"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


22 Ogos 2008

Bodoh jenis apakah ini?

Saya nak lihat kelibat Saiful Bukhari selepas 26 Ogos nanti. Juga kelibat Najib, Pak Lah tak ketinggalan. Hari ini saya menulis pada hari Pak Lah mengisytiharkan penurunan harga minyak. Sebelum itu nak isytihar 1 September, memandangkan 26 Ogos ni tarikh mengundi di P44 Permatang Pauh, bahang "liwat" pun dah "suam", maka kembali semula kepada minyak. BN dah ubah stail, Barang Naik jadi "Barang Nurun". Saya doakan agar kezaliman dapat dihentikan secepat mungkin dan kembalikan Islam dengan semurninya.

Konflik kes yang melibatkan Anwar atas dakwaan Saiful ternyata menggigit sakit institusi keadilan syarak di Malaysia. Bahkan sepatutnya persatuan peguam syarei di Malaysia mendesak kerajaan membicarakan kes tersebut di Mahkamah syariah bukan di Mahkamah Sivil. Kes ini amat berat kerana dalam Islam dakwaan tuduh orang lain berzina/liwat dan sebagainya adalah satu kes berat, bahkan ada hukuman tertentu kepada penuduh jika tidak cukup saksi dan bukti.

Kes ini membuktikan sistem keadilan mahkamah syariah di Malaysia terjejas, ketika kedua-dua insan yang beragama Islam yang diperuntukkan dalam artikel 121(1A) dalam perlembagaan
persekutuan tidak dilaksanakan sebaik mungkin. Para hakim dan peguam syarei sepatutnya menjerit mendesak kerajaan atas hal ini.

Kes ini kembali kusut setelah Saiful bermubahalah dan bersumpah laknat. Apakah dengan sumpah yang dilakukan depan khalak umum dan bukan dalam rumah mahkamah syariah ianya boleh diterima? Tanpa dilakukan oleh kedua-kedua belah pihak, sumpah tersebut macam orang bodoh. Terutama apabila kandungan ayat yang digunakan oleh Saiful dalam mubahalahnya dia "dipaksa" dan pendakwaan di mahkamah baru-baru ini dengan "suka sama suka". Padahal sumpah laknat hanya dilakukan oleh suami isteri jika tidak mempunyai saksi dan talak berlaku dan haram selamanya untuk mereka merujuk.

Hal ini, betul menyentap keadilan syarak yang sepatutnya digunakan. Pemerintah dan pengamal undang-undang syarak akan disoal kelak di hadapan Allah. Allah menunjukkan Maha Bijaksana dengan adanya kes ini maka manusia sepatutnya kembali memikirkan keadilan yang Islam anjurkan. Porak peranda sekali dan runtuh sama sekali institusi ini. Kita perlu sedar dan mesti cepat memperbaiki hal ini dari berlarutan rosak. Bala apakah yang kita tunggu lagi? Adakaha mahu Allah terbalikkan gunung-ganang di Malaysia menghempap kita?

Ada pihak terus menggunakan sumpah Saiful tersebut dengan mengatakan "terpulang kepada ummat Islam menilainya". Keadilan Islam tidak begitu, Islam memberikan keadilan terhadap semua pihak hatta kepada musuh semasa berperang. Islam mengharamkan membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua, juga mengharamkan membunuh tanaman, ternakan dan meruntuhkan rumah-rumah ibadat agama lain serta para rahibnya. Mengapa tiada langsung tindakan ke atas Saiful setelah kenyataan yang bercanggah dengan pendakwaan di mahkamah dengan kenyataan sumpahnya? Jika keadaan bodoh seperti ini pun kita gagal menilai, maka benarlah bahawa inilah bala yang bahaya sedang merosakan pemikiran kita.

Allahumma Ballighna Ramadhan
Bandar Baru UDA

18 Ogos 2008

Nabi Musa di Mesir dan Firaun di Malaysia

Perjuangan kita menuju ujian yang paling besar. Masa muda sekarang ini, kita merasai beberapa bentuk ujian dan pelbagai mehnah. Islam yang kita junjung kadang-kadang tercampak ke tepi tanpa sedar. Menyelar sesetengah golongan berpegang dengan separuh dari Islam dan menolak separuh yang lain, tanpa sedar kita juga begitu.

Suasana di pelajar agama di Mesir bakal membentuk suasana di Malaysia. Sesetengah dari kita amat susah untuk taat dan walaa kepada pimpinan terutama yang menjadi pimpinan utama kita di Mesir di bawah naungan PMRAM. Walaupun sudah beberapa kurun penerangan terhadap PMRAM dilaksanakan, namun natijahnya semakin buruk nampaknya. Ada sesetengahnya mencemuh dan menunjukkan kebencian terhadap PMRAM. Malah mereka di kalangan pimpinan badan anak negeri. Kadang-kadang berat untuk meletakkan logo PMRAM yang tak sampai 1 gram pun. Logo PMRAM menjadi masalah bagi mereka. Bibit kebencian dan tidak berpuas hati mereka ditonjolkan sepuas mungkin. Mungkin dikala ini mereka rasa besar dan tidak kisah dengan ada atau tiadanya PMRAM mereka rasa kuat dan bebas di bumi Mesir.

Di Malaysia nanti ujian semakin hebat, tidak hairan jika di Mesir kamu hebat dan lantang di kalangan warga mahasiswa, tetapi lembik dan layu bila mendarat ke tanahair sendiri. Lagak dan hentakan kaki yang sombong ala firaun di Mesir akhirkan seperti semut dan ringan dan melayang dan tidak dirasai bumi. Sombong dan terus sombong dan mempergunakan ilmu dengan salah dan tiada langsung ikatan taat dan wala' yang dinyahkan begitu sahaja.

Ukhuwwah yang dibina di Mesir sepatutnya menatijahkan suasana yang kukuh dan kuat di Malaysia nanti. Gerakan dakwah amat-amat diperlukan, tetapi jika masing-masing dengan lagak masing tanpa dengan satu bumbung jamaah Islam semakin lambat diterima. Islam akan tetap sama sahaja sebelum kamu balik ke Mesir atau kamu pulang dari Mesir. Medan kamu mungkin hanya memenuhi 1 ruang lompong dan beribu-ribu lompong yang lain masih tidak terisi. Tinggallah kaum manusia yang tidak menerima ilmu seperti mana kamu terima terkial-kial menyampaikan Islam yang termampu. Maka mereka yang mengharapkan kamu dari Mesir dengan senyum lebar untuk membantu perjuangan Islam hanya menyambut tangan kosong tanpa disahut oleh kamu selaku penuntut agama.

Nilai dakwah dan perjuangan terletak pada apa yang kita lakukan. Kadang-kadang kita merasa memadai dengan kuliah maghrib di masjid yang dihadiri ahli qariah yang memang muka-muka masjid dan mahukan ilmu dan perubahan. Namun kita terlupa virus kerosakan akidah dan akhlak semakin parah telah meneggelamkan suara dakwah kita. Saya bukan bercakap kosong, sejak berkerja di sebuah pasaraya tiada sekali pun radio yang dimainkan oleh mereka menghormati waktu solat dan azan dikumandangkan. Surau yang terletak ditingkat bawah azannya hanya melingkungi sekitar surau sahaja, tiada suara azan yang terlepas keluar ke ruang legar pasaraya, yang membeli belah terus leka dengan beli belah, yang menjual terus leka dengan keuntungan.

Dalam suasana begini, siapakah yang kita harapkan sebagai agen perubahan?

"Allahumma ballighna ramadhan"
Bandar Baru UDA, Johor Bahru.

14 Ogos 2008

Dakwah Melangkaui Batas Kepentingan Politik

Pertama: "Tetapi apa yang kita lakukan untuk memastikan mereka menerima Islam"

Kedua: "rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat perlu didakwah sepanjang masa biar pun kita berada dalam satu bumbung dengan PAS sekarang. Politik adalah alat, manakala PAS merupakan wadah untuk meneruskan kerja-kerja dakwah berasaskan al-Quran."

Ketiga: "Sayangilah jemaah dengan panduan al Quran dan bukan sahaja dengan kepentingan politik. "Pastikan segala langkah yang diambil oleh ahli mestilah berdasarkan panduan dari al-Quran,"

Tiga kenyataan ini lahir dari Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, ketika merasmikan muktamar peringkat Dewan Pemuda. Kenyataan ini yang saya harapkan selepas isu muqabalah atau muzakarah bersama UMNOI hangat diperkatakan, sehingga cetus rasa gusar di kalangan ahli PAS. Ini kerana PAS mempunyai ahli yang pelbagai latar belakang pendidikan, ilmu dan pemahaman. Alhamdulillah para pimpinan tidak serik selalu memberi kefahaman yang baik kepada ahli.

Tugas kita semakin besar dan lebih mencabar jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat. Tugas kita di dalam kerajaan untuk membawa fikrah yang jelas dengan Islam untuk disadur-lumatkan dalam pemerintahan.

Dua parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP mempunyai ahli yang pelbagai fahaman dan agama juga. Mempunyai kepentingan-kepentingan yang mereka mahukan. Jika kita lambat seperti apa yang disarankan oleh Ustaz Nasha tadi, maka tunggu akibat yang bakal terima. Dakwah ini melangkaui sempadan fahaman politik. Wajib kita menegur, berjumpa pemerintah untuk menyampaikn risalah Islam. Nabi Musa AS juga diperintahkan Allah untuk ber"muqabalah" dengan Firaun kerana melampaunya beliau.

Semua ini perlu dimainkan oleh peringkat akar umbi, garis panduan yang telah diberikan dari peringkat berperingkat perlu difahami. Jangan kita bawa separuh tinggal separuh dan mendakwa nak bina negara Islam. Sedangkan ahli peringkat bawah masih celaru dengan peringkat tarbiyah yang diterima. Nizhom atau sistem yang cukup teratur perlu disusun kemas. Kerana itulah antara syarat-syarat kemenangan Islam.

13 Ogos 2008

Selamat Bermuktamar

Muktamar PAS kali ini dijangka panas dengan beberapa isu dan usul yang bakal dibangkitkan oleh para perwakilan. Isu-isu yang dijangka panas ialah ahli PAS dari kalangan bukan Islam, isu muqabalah dengan UMNO dan juga muhasabah terhadap PRU yang lalu. Isu-isu terbabit sedikit sebanyak akan menyentuh permasalahan dasar dalam perjuangan PAS selama ini. Terutama isu ahli PAS bukan Islam. Sejauhmana kebijaksanaan pimpinan menangani ini dari sudut syarak kita akan lihat nanti.

Saya yakin PAS adalah sebuah jamaah Islam yang "ada" yang menjaganya. Sebanyak mana isu yang diterjah dan kena batang hidung PAS, saya yakin PAS masih dalam lingkungan orbit Islam. Campaklah ke laut mana, insyaAllah PAS tidak akan terkeluar dari orbit ini.

Justeru, para alim ulama dn cendiakawan dalam parti ini perlu memainkan peranan penting bagi mempersediakan PAS di masa akan datang. Dunia semakin cepat membelit kita jika kita masih lgi lalai dan leka. Persediaan akan datang perlu rapi. Sekarang mungkin kita menghadapi situasi kapal UMNO semakin karam dan mungkin ada perubahan kerajaan september ini. Tetapi PAS harus ingat ujian yang lebih besar jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan.

Peranan PAS semakin besar, mentaliti sewajibnya berubah, ujian semakin membesar, persediaan rapi perlu ada. Jika kita masih leka dengan 5 negeri ini, bagaimana dengan negara yang bakal diperintah nanti. Setiap isu yang mendatang nampaknya kita masih dalam orbit Islam. Walaupun tidak kurang yang selalu mempertikaikan apa yang kita lakukan terutama dari peringkat akar umbi terhadap pimpinan, tetapi itulah yang menunjukkan PAS 'ada' yang menjaganya.

SELAMAT BERMUKTAMAR!
Bandar Baru UDA, Johor Bahru.

07 Ogos 2008

Membersihkan sawang blog

Lama tak berkunjung ke laman sendiri. Agak sibuk mencari rezekilah katakan... Untuk pengetahuan antum, ana sekarang berkerja di sebuah gedung buku di Plaza Angsana. Ramai juga bertemu uztaz-ustazah dan sahabat handai di sana. Ada yang mencari kitab-kitab agama, ada juga yang mencari novel untuk dibaca semasa masa kosong, ada juga yang hanya datang membelek.
Setelah 3 tahun di Mesir, merasakan Mesir teruk dari Malaysia, tetapi bila pulang ke tanah air sendiri, rupanya Malaysia semakin rosak. Terutama muda-mudi muslim muslimah di sini. Umat Islam boleh saya katakan ditenggelami oleh kuasa maksiat. Tak kira anda di mana kecuali di masjid. Bahkan di sekitar masjid atau surau yang mempunyai tempat duduk pun dipenuhi dengan mempelai-mempelai haram. Azan kumandang mengajak umat Islam menuju ke rumah Allah, tetapi mereka-mereka ini hanya memekakkan telinga dan hanya menumpukan nafsu semata.
Pakaian menjolok mata bukan lagi pakaian yang perlu disorok-sorok lagi, berkerja di kedai buku ini sahaja saban hari mata ini dipertontonkan dengan perempuan-perempuan Islam yang berpakaian menjolok mata. Alhamdulillah staf-staf perempuan di sini semuanya menutup aurat. Alhamdulillah.
Jenayah Ilmu
Berkerja di gedung buku, memang seronok. Macam-macam buku yang boleh kita jumpa. Namun masih ada kekurangan besar dan lopongan yang amat sangat. Terutama tulisan dari ulama-ulama yang lahir dari universiti al azhar. Kalau kita di Mesir rasanya tidak ketandusan kitab-kitab muktabar untuk di miliki. Tetapi sebaliknya di sini. Tulisan-tulisan golongan "wahabisme" semakin rancak. Juga tulisan-tulisan para orientalis antarabangsa juga tempatan. Penerbit-penerbit buku agama yang kurang perihatin dengan masalah ini hanya mengambil untung atas angin dengan menerbitkan buku-buku yang bakal merosakkan minda masyarakat. Buku-buku seperti "bidaah, talfiq mazhab, perlukah kita bermazhab dan lain" amat memenuhi pasaran. Ramai yang mencari tetapi mendapat ilmu yang tidak adil apabila menerima hanya dari sebelah pihak sahaja. Nampaknya ulama-ulama al azhar perlu segera menterjemah kitab-kitab untuk menjadi kuasa besar di pasaran ilmu di Malaysia, tidak pun sebagai kuasa mengimbang.
Agak keliru apabila buku Gamal Al Banna menembusi pasaran, juga buku Kasim Ahmad. Apakah para penerbit tidak mengenali mereka ini? Ada juga sesetengah penerbit bangga menerbitkan buku yang berjudul Petunjuk Hidup Islam Hadhari oleh Dr Wahbah Zuhaili. Sedangkan Dr Wahbah amat menentang keras Islam Hadhari bagaimana pula di menulis berkenaan dengan Islam Hadhari ciptaan UMNO? Buku tersebut nyata melakukan jenayah terang-terangan, apabila tidak meletakkan nama penterjemah dan dari kitab apa dia terjemah.
Saranan kepada PMRAM
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir perlu segera menangani masalah ini. Rasanya buku-buku yang diizinterbitkan oleh PMRAM tidak kurang perlunya menembusi pasaran di Malaysia. Buku-buku penjelasan isu-isu bidaah, amalan bermazhab dan sebagainya diperlukan segera. Teringat dengan cadangan dari perwakilan BKPJM semasa munaqasyah ucapan dasar presiden tempohari perlu diambilkira, bukan sekadar cadangan sahaja.
Usaha PMRAM menulis semula karangan Bahrul Mazi amat-amat dialukan. Umat melayu sekarang semakin buta jawi. Buku-buku yang diterbitkan dalam tulisan jawi tidak banyak permintaan.

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai