"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


28 Ogos 2009

Melayu Mudah Lupa? Eh, aku masih ingat lagi lah..

Habis Pilihanraya Kecil Permatang Pasir, hilang sudah isu syurga, Nik Aziz perlu bertaubat, Anwar pengkhianat, Permatang Pasir jadi anak emas Kerajaan Pusat dan macam-macam lagi yang riuh rendahnya sampai ke sempadan Nil ni!

Bila difikirkan, kenapa pula Permatang Pasir baru dihebohkan nak jadikan anak emas Kerajaan Pusat. Lagipun Pulau Pinang baru diperintah DAP tahun lepas. Permatang Pauh bawah pembangkang tahun 1999 juga DUN Permatang Pasir bawah PAS pada tahun 1999. Sebelum tu Pulau Pinang bawah kerajaan BN walaupun yang memerintah sama bangsanya dari Cina cuma partinya berlainan. Akidah mereka tetap sama. Atau dulu masa BN perintah, Permatang Pasir jadi anak haram?

Teringat kata-kata Tun Dr Mahathir yang melawat satu kawasan di Pulau Pinang pernah mengatakan seperti "selepas perang dunia kedua". Waktu itu masih di bawah pemerintahan regim beliau lagi. Heboh satu negara, perlu ada perubahan dan sebagainya. Tapi sama sahaja, sehinggalah DAP memerintah pada tahun 2008.


Aku ada baca blog Faizal Sabhon, sahabat UMNO aku di blog beliau. Kali ini artikel beliau agak bagus untuk dibaca bersama. Memandangkan beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti Al Azhar, selayaknya beliau berbicara dengan isu-isu syariah dan hukum hakam.

Asyik membaca entrinya dari mula. Tetapi bila sampai pertengahan aku dah rasa tak enak. Tapi bila aku fikir balik. Biasalah dia UMNO! Aku reda semula, dan teruskan membaca. Tapi ada beberapa perenggan yang bila baca berulangkali kelakarlah pula. Antaranya:

Pertama:

"Sebenarnya,Usaha pelaksanaan undang-undang hudud itu ada dirintis secara senyap oleh BARISAN NASIOAL (BN), akan tetapi tapi pemerkasaan itu seolah-olah kelihatan “lemah”. Kenapa saya kata lemah, ianya tidak diteruskan walaupun usaha telah dirintis oleh ALLAHYARHAM TAN SRI AHMAD IBRAHIM yang dijemput dari SINGAPURA oleh TUN DR MAHATHIR semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat ."
Kedua:
"Bermula pindaan perkara 121 (1a) perlembagaan Malaysia, pada tahun 1988 dimana PAS belum pun menang di KELANTAN ketika itu, (PAS menang di Kelantan pada tahun 1990 dan Kelantan ketika tahun 1988 masih dibawah Barisan Nasional) BN sebenarnya telah merintis jalan ISLAMISASI PERUNDANGAN."
Ketiga:
"kita mesti masuk perjuangan PAS kerana hanya PAS yang mahukan ISLAM!”, ucapan dangkal pihak tertentu yang membantutkan usaha memperbaiki negara ini dari penjajahan selama 400 tahun. Ingat! kelewatan islamisasi perundangan adalah kerana kita telah dijajah selama 400 tahun bukan kerana kerajaan BN yang memerintah lebih 50 tahun ini tidak mahu melaksanakan perundangan Islam."

Ulasan aku bagi kenyataan pertama dan kedua:

Alhamdulillah jika benar apa yang telah berlaku dan dinyatakan oleh beliau. Ianya lemah kerana Barisan Nasional hanya memerlukan Islam pada ketika dan masa yang diperlukan sahaja. Islam pada mereka hanya pada perkara tertentu. Tidak keterlaluan aku mengatakan jika mereka mahu, mereka ambil, jika tidak mahu mereka tendang Islam jauh-jauh.

Anggapan ini bukanlah anggapan kosong semata-semata. Ini kerana para pimpinan UMNO dan negara lalu dan hari ini sangat mencemuh undang-undang syariah. Apatahlagi mahu melaksanakannya.

Antara ucapan-ucapan pemimpin kesayangan Faizal Sabhon (Mungkin masa ini Faizal masih bersekolah di Kelantan) :

(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim):
Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan):

Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan -

(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan).

Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

(Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor).

Saya nak tahu siapakan di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah).

Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno).

Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.

(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan).
Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan).

Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? -

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan).
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)
"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994).

"Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)

Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994).
"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994).
"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).

"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).

"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).

"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992).

"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991).

"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) .

"Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992):

"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992).

"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994).
"Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).
"Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 14/7/92)
'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92)
'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dankaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994)
'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam)

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93)
'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.

Malah di dalam satu dialog yang diadakan bersama para peguam di auditorium Majlis Peguam pada 22 Februari 2006 yang lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan tanpa segan silu mendedahkan sikap partinya, UMNO terhadap Islam.

Menteri tersebut dikatakan berkata bahawa persaingan bagi mendapatkan undi telah mendorong parti-parti politik seperti UMNO dan PAS menggunakan Islam sebagai pengkalan atau platform dan seterusnya mendorong pihak seperti beliau dan UMNO untuk melakukan perkara-perkara yang “we do not believe in” (kami tidak percaya kepada perrkara-perkara tersebut).

Dengan lain perkataan, UMNO terpaksa juga menggunakan slogan dan platform Islam meskipun UMNO sendiri tidak percaya kepada apa yang terkandung di dalam Islam itu sendiri sama ada aqidahnya, hukum hakam, halal haram dan sebagainya.

Nazri seterusnya dilaporkan berkata bahawa UMNO terpaksa menggunakan Islam kerana PAS menurutnya menggunakan Islam bagi mendapatkan undi. Nazri berkata:

“we are doing a disservice to our nation. we are led into doing something that we don’t believe.”

Terjemahan : “Kami melakukan perkara yang tidak memberi khidmat kepada Negara , kami telah didorong bagimembuat sesuatu perkara yang kami tidak percaya.”

Dengan lahirnya kenyataan ini dari pimpinan UMNO, tak perlulah rasanya Faizal nak mendabik dada UMNO yang merintis. Ini bukan persoalan siapa yang merintis atau membuka jalan. Ini persoalan hak Allah yang perlu diperjuangkan dan dilaksanakan! Jika UMNO ikhlas nak melaksanakan syariah, aku yakin sejak mula merdeka mungkin sekarang kita sudah merasai bagaimana duduk dalam keadaan Baldatun Toiyibatun Wa Rabbun Ghofur!

Ulasan dari kenyataan ketiga:

Nabi membuktikan perjuangan selama 23 tahun telah merintis pemurniaan akidah dan pelaksanaan syariah secara total! Bermula dengan terbinanya Negara Islam Madinah hingga jatuhnya khilafah Islamiah pada tahun 1924 masihi.

Perjuangan yang melibatkan aktiviti yang menyeluruh dari aspek akidah dan syariah. Ianya bukan dari kesan bercampur baur perkara-perkara yang halal dan haram.

Bagaimana kita nampak serius nak makan nasik lemak dalam masa yang sama kita tiada usaha mencari santan, apatah lagi kita bubuh rempah kari dalam beras!

Begitu juga dengan pembinaan sebuah daulah Islam yang tertegak padanya akidah dan hukum hakam padanya, sedangkan kita pada masa yang sama turut merestui aspek-aspek lain yang dimukai Allah?

Mungkin kenyataan BN-lah yang merintis "Islamisasai Perundangan" tidak begitu terkesan. Tetapi bila melihat apa yang telah terlaksana sejak 50 tahun ini, menunjukan ianya bukanlah satu kerja merintis " Islamisasi Perundangan" tetapi "sekularisasi perundangan". Aku malas nak buka buku sejarah semula. Mungkin tidak tercatat juga dalam sejarah yang kita belajar dahulu, siapakah mereka-mereka tercatit sebagai perintis perjuangan Islam. Apatah lagi Islamisasi Perundangan yang merupakan salah satu "topik" atau "muqarrar" dalam kamus perjuangan Islam. Korang pandai-pandailah cari sendiri!

Apakah dengan artikel 121 (1a) tersebut tidak boleh berubah? Adakah Faizal yakin ianya bertahan jika UMNO tetap memerintah dengan rentak yang sama? Kes Kartika sangat mencelikan mata kita semua, bahawa hukuman Allah yang tidak dilaksanakan dengan hak dan adil bakal membawa persoalan yang rumit di kalangan masyarakat. Apatah lagi di zaman sekarang kita menghadapi mereka yang berfahaman nasionalis, sekularis, liberalis, pularis dan macam fahaman songsang yang lantang mempersoalkan keadilan undang-undang Islam.

Inilah risiko yang kita hadapi sekarang, setelah asuhan UMNO selama 50 tahun terhadap rakyatnya, dan 400 tahun asuhan penjajah bak kata Faizal sendiri.

Jarak tahun kerasulan antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad berapa tahun Faizal?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai