Aku mengantuk. Hari ini sangat meletihkan dek peristiwa semalam. Semalam aku bersyukur pelancaran Dana Syaqah PMRAM peringkat BKPJM telah selamat dirasmikan. Perasmian disempurnakan oleh Badan Pengurus PMRAM Ustaz Abdul Azib Hussain.
Menyingkap kembali sejarah dan kronologi tercetusnya Dana Syaqah PMRAM telah merungkai satu demi satu kebobrokan golongan sekular yang memerintah negara kita. Tak perlulah lagi mengungkap gagasan Islam Hadhari jika perangai masih belum lagi hadhari.
Hari ini ummat Islam khususnya ditimpa dilema kelesuan berpanjangan tanpa suntikan iman yang kuat. Rata-rata sebenarnya menyedari hakikat permasalahan ummat Islam kini. Tapi kerana kepentingan sendiri sanggup mengenepikan prinsip selaku muslim yang bersaudara. Melihat pertembungan ummat Islam adalah hanya pertembungan politik semata.
Melihat pertembungan ummat Islam satu perkara lumrah dalam dunia politik semata adalah silap. Dalam dunia kesarjanaan Islam, tidak dinafikan rata-rata ummat Islam hanya mengetahui kesarjanaan ulama-ulama terdahulu hanya berkisarkan tentang kehidupan menuntut ilmu dan kesungguhan mereka dalam menyampaikannya. Tetapi rata-rata terlepas pandang bagaimana pendirian siyasah yang telah mereka corakkan dalam menentukan sikap daalam hal-hal dunia politik Islam.
Kita hanya mendengar kisah Imam Syafei RA dengan dunia kefaqihannya, kita hanya mendengar dan membaca kisah Imam Mazhab Empat dengan dunia kefiqahannya. Tetapi jarang sekali kita menyingkap sikap ulama terdahulu terhadap pandangan poltik mereka. Jalan-jalan politik mereka yang telah dilalui. Perit jerih dan percikan darah dalam perjuangan menentukan haluan politik mereka jangan kita perdengarkan.
Oleh sebab itu dunia Islam sekarang dilihat caca-merba dengan sikap ulama-ulama yang sangggup bersekongkol dengan dunia politik sempit menadah tangan mengharap ehsan golongan haprak sekular memerintah. Golongan sekular inilah yang mencorak pemikiran dan pembawakan ulama mereka dalam meniti arus pemerintahan.
Rakyat semakin hari semakin parah dengan dunia persimpahan aqidah, syariah dan akhlaq. Rata-rata mengharapkan kefahaman yang jelas dalam memahami agama mereka. Ini tidak lagi termasuk kepada golongan pencacai agama tepi jalan yang sanggup melukakan dan menambah parah ke atas luka ummat Islam. Mereka sering mendakwa mahu membawa pembaharuan dalam beragama. Ummat yang mengharap tadi terus terpinga-pinga dengan pembawakan ini dengan dibandingkan dengan ulama thurasi dahulu.
Keadaan ini wajib diperbetulkan segera. Perbetulkan sikap, akhlak dan cara kita dalam menentukan corak pemerintahan negara. Jangan terus menjadi dungu dalam kesatuan fikrah dan amal. Bersedialah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan