"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


16 Januari 2007

Mahu Dilepaskan Lelah Ini!

Selepas pulang dari dewan peperiksaan di Al Azhar, terus sahaja kaki ini melangkah pulang tetapi tidak ke rumah tetapi ke rumah "tanjung puteri". Rumah ni amat popular di kalangan kami pelajar-pelajar Johor, terutamanya siswa. Kalau siswi memadai dengan tahu di mana area rumah ini terletak. Walaupun namanya Tanjung Puteri, ini bukan bermakna rumah ini didiami oleh gadis-gadis muda yang cantik manis. Tetapi ianya didiami oleh beberapa siswa al Azhar yang rata-rata berasal dari negeri Johor. Sebuah negeri yang agak popular sejak akhir-akhir ini.

Popular dengan banjir. Manakan tidak dengan banjir yang berlaku ini, hampir setiap hari negeri kelahiran ku ini tidak semena-mena menjadi popular seantero dunia. Sehinggakan stesen TV satelit Al Jazeera pun menyiarkan bencana alam yang berlaku di Malaysia, khususnya di Johor. Bagi kami di sini hanya mampu berdoa, tanpa mampu meberi pertolongan tenaga, kerana kami di sini pun masih dalam bulan peperiksaan. Namun tidak sesekali kami melupakan apa yang berlaku di Johor, seringkali menelefon keluarga bertanyakan khabar berita yang mahu dikongsi bersama. Paling koman mengurangkan sedikit kesedihan mereka yang dilanda bencana.
Bencana alam yang berlaku bukan sahaja kita menyorot kembali sejarah-sejarah lampau yang pernah kita alami, malah telah menghanyutkan juga banyak harta benda yang disimpan bertahun-tahun. Bagi seorang pelajar tiada yang lebih berharga dari kitab-kitab mereka, buku-buku nota, alat-alat pembelajaran. Bagi seorang ayah tiada yang lebih berharga dari alatan kegunaan hariannya untuk mencari kerja. Bagi seorang ibu tiada yang lebih berharga dari isi rumah yang dijaga setiap hari. Namun disebalik kehilangan-kehilangan tersebut, masih lagi barang yang tersimpan sekian lama iaitu iman. Barang ini yang bakal menjadi perisai bila kebajiran roh-roh jahat yang mahu merobek hati-hati yang sentiasa mahu tetap bersama kemanisannya.
Kebanjiran jenayah riddah ini amat berleluasa sekarang. Di perkukuhkan lagi dengan kenyataan Mufti Perak hampir 250 000 mahu murtad. Bila melihat kembali peratusan ummat Islam di Malaysia ia hanya menjangkau hampir 60%. Itu adalah peratusan secara kasar. Bagaimana dengan muslim yang hanya di nama? Bagaimana dengan muslim yang hanya menjenguk masjid ketika solat hari raya? Bagaimana dengan muslim yang hanya muslim ketika akad nikah sahaja? Bagaimana dengan muslim yang hanya tahu merempit sahaja? Jika kita mahu menapis kembali kesemua ummat Islam di Malaysia yang betul-betul komit atau beriman dengan agamaya nescaya kita akan lihat mereka ini mungkin hanya mampu tingggal di sebuah atau dua negeri sahaja. Tidak termasuk dengan mereka yang menjadi "hantu" di tengah-tengah muslim mukmin. Antaranya parasit-parasit di dalam akidah, siayah mahupun sosial dan ekonomi ummat Islam. Mahu mendakwa hanya mereka sahaja benar dan mempunyai sumber-sumber soheh dan membelakangkan syura ulama. Jadi bagaimana dengan kesedian kita mahu membina masyarakat Islam yang pernah mencipta kegemilangannya menguasai dua pertiga dunia? Kesedian kerajaan Republik Islam Iran mempelawa mana-mana negara ummat Islam bersatu dengan mereka untuk mengimbangi kerakusan Amerika tidak disahut dengan hati terbuka bahkan mahu melihat kerjasama dari bentuk lain.
Apa yang dilakukan oleh Iran mungkin mereka telah menduga apakah reaksi dari negara-negara ummat Islam. Tetapi tidak mengapa, kerana inilah tugas yang perlu dijalankan dan disampaikan kepada mereka. Melihat kepada realiti negara tersebut yang mejoriti Syiah, dan dikelasifikasikan sebagai sesat di kalangan ummat Islam Sunni di Malaysia, malah ada yang seronok mengkafirkan golongan syiah ini. Namun tindakan cepat dari ketua Majlis Ulama Sedunia Dr Yusof al Qardhawi sebagai orang tengah meredakan keadaan ini. Golongan yang suka kafir-mengkafirkan ummat ini agak sedikit tenggelam dengan apa yang mereka dakwa selama ini. Bersama syiah yang menentang Amerika dengan bersama sunni yang bersahabat dengan Amerika mengingatkan kita dengan apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita di Benua Arab. Sayangnya mereka ini rata-ratanya dipimpin oleh proksi barat. Proksi-proksi barat ini hebat bergerak melalui parti-parti politik yang boleh berunding oleh Amerika. Tak kurang juga dengan apa yang berlaku di Malaysia. Takkan kita mudah lupa tentang pengharaman Hizbul Muslimin, KMM yang berhaluan menentang penjajahan British dahulunya diharamkan. Tetapi UMNO boleh diajak berbincang.
Sebenarnya Amerika dan sekutunya tidak akan ikhlas dengan ummat Islam sekelumit pun. Bahkan demokrasi yang dicipta oleh mereka hanya ingin mengaburi mata kita sahaja. Ramai di kalangan ummat Islam di dunia mendokong demokrasi ciptaan barat ini. Kerana rata-ratanya proksi-proksi inilah yang telah mendapat pendidkan barat secara lengkap bagaimana mahu memanupulasikan demokrasi. Contohnya apa yang berlaku di Palestin benar-benar mencelikkan pandangan kita tentang amalan demokrasi meraka yang dicpta sendiri. Kemenangan Hamas menerusi proses pilihanraya berasakan demokrasi terus dinafikan hak mereka sebagai kerajaan berdaulat.
Presiden Mahmud Abbas dari parti proksi amerika pun terus-menerus mahu menyusahkan perdana menteri Ismail Haniya dari Hamas. Sekatan terus dilakukan oleh Amerika dan mahu Presiden Mahmud Abbas terus menjadi orang tengah dalam hubungan Palestin-Israel. Baru-baru ini Abbas menunjukkan kecelakaannya dan kemunafikannya kepada ummat Islam apabila bertemu dengan Olmert Al Bangsat, bersalam, berpeluk cium, demi kononnya mahukan bantuan meterial dari Israel-Amerika. Duit yang diberi dikenakan syarat, tidak diberi kepada Kerajaan Hamas dan bukan untuk membayar gaji. Syarat bodoh ini diterima bulat-bulat oleh Abbas An Nifaq.Lalu kononnya mendakwa mahu membantu rakyat Palestin.
Inilah yang ditunjukkan oleh mereka, kepada kita. Tetapi ramai yang tidak sedar. Masih lagi menaruh harapan kepada proksi-proksi Amerika-Barat memerintah negara. Dikatakan Gerakan Islam yang digerakkan oleh Parti Islam Se Malaysia PAS sebagai pengacau dan parti pemecah belah masyarakat. Doktrin proksi Amerika ini nampak berjayanya. Kerana di dalamnya ada golongan ulama yang sanggup menjadi jurucakap. Maka proses melentur buluh nampak kesannya. Apabila sebahagian ummat Islam melihat PAS hanya sebagai sebuah parti tidak lebih dari itu. Maka lahirlah kata-kata dari mereka yang menyebut "tak perlu kepada parti lain, kita duduk dalam UMNO atau kerajaan dan ramai-ramai kita betulkan dari dalam". Maka kenyataan dungu ini bukan sahaja didengari dari peringkat akar umbi tetapi dikalangan cerdik pandai ulama, malah student Al Azhar pun ada yang berkata demikian. Mereka buta sejarah atau mereka membutakan sejarah. Bagaimana lahirnya PAS mungkin mereka tidak tahu. PAS pernah bersama satu bumbung dengan Barisan Nasional, tetapi kenapa terkeluar? Atau dikeluarkan? Atau disepak keluar?
Maka kepada pendokong-pedokong gerakan Islam, kerja kita semakin bertambah. Dalam pada kita mahu menjaga kesinambungan gerakan Islam, ada segolongan yang mahu menyekat, menghalangan kerja-kerja ini. Namun jangan sekali-kali mahu menjadi dungu dan bodoh mahu lari medan ini. Bahkan yang lebih celaka adalah mereka yang sanggup menentang semula kepada gerakan dakwah ini setelah untaian taat setia dirakam oleh Allah SWT. Mahu dilepaskan lelah ini dalam nikmat di akhirat kelak.

11 Januari 2007

05 Januari 2007

5183=24

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai