"Dunia Baru" satu tajuk drama bersiri yang disiarkan di salah satu stesyen televisyen swata di negara kita, agak mewarnai sedikit dunia drama melayu masa kini. Pada masa menonjolkan realiti dunia mahasiswa (IPTS), yang ditonjolkan dengan kesibukan kuliah serta program-program yang dilaksanakan agak memberikan kesan yang baik untuk melihatkan realiti sebenar yang melilit kotak minda mahasiswa kepada umum.
Bagaimanapun sedikit tercalar dengan babak-babak yang dilakonkan oleh salah seorang dari pelakon yang dinamakan dengan Madhihah. Perwatakan yang diberikan untuk dijiwai sebagai seorang yang periang but minat dengan program-program agama, sering ditonjolkan dengan watak bertudung (spara-tudung), sering juga disibukkan dengan usrah yang tak lain tak bukan dijalankan oleh persatuan mahasiswa Islam UNISEL, atau pun kelab pencinta Islam di IPT berkenaan. Bukan kerana program-program tersebut yang menjadikan ianya tercalar, tetapi watak yang terkesan dengan program-program yang diikuti oleh Madhihah agak tidak selari dengan method yang dia perolehi dari program-program tersebut. Dengan pemakaian tudung yang kurang sempurna, sering berpakaian agak ketat, bergaul bebas lelaki dan perempuan dapat mencerminkan bahawa usrah yang diikuti tiada kesannya. Sekaligus mencerminkan kepada umum program seperti itu tak memberi kesan langsung terhadap Madhihah. Bagi mahasiswa yang biasa dengan program-program seperti itu mesti tersengih tak pun berkerut dahi dengan gelagat yang dimainkan oleh Madhihah, adakah benar itu realiti sebenarnya? Tetapi penonton yang tidak faham apa itu usrah dan apa kepentingannya rasa tertanya-tanya.
Pelakon yang melakonkan watak Opie pula, sering mendapat kritikan dari saya. Kerana setiap penampilan dia dalam drama ini sering menggayakan fesyen "singlet" dan T-shirt kecik dan ketat dan berseluar jeans yang ketat. Juga "ahli bait"nya yang sering hanya mengenakan skirt samada di dalam kuliah atau di luar. Mungkin pengarah drama ini mahu menggambarkan suasana pelajar universiti atau IPT terlalu western tetapi masih lagi menekankan nilai kemelayuan yang sedikit keislaman. Dalam masa mereka suka "clubbing" ada juga di antara mereka yang sibuk dengan usrah.
Tak kurang pelakon lelakinya yang kurang menonjolkan diri dari aspek kemahasiswaan mereka. Just menjadi pelengkap beberapa plot-plot yang hanya memerlukan mereka.
Secara keseluruhannya drama ini, tak membawa sebarang makna besar kepada yang menontonnya, sekadar berpusing sekitar percintaan mahasiswa, dan mungkin juga ada tujuan tersirat dalam suasana negara kita yang menggerakkan Islam Hadhari dalam Dunia Baru.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan