"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


29 Mei 2006

Nikah Misyar: Antara Syara? dan Adat

Masalah nikah Misyar hangat diperbincangkan oleh masyarakat Malaysia hari ini. Pelbagai pandangan sama ada pro atau kontra berhubungkait dengan isu ini. Pihak PMRAM ingin mengajak para pembaca untuk meneliti pandangan ulama Islam berhubung dengan masalah ini. Berikut adalah terjemahan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Darul Iftak Al-Misriyyah (Majlis fatwa Mesir) daripada teks asal dalam bahasa Arab yang diambil daripada web islamonline.net.

Terjemahan :

Segala puji bagi Allah swt tuhan pencipta sekalian alam.

Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu boleh diiktibar (dianggap) sah di sisi Syara? perlulah ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syara?. Antara syarat-syarat untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah ialah:

1.Wujudnya kerelaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri.
2.Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu-waktu tertentu.
3.Adanya wali bagi pihak isteri.
4.Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi syarat-syarat persaksian.
5.Perkahwinan tersebut diwarwarkan kepada umum.

Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara? ini maka perkahwinan Misyar ini adalah perkahwinan yang sah selagi mana perkahwinan ini tidak bertempoh walau apa nama perkahwinan ini sekalipun. Namun apabila si isteri rela untuk menggugurkan hak-hak yang berhak untuk diperolehi oleh si isteri tersebut yang telah diberikan oleh syarak seperti nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk suami bermalam di rumah isteri yang bermadu, maka pengguguran hak tersebut adalah harus di sisi syara? sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidah Sau?dah R.A. Beliau telah menghadiahkan hari yang sepatutnya Rasulullah saw bermalam di rumah beliau kepada Saiyyidah Aisyah R.A

Pendapat daripada Fadhilah Al-Syeikh Dr. Nasr Farid Wasil (Bekas Mufti Mesir)

Perkahwinan di dalam Islam adalah di antara hubungan kemanusiaan dan sosial yang paling suci yang dijaga oleh Islam malahan Islam turut menyuruh untuk diambil segala jalan yang boleh memudahkan perkahwinan di kalangan manusia, lelaki dan wanita bahkan syarak turut meminta untuk menjaga perkahwinan dengan mewujudkan satu perjanjian yang kukuh yang menjelaskan hak-hak dan kewajipan rumahtangga dan kekeluargaan yang diberkati dengan kalimah Allah.

Perkahwinan adalah dituntut berdasarkan nas Al-Quran melalui firman Allah SWT di dalam surah al-Nur ayat 32:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Allah swt juga berfirman didalam surah al-Rum ayat 21:

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.

Rasulullah saw juga bersabda dengan kalamnya yang mulia:

? Perkahwinan itu adalah sunnahku. Barangsiapa yang berpaling daripada sunnahku maka bukanlah mereka daripada golonganku.?

Melalui perkahwinan, berlakulah perlaksanaan Syariat Islam yang dikehendaki oleh Allah bagi kepentingan manusia menelusuri firman Allah Taala yang bermaksud:

Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi (Al Baqarah ayat 30)

Melalui perlaksanaan Syariat Islam, ibadah akan sempurna yang kesempurnaan ibadah itu adalah dituntut dan diperintahkan oleh Allah melalui firmannya yang bermaksud:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Al Zhariat ayat 56 hingga 58)

Perkahwinan yang memenuhi tujuan yang baik dan mulia ini adalah perkahwinan yang sah di sisi syara? yang memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat perkahwinan yang digariskan oleh syarak yang diperintahkan oleh Allah dan rasulNya di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah di samping turut disepakati oleh ulama Islam di setiap zaman. Ini kerana rukun-rukun nikah dan syarat-syaratnyalah yang akan membezakan antara akad nikah yang menepati syarak dan akad nikah yang diharamkan oleh Islam. Rukun serta syarat nikah ini yang akan menjadi pembeza yang berterusan sehingga hari kiamat.

Sehubungan dengan itu, pihak Dar al-Ifta? (Majlis Fatwa Kerajaan Mesir) berpandangan bahawa nikah Misyar seandainya ia memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukun ini iaitu:
keredaan yang sempurna daripada pihak suami dan isteri, lafaz akad nikah yang mengandungi maksud perkahwinan yang berterusan, wali daripada pihak pengantin wanita, saksi-saksi yang memenuhi kriteria yang penuh sebagai seorang saksi yang sempurna dan pengisytiharan perkahwinan tersebut dengan cara yang pelbagai maka perkahwinan tersebut adalah perkahwianan yang sah di sisi syara? dengan kita tidak lagi perlu memandang kepada apa sahaja jenis istilah yang diberikan kepada nama perkahwinan itu selama mana perkahwinan itu tidak diterhadkan kepada tempoh tertentu.

Keharusan nikah ini atas sebab-sebab berikut:

1.Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan risalah Nabi Muhammad SAW ini sebagai penutup segala risalah dan Allah swt telah menurunkan al-Quran sebagai penunjuk kepada kesejahteraan seluruh umat sehingga waktu di mana Allah akan mewarisi bumi ini dan insan yang berada di dalamnya (hari kiamat). Oleh itu, tidak ada satupun perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia melainkan manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab kepada risalah Nabi Muhammad SAW (Al-Quran).
Allah berfirman:

Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini (Al An`am ayat 38)

Istilah Misyar akan kita dapati sekiranyanya kita meneliti secara terperinci di dalam sejarah-sejarah para ulama terdahulu dan sekarang. Sesiapa yang meneliti sejarah pengembaraan umat Islam terdahulu, dia akan mendapati bahawa terdapat di kalangan generasi terdahulu insan-insan yang mengembara keluar daripada tanah air demi menuntut ilmu atau berniaga. Jika mereka singgah di sesuatu negara di tengah perjalanan maka mereka akan menetap di situ dalam beberapa masa tertentu, lama atau sekejap seterusnya berkahwin dengan penduduk negeri tersebut dan dikurniakan zuriat kemudian mereka menyambung kembali perjalanan mereka dengan meninggalkan isteri sama ada dengan jalan talak atau sebagainya dalam keadaan isterinya rela dengan perkara tersebut.

2.Di sana hanya ada satu jalan sahaja tanpa ada jalan yang kedua yang membenarkan kepuasan seks dapat disalurkan. Jalan ini ialah perkahwinan yang menepati syarak. Oleh itu, selain daripada perkahwinan yang sah di sisi syarak, maka ia adalah dilarang oleh syariat-syariat Allah dalam semua agama malahan syariat-syariat Allah Taala menganggap jalan selain perkahwinan adalah jalan-jalan yang mungkar.
Al-Quran telah menerangkan perkara ini di dalam firman Allah Taala :

Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas (Al-Mukminun ayat 5-7)

Syariat Islamiah telahpun menerangkan bahawa perkahwinan yang menepati Islam sahaja yang dapat mengumpulkan antara lelaki dan wanita dengan kalimat Allah di atas akad yang berterusan dan perjanjian yang kukuh. Oleh itu setiap kehendak yang jauh daripada perkahwinan yang menepati syarak adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan satu pelampauan batas terhadap garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah.

3.Seseorang isteri itu mempunyai hak di sisi syariat untuk menggugurkan hak-hak mereka yang sepatutnya mereka perolehi seperti memohon nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk bersama dengan suami bagi isteri yang bermadu. Perkara ini secara jelas telah ditunjukkan oleh isteri Rasulullah SAW iaitu Sayyidah Saudah yang secara rela telah memberikan hari yang sepatutnya Rasulullah SAW bersama dengannya kepada Saiyyidah Aisyah r.a. Seandainya kerelaan ini tidak menepati syarak maka pasti Rasulullah akan tidak bersetuju dengan tindakan Sayyidah Saudah.

Oleh itu setiap syarat yang dibuat yang tidak menafikan tujuan asas dan maksud utama bagi perkahwinan, maka syarat tersebut adalah sah dan tidak akan sama sekali mencacatkan akad nikah atau membatalkannya.

Dar al-Ifta? (Majlis Fatwa Mesir) tidaklah bermaksud melalui fatwa ini untuk menyuruh masyarakat memilih jalan perkahwinan sebegini. Namun begitu, pihak Dar al-Ifta? hanya bertanggungjawab untuk bersungguh-sungguh menerangkan hukum-hukum syarak yang betul dengan bersumberkan sumber-sumber hukum daripada Al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah saw serta pendapat para ulama muktabar daripada mazhab terdahulu.

Sumber rujukan : KLIK SINI

14 Mei 2006

Ayuh mempertahankan bendera yang telah dipacakkan oleh Hamas di bumi Palestin supaya terus berkibar


Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam di seluruh dunia mempunyai kewajipan yang sangat besar untuk mempertahankan bendera yang telah dipacakkan oleh Hamas di bumi Palestin supaya terus berkibar.
?Maka kewajipan untuk mempertahankan Palestin dan mempertahankan bendera Islam yang telah dipacakkan oleh Harakat al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas) yang telah berjaya mengibarkan bendera Islam beberapa bulan yang lalu adalah kemenangan besar bagi umat Islam?
ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila
Tambahan pula, katanya seluruh kuasa kuffar, Amerika dan sekutu-sekutunya mengisytiharkan supaya dikepong pemerintahan Palestin.Beliau menambah, kuasa-kuasa kuffar juga mahu supaya kewangan yang ada di dalam tabung pemerintah Palestin supaya dirompak manakala sebarang sumbangan daripada negara-negara dunia hendaklah dihalang.
?Umat Islam di seluruh dunia mempunyai kewajipan yang sangat besar dengan harta benda, jiwa raga mereka, dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT untuk mempertahankan bendera yang telah dipacakkan di bumi Palestin supaya bendera itu terus berkibar?
Bagaimanapun, katanya sebahagian besar umat Islam khususnya pemimpin-pemimpin negara umat Islam tidak faham atau sengaja tidak memahami kewajipan mereka untuk mempertahankan bendera yang telah dipacakkan di bumi Palestin itu.
?Marilah kita menyedari bahawa kemenangan itu adalah kemenangan kita dan mempertahankan kemenangan itu adalah lebih besar daripada kita mempertahankan kemenangan di bumi kita sendiri?
Ini, katanya kerana bumi Palestin adalah bumi nabi-nabi, tempat israknya Rasulullah s.a.w. dan bermulanya mikraj baginda.Tambahnya lagi, bumi Palestin juga tempat nabi-nabi dan rasul-rasul berhimpun di malam Israk dan Mikraj.
?Sekiranya kita menyedari hakikat ini, maka kita menyedari betapa besarnya tanggungjawab dan kewajipan kita terhadap perjuangan Palestin?
Jelasnya, mereka yang menganjurkan usaha-usaha damai di Palestin hari ini adalah perompak-perompak besar yang merampas bumi Palestin selepas ketiadaan khilafah Islamiyah setelah jatuhnya Kerajaan Othmaniah. Katanya, penjajah barat yang bersekongkol dengan penjajah timur bergabung melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menubuhkan negara Israel dengan merompak bumi Palestin daripada umat Islam.
Beliau berkata, walaupun umat Islam di bumi Palestin dibuli, dibelasah, dilanyak, dipukul, dipenjara, dibunuh dengan cara yang dahsyat dengan senjata yang paling canggih, namun kebangkitan yang dinamakan intifadhah rakyat Palestin di atas nama Islam tidak boleh dipadamkan oleh musuh-musuh Islam dari seluruh dunia.
?Perjuangan rakyat Palestin berdepan dengan Yahudi bukan bagi pihak diri mereka bahkan mereka berdiri tegak bagi pihak umat Islam dan agama Islam?

13 Mei 2006

Tulisan Kemaafan

Assalamualaikum

Ketika ini tiada yang lebih baik untuk saya menulis selain dari tulisan memohon kemaafan buat kalian semua...

Buat kalian, Aku seorang insan bernama hamba, Aku seorang hamba bernama muslim, Juga muslim yang bernama mukmin, Juga mukmin yang tak terlepas dari kesalahan.. Buat kalian, Aku kawan bernama sahabat, Aku sahabat bernama teman, Juga teman di kala gembira hendaknya, Juga teman di kalam sedih hendaknya....

Buat sahabat di Rumah Johor,

Salah silap harap dimaafkan,
Dunia ini tanpa sempadan,
Siapalah aku di samping kalian,
Sering mengganggu di waktu makan...

Aku tak lupa gelagat korang bila bertakraw,
Suka-suka bersama di dalam gelanggang,
Tak lupa syakoh bawah yang buat air kaw-kaw,
Terima kasih kawan kerana periang.

Maaf dipinta kepada kawan surau,
Mungkin ada perangai ku yang korang tak senang,
Kadang-kadang naik kadang-kadang mana tak tau,
Terima kasih kawan kejut subuh walau tak senang.

Maaf juga kepada exco yang ada,
Mungkin aku tak disenangi korang,
Sebab dengan perangai pemuda,
Tak kena tempat nak tunjung belang.


Buat Sahabat Tanjung Puteri...
(Rumah Sewa Lelaki bukan Pompuan, untuk pengetahuan pengunjung selain Johorean di Mesir)

Dulu pernah aku kata,
Best ke pak Syeik duk kat sana?
Susah payah pindah ke sana,
Rupa2nya memang best gila.

Minta halal kepada semua,
Terguna terpakai terselak semua,
Kalau tiada rumah tanjung di sana,
mungkin aku duduk bawah tangga.

(sekarang ni) Sering juga aku jenguk-jenguk ke sana,
Malam siang tak kira masa,
Mungkin korang ade sedikit terasa,
Ampun maaf harap dipinta.

Jikalau ada ruang di sana,
Saya juga mahu mohon pindah ke sana,
Mungkin tak tahun ini tahun depan boleh ke?
Sebab tak mau jadi musyrif (tak berguna)

Buat Sahabat Di Zahra...

Time bola nampakla batang hidung kau!
Ape ingat kitorang buat stadium ke?
Lebih2 lagi arsenal kau!
Tapi dah dah masuk final ke?
(MUNGKIN hati kecil engkorang)

Rumahnya paling tenang aku tiba,
sering juga menghabiskan beras di sana,
Keadaannya nampak selesa sahaja,
Suka aku tido kat sana.

Minta halal kepada semua,
Terguna terpakai terselak semua,
Aku insan takde apa yang ada,
Hanya menagih kawan sempurna.

Aku tahu, sikit2 mesti ada sakit hati punya,
Lebih2 lagi kalau aku empunya angkara,
Maklumla pelajar baru, nak kenal dunia,
Ampun maaf kepada kamu semua.
Kepada semua sahabat Muhafazah..

Dua tiga kucing berlari,
Kucing berlari tak sama kaki,
Korang semua lama ku menanti,
Bila laa nak jumpa lagi?

Ampun maaf kat korang,
Tak semua rumah dapat aku ziarah.
Hari lain, bulan lain insyaAllah aku datang,
Aku datang janganla korang marah.

Kadang2 korang datang Kaherah,
Tapi sambutan kurang meriah,
Maklumlah sama-sama pokai dah...
Aku sedia apa yang mampu jer laah.

Buat semua sahabat-sahabiah yang aku kenal ataupun korang kenal aku tapi aku tak kenal korang...

HARAP KORANG MAAFKAN SEGALA SALAH SILAP







12 Mei 2006

haiyya alal Falah


Assalamualaikum warohmatullah
WAJIB MEMBANTU PALESTINE

Persatuan Ulama Dunia (al ittihad al ?alami li?ulama? al muslimin) mendorong kepada negara-negara dan bangsa-bangsa islam untuk membentuk bangsa Palestina dan pemerintahnya yang dipilih secara demokratis di dalam menghadapi pemboikotan dana dari negara-negara dan lembaga-lembaga Barat.

Tekanan demi tekanan terus di kenanakan kepada penduduk Palestine yang tidak berdosa, di hukum puak kuffar kerana kedegilan mereka tunduk kepada perintah mereka.

Ketua Persatuan Ulama Dunia, Syaikh Yusuf Al Qardhawi mengeluarkan fatwa syar?i yang menegaskan wajibnya membantu orang-orang Palestina. Qardhawi menganggap bantuan itu sebagai kewajiban (fardhu) atas kaum muslimin.

Sementara itu seorang intelektuaL dan penulis islam, Muhammad Salim Al?awa mendorong kaum muslimin untuk segera menyisihkan sebagian dari harta mereka untuk membantu orang-orang Palestina.

Disebutkan bahwa dunia Barat yang diwakili Amerika dan Uni Eropa telah memutuskan untuk menghentikan bantuan dana kepada pemerintah Palestina yang dipimpin Hamas dan hanya mencairkan dana bantuan kemanusiaan melalui lembaga-lembaga bantuan PBB.

Uni Eropa dan Amerika menggantungkan bantuan langsung kepada pemerintah Palestina dengan sejumlah syarat. Penghentian bantuan itu bisa dicabut apabila pemerintah Palestina mengakui hak eksistensi Israel, membuang kekerasan (maksudnya perlawanan bersenjata) dan menerima kesepakatan-kesepakatan sebelumnya.

08 Mei 2006

Syubhah Kita..

Oleh: Ibnu Ali
Masalah syubhah. Adakah sahabat sahabiah semua mengalami masalah ini sekarang? Sering dilontarkan masalh ini dalam diri, terutama bila kita ini bergelar seorang pelajar, juga seorang muslim yang mukmin khasnya. Sejauh mana kita boleh lari dalam masalah syubhah. Bila melihat suasana kehidupan kita sekeliling memang susah nak lari jauh dari perkara-perkara seperti ini.
Berbagai-bagai bentuk syubhah yang kita alami. Berbentuk makanan, pakaian, persekitaran dan sebagainya. Segala bentuk muamalat kita sering berhadapan dengan masalah-masalah ini. Masalah ini sering berlaku kerana banyak sebab, dari sekecil-kecil sebab hinggalah sebesar-besar sebab.
Dari apa yang saya saya sering perhatikanlah, dari aspek muamalat kita seharian. Kita terlepas pandang dengan praktikal muamalat secara Islam. Jika kita sama-sama amati, manakah muamalat yang benar-benar menepati sistem muamalat dalam Islam? Kadang-kadang makan di restoran pun kita tak mengikuti sistem muamalat Islam. Kadang-kadang (yeke? kadang-kadang)kita makan dulu sebelum makan. Sedangkan Islam anjurkan bayar dulu sebelum makan. Jika menuruti pendapat dikalangan fuqaha Syafieyyah.
Dulu sering saya sendiri sering beli akhbar, sedangkan akhbar sekarang, serta syarikat akhbar tidak menjalan sistem muamalat secara Islam, bahkan di dalam akhbar sendiri banyak tersiar unsur-unsur yang tidak sesuai dan haram, seperti ruangan hiburan yang banyak memaparkan kisah-kisah artis, dan gambar-gambar melampau, begitu juga dengan perjudian nombor ekor spot toto dan sebagainya. Secara tidak langsung kita memberi sumbangan terhadap perkara-perkara tersebut. Bagaimanapun sejauhmana kita dapat lari dari realiti tersebut? Inilah realiti sekarang.
Ini disebabkan kita telah lama ditenggelami dengan sistem muamalat sekular, yang tidak menekankan dari aspek kerohanian, ta'abbud, ukhuwwah, tasammuh. Kesan dari penjajahan awal oleh Bristish telah mula melupuskan sistem serta undang-undang syariah seterusnya memperkenalkan sistem muamalat mereka kepada kita. Tidak kurang juga peranan yang dimainkan oleh barua-barua (orang suruhan) Inggeris yang mendakwa Inggeris telah membawa kita jauh lebih moden serta bersistem. Lama kelamaan ia sudah menjadi tepu dalam kehiduan seharian kita. Sudah tidak mementingkan "perhatian", selidikan akhirnya kita lemas dengan sistem ini dan akhirnya tercungap-cungap bagaikan hilang punca bila mahu dikembalikan sistem-sistem Islam. Bagaimana mahu diselarikan, sedangkan rakyat rata-rata sudah sebati dengan sistem sekular.
Bagaimanapun jika pihak-pihak berwajib sedar akan kesilapan-kesilapan yang lalu, dan mahu kembalikan sistem yang disusun oleh Islam, amat dialu-alukan. Tapi, jangan pula melaksanakannya seperti orang melepaskan batuk di tangga. Ianya hendaklah dilakukan bersungguh-sungguh dengan menyeliputi setiap sektor dalam negara kita. Adapun setiap sektor dan mana-mana badan hendaklah menekan kepentingan menerapkan sistem ini dengan bersungguh-sungguh. Bagi mereka yang diterapkan dengan sistem ini hendaklah menyambutnya dengan rasa keimanan kepada Allah, jangan pula banyak dolak dalihnya.

02 Mei 2006

Apo Kono Dongan Minah Ni?

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang






Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan
















Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat



Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau \'put color\' jangan macam \'rainbow\' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.


* Gambar sekadar Hiasan

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai