Selepas pulang dari dewan peperiksaan di Al Azhar, terus sahaja kaki ini melangkah pulang tetapi tidak ke rumah tetapi ke rumah "tanjung puteri". Rumah ni amat popular di kalangan kami pelajar-pelajar Johor, terutamanya siswa. Kalau siswi memadai dengan tahu di mana area rumah ini terletak. Walaupun namanya Tanjung Puteri, ini bukan bermakna rumah ini didiami oleh gadis-gadis muda yang cantik manis. Tetapi ianya didiami oleh beberapa siswa al Azhar yang rata-rata berasal dari negeri Johor. Sebuah negeri yang agak popular sejak akhir-akhir ini.
Popular dengan banjir. Manakan tidak dengan banjir yang berlaku ini, hampir setiap hari negeri kelahiran ku ini tidak semena-mena menjadi popular seantero dunia. Sehinggakan stesen TV satelit Al Jazeera pun menyiarkan bencana alam yang berlaku di Malaysia, khususnya di Johor. Bagi kami di sini hanya mampu berdoa, tanpa mampu meberi pertolongan tenaga, kerana kami di sini pun masih dalam bulan peperiksaan. Namun tidak sesekali kami melupakan apa yang berlaku di Johor, seringkali menelefon keluarga bertanyakan khabar berita yang mahu dikongsi bersama. Paling koman mengurangkan sedikit kesedihan mereka yang dilanda bencana.
Bencana alam yang berlaku bukan sahaja kita menyorot kembali sejarah-sejarah lampau yang pernah kita alami, malah telah menghanyutkan juga banyak harta benda yang disimpan bertahun-tahun. Bagi seorang pelajar tiada yang lebih berharga dari kitab-kitab mereka, buku-buku nota, alat-alat pembelajaran. Bagi seorang ayah tiada yang lebih berharga dari alatan kegunaan hariannya untuk mencari kerja. Bagi seorang ibu tiada yang lebih berharga dari isi rumah yang dijaga setiap hari. Namun disebalik kehilangan-kehilangan tersebut, masih lagi barang yang tersimpan sekian lama iaitu iman. Barang ini yang bakal menjadi perisai bila kebajiran roh-roh jahat yang mahu merobek hati-hati yang sentiasa mahu tetap bersama kemanisannya.
Kebanjiran jenayah riddah ini amat berleluasa sekarang. Di perkukuhkan lagi dengan kenyataan Mufti Perak hampir 250 000 mahu murtad. Bila melihat kembali peratusan ummat Islam di Malaysia ia hanya menjangkau hampir 60%. Itu adalah peratusan secara kasar. Bagaimana dengan muslim yang hanya di nama? Bagaimana dengan muslim yang hanya menjenguk masjid ketika solat hari raya? Bagaimana dengan muslim yang hanya muslim ketika akad nikah sahaja? Bagaimana dengan muslim yang hanya tahu merempit sahaja? Jika kita mahu menapis kembali kesemua ummat Islam di Malaysia yang betul-betul komit atau beriman dengan agamaya nescaya kita akan lihat mereka ini mungkin hanya mampu tingggal di sebuah atau dua negeri sahaja. Tidak termasuk dengan mereka yang menjadi "hantu" di tengah-tengah muslim mukmin. Antaranya parasit-parasit di dalam akidah, siayah mahupun sosial dan ekonomi ummat Islam. Mahu mendakwa hanya mereka sahaja benar dan mempunyai sumber-sumber soheh dan membelakangkan syura ulama. Jadi bagaimana dengan kesedian kita mahu membina masyarakat Islam yang pernah mencipta kegemilangannya menguasai dua pertiga dunia? Kesedian kerajaan Republik Islam Iran mempelawa mana-mana negara ummat Islam bersatu dengan mereka untuk mengimbangi kerakusan Amerika tidak disahut dengan hati terbuka bahkan mahu melihat kerjasama dari bentuk lain.
Apa yang dilakukan oleh Iran mungkin mereka telah menduga apakah reaksi dari negara-negara ummat Islam. Tetapi tidak mengapa, kerana inilah tugas yang perlu dijalankan dan disampaikan kepada mereka. Melihat kepada realiti negara tersebut yang mejoriti Syiah, dan dikelasifikasikan sebagai sesat di kalangan ummat Islam Sunni di Malaysia, malah ada yang seronok mengkafirkan golongan syiah ini. Namun tindakan cepat dari ketua Majlis Ulama Sedunia Dr Yusof al Qardhawi sebagai orang tengah meredakan keadaan ini. Golongan yang suka kafir-mengkafirkan ummat ini agak sedikit tenggelam dengan apa yang mereka dakwa selama ini. Bersama syiah yang menentang Amerika dengan bersama sunni yang bersahabat dengan Amerika mengingatkan kita dengan apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita di Benua Arab. Sayangnya mereka ini rata-ratanya dipimpin oleh proksi barat. Proksi-proksi barat ini hebat bergerak melalui parti-parti politik yang boleh berunding oleh Amerika. Tak kurang juga dengan apa yang berlaku di Malaysia. Takkan kita mudah lupa tentang pengharaman Hizbul Muslimin, KMM yang berhaluan menentang penjajahan British dahulunya diharamkan. Tetapi UMNO boleh diajak berbincang.Sebenarnya Amerika dan sekutunya tidak akan ikhlas dengan ummat Islam sekelumit pun. Bahkan demokrasi yang dicipta oleh mereka hanya ingin mengaburi mata kita sahaja. Ramai di kalangan ummat Islam di dunia mendokong demokrasi ciptaan barat ini. Kerana rata-ratanya proksi-proksi inilah yang telah mendapat pendidkan barat secara lengkap bagaimana mahu memanupulasikan demokrasi. Contohnya apa yang berlaku di Palestin benar-benar mencelikkan pandangan kita tentang amalan demokrasi meraka yang dicpta sendiri. Kemenangan Hamas menerusi proses pilihanraya berasakan demokrasi terus dinafikan hak mereka sebagai kerajaan berdaulat. Presiden Mahmud Abbas dari parti proksi amerika pun terus-menerus mahu menyusahkan perdana menteri Ismail Haniya dari Hamas. Sekatan terus dilakukan oleh Amerika dan mahu Presiden Mahmud Abbas terus menjadi orang tengah dalam hubungan Palestin-Israel. Baru-baru ini Abbas menunjukkan kecelakaannya dan kemunafikannya kepada ummat Islam apabila bertemu dengan Olmert Al Bangsat, bersalam, berpeluk cium, demi kononnya mahukan bantuan meterial dari Israel-Amerika. Duit yang diberi dikenakan syarat, tidak diberi kepada Kerajaan Hamas dan bukan untuk membayar gaji. Syarat bodoh ini diterima bulat-bulat oleh Abbas An Nifaq.Lalu kononnya mendakwa mahu membantu rakyat Palestin.Inilah yang ditunjukkan oleh mereka, kepada kita. Tetapi ramai yang tidak sedar. Masih lagi menaruh harapan kepada proksi-proksi Amerika-Barat memerintah negara. Dikatakan Gerakan Islam yang digerakkan oleh Parti Islam Se Malaysia PAS sebagai pengacau dan parti pemecah belah masyarakat. Doktrin proksi Amerika ini nampak berjayanya. Kerana di dalamnya ada golongan ulama yang sanggup menjadi jurucakap. Maka proses melentur buluh nampak kesannya. Apabila sebahagian ummat Islam melihat PAS hanya sebagai sebuah parti tidak lebih dari itu. Maka lahirlah kata-kata dari mereka yang menyebut "tak perlu kepada parti lain, kita duduk dalam UMNO atau kerajaan dan ramai-ramai kita betulkan dari dalam". Maka kenyataan dungu ini bukan sahaja didengari dari peringkat akar umbi tetapi dikalangan cerdik pandai ulama, malah student Al Azhar pun ada yang berkata demikian. Mereka buta sejarah atau mereka membutakan sejarah. Bagaimana lahirnya PAS mungkin mereka tidak tahu. PAS pernah bersama satu bumbung dengan Barisan Nasional, tetapi kenapa terkeluar? Atau dikeluarkan? Atau disepak keluar?Maka kepada pendokong-pedokong gerakan Islam, kerja kita semakin bertambah. Dalam pada kita mahu menjaga kesinambungan gerakan Islam, ada segolongan yang mahu menyekat, menghalangan kerja-kerja ini. Namun jangan sekali-kali mahu menjadi dungu dan bodoh mahu lari medan ini. Bahkan yang lebih celaka adalah mereka yang sanggup menentang semula kepada gerakan dakwah ini setelah untaian taat setia dirakam oleh Allah SWT. Mahu dilepaskan lelah ini dalam nikmat di akhirat kelak.
Assalamualaikum Ustaz,
BalasPadamNak tanya sikit, apakah yang dimaksudkan golongan sesat dan kafir? mana lebih berbahaya, munafik atau kafir.
Thanx
Alaikumsalam.
BalasPadamOrang-orang yang sesat banyak, antaranya ialah seperti mana firman Allah yang bermaksud:
"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata." (Surah Al Ahzab ayat 33)
Bagaimanapun orang-orang kafir sepertimana yang telah dinyatakan oleh Allah dalam surah Al Maidah ayat 44 yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir."
Untuk mengatakan samada orang munafik atau kafir yang berbahaya, pendapat ana lebih kepada orang munafik. Kerana orang munafik boleh dikatakan 'musuh dalam selimut' dalam Islam.
Firman Allah bermaksud:
"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta."
dan
"Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai[1476], lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan." (Surah Al Munafiqun, ayat 1 dan 2)