Hampir aku tidak perasan dah masuk Tahun Baru Masehi 2011. Tiada apa-apa yang hendak disambut dengan tahun ini. Cumanya aku tertanya-tanya berapa ramai anak dara Melayu-Islam "berkorban" pada malam sambutan tersebut? Juga berapa ramai kader-kader dakwah dalam gerakan Islam turun padang menjalankan operasi dakwah.
Sekembalinya aku di bumi kinanah ini pada 22 Disember 2010 amat bermakna sekali. Kali ini aku pulang dengan hanya dengan bas ekspress transnasional untuk ke ibu negara sepertimana aku pulang ke tanah air sebelum itu. Untuk ke KLIA hanya bertemankan kakak yang tinggal di Selangor yang bergegas ke PTPTN dek kerana baru menerima maklumat yang aku perlu membayar RM1000 untuk diberi kebenaran ke luar negara. Nama sudah disenaraihitam oleh PTPTN kerana lewat membayar semula. Permohonan untuk penangguhan tidak diterima kerana sudah dua kali membuat rayuan tersebut.
"Kenapa sekarang baru nak buat urusan?" tanya pegawai PTPTN.
"Saya dah buat permohonan dengan cara pos sebelum itu, tetapi tiada sebarang makluman, dan secara serahan tangan pada 29 November 2010 lalu" jelas aku.
"Tiada dapat scholar ship ke, apa-apa bantuan ke?" tanya pegawai tu. Harapan supaya aku dapat buat bayaran secara bulanan jika aku dapat mana-mana bantuan semasa belajar.
Pelik juga cara PTPTN. Ada ke patut cakap macamtu. Kalau aku dapat bantuan pun semasa mengaji di Mesir ni takkan aku nak guna untuk bayar hutang PTPTN? Semestinya aku guna untuk pengajian di sini! Sampai macamtu sekali pengurusan PTPTN.
Aku jelaskan bukan aku tak nak bayar, cuma aku masih belajar dan aku nak bayar dengan apa? Kalau ada duit sikit-sikit pun untuk kegunaan di sini.
Paling aku nak gelak suruh isi borang S.I. Dalam akaun aku masa tu adalah RM10. Tu pun dia nak cekau? Kebetulan sebelum ni ada dengar taklimat S.I untuk ekonomi PAS Johor. Baru aku tahu apa menatang S.I nih.
Pendekkan cerita lepas juga aku ke Mesir hasil bantuan RM1000 oleh kakak aku. Kalau tak nescaya "cerah" harapan nak habiskan degree ni. Terima kasih banyak kepada Kak Nurie. Kalau ikut aku nak balik menonong jer.
Masih ada sistem jahiliah di Malaysia ni. Setiap sebulan aku dikenakan RM120 jika masih tertangguh buat bayaran. Bayang selama aku di Mesir ni? Dah berapa bulan?
Sebab tu aku kata PTPTN a.k.a Ah Long. Tapi ada yang marah, kata aku tak bersyukur. Yang marah tu orang UMNO. Bersyukur kepala paip dia, kalau riba PTPTN sahaja dah mencecah belasan ribu. Bukannya aku tak nak bayar, tapi belum sampai masanya untuk aku mula lunaskan.
Harapan aku kerajaan bertukar, PTPTN jadi biasiswa. Kalau tak nak jadi biasiswa pun jangan jadi pinjaman riba.
Wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan