuntut agama.
Nilai dakwah dan perjuangan terletak pada apa yang kita lakukan. Kadang-kadang kita merasa memadai dengan kuliah maghrib di masjid yang dihadiri ahli qariah yang memang muka-muka masjid dan mahukan ilmu dan perubahan. Namun kita terlupa virus kerosakan akidah dan akhlak semakin parah telah meneggelamkan suara dakwah kita. Saya bukan bercakap kosong, sejak berkerja di sebuah pasaraya tiada sekali pun radio yang dimainkan oleh mereka menghormati waktu solat dan azan dikumandangkan. Surau yang terletak ditingkat bawah azannya hanya melingkungi sekitar surau sahaja, tiada suara azan yang terlepas keluar ke ruang legar pasaraya, yang membeli belah terus leka dengan beli belah, yang menjual terus leka dengan keuntungan.
Dalam suasana begini, siapakah yang kita harapkan sebagai agen perubahan?
"Allahumma ballighna ramadhan"
Bandar Baru UDA, Johor Bahru.