"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


01 Mac 2006

Khas Untuk Mak Tersayang: I love You Mom..

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh? ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera

Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh? Ibu

Jimat subsidi RM4.4b

Jimat subsidi RM4.4b

KUALA LUMPUR: Kerajaan dapat berjimat RM4.4 bilion tahun ini dalam bentuk subsidi berikutan kenaikan harga runcit petroleum sebanyak 30 sen mulai semalam dan wang itu akan digunakan untuk faedah rakyat, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, jumlah subsidi yang dapat dijimatkan itu akan dibelanjakan untuk pelaksanaan projek pembangunan, khususnya sistem pengangkutan awam bagi keselesaan rakyat serta membantu meningkatkan ekonomi negara.

?Rakyat diharap membuat pengorbanan dengan membayar 30 sen lebih. Tapi akan dipulangkan balik kepada rakyat untuk projek pembangunan yang memerlukan kos besar seperti pengangkutan awam yang pada hari ini tak memuaskan hati... terpaksa rakyat beli kereta,? katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mendengar taklimat Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Malam kelmarin, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan harga runcit petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) masing-masing naik 30 sen seliter dan sekilogram untuk menangani impak kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia serta membendung pertambahan subsidi yang perlu ditanggung kerajaan.

Sambil menyatakan kadar kenaikan itu berpatutan dan masih rendah berbanding harga di negara Asean kecuali Brunei, Abdullah mengakui tiada sesiapa yang akan seronok apabila harga minyak naik.

Bagaimanapun, katanya, rakyat perlu memahami perkara itu dan kerajaan juga bukan menarik balik langsung subsidi yang diberi.

Lagi pun, katanya, kebanyakan rakyat yang berkereta kecil dan menggunakan motosikal sebenarnya tidak dapat banyak subsidi, sebaliknya ia lebih menguntungkan mereka yang mempunyai banyak kereta dan kenderaan mewah.

?Kalau kita ambil kira rakyat berpendapatan yang ada kereta satu, kereta kecil dan motosikal, mereka sebenarnya tidak dapat subsidi setimpal,? katanya sambil mengulangi jaminan harga minyak itu tidak akan dinaikkan lagi tahun ini.

Ditanya mengapa harga minyak dinaikkan ketika harga minyak dunia stabil, Abdullah berkata, harga minyak dunia stabil pada harga yang tinggi.

Mengenai keputusan kerajaan menaikkan terus sehingga 30 sen, beliau menjelaskan:

?Naik sedikit demi sedikit lagi susah... bila kita naik sikit, harga akan naik... tak pa ini sekali.?

Perdana Menteri mengakui harga barangan mungkin naik sedikit ekoran peningkatan harga minyak, tetapi pemantauan akan ditingkatkan bagi memastikan kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan menyusahkan rakyat.

Beliau juga menasihatkan rakyat supaya berjimat dalam perbelanjaan seperti berkongsi kereta.

Mengenai kadar faedah ekoran kenaikan harga minyak, Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan kepada Bank Negara untuk menentukannya tetapi kadar itu akan dikawal pada tahap yang dapat diuruskan dengan baik dan tidak membebankan.

Perdana Menteri juga berkata, mungkin ada pihak menganggap kenaikan harga minyak tidak perlu kerana Petronas memperoleh banyak pendapatan, tetapi pendapatan tinggi itu digunakan Petronas untuk projek pembangunan dan pelaburannya serta membayar cukai.
--------------------------------------------------------
Ibnu Ali: Apo nak dikato? pandai2lah korang menilai.. "nak wate and see?"

28 Februari 2006

Dr Masyitah lagi..........

Duduk semeja peminum arak

TUGAS saya banyak berurusan dengan orang ramai. Biasanya selepas tugasan, ada disediakan jamuan atau makan oleh pihak penganjur. Dalam satu majlis makan malam, saya duduk semeja dengan rakan bukan Islam dan mereka ditawarkan arak manakala air buah bagi yang beragama Islam.

Saya pernah terbaca orang Islam dilarang duduk semeja dengan orang yang minum arak. Bagaimana pula halnya dalam kes seperti saya? Saya rasa tidak sopan jika meminta ditukarkan ke meja lain.

AISYAH Johor

JAWAPAN Dr Masitah

Dalam hal ini, saya suka membawakan enam golongan yang dilaknat Allah terhadap pengharaman arak iaitu pembuat, penjual, pembawa, pembeli, pelayan dan peminum. Walaupun golongan yang duduk semeja dengan peminum arak tidak dilaknat, perbuatan itu tidak digalakkan kerana boleh menimbulkan fitnah. Yang penting, tuan jangan sesekali menyentuh arak walau dipelawa atau diajak rakan semeja dan tidak perlu berpindah ke meja lain demi menjaga kemaslahatan bersama.

____________________________________________________
Ibnu Ali: untuk pengetahuan Cik Aisyah, Nak tau, Dr Masyitah ni pun duk semeja ngan diorang, bukan semeja jer, sekumpulan yang meluluskan kilang2 arak beroperasi, kedai2 arak, sampaikan tak mau boikot Carlsberg salah satu minuman arak syarikat Denmark!!! Lagiiiiiiiiiiii besar dosanya!!! Ni untuk sekadar pengetahuan Cik Aisyah laa.. Biar jelas, heh.. kalau tak jelas tanyala lagi Dr Masyitah ni, betul ke yang saya cakap ni..

Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional: Tahniah Pengundi Anda Telah Membuat Keputusan Bijak!!

Harga minyak naik 30sen
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), masing-masing naik 30 sen seliter dan sekilogram, berkuat kuasa hari ini.

Walaupun kerajaan menaikkan harga bahan api itu di negara ini masih lagi murah berbanding kebanyakan harga barangan itu di negara Asean kecuali Brunei.

?Dalam usaha kerajaan untuk menangani impak kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia serta membendung pertambahan subsidi yang perlu ditanggung, kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit LPG sebanyak 30 sen sekilogram berkuat kuasa 28 Februari.

?Kerajaan memberi jaminan bahawa harga runcit barangan petroleum ini tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini,? kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan malam tadi.

Berikutan pengumuman itu, harga baru seliter petrol RON 97, petrol RON 92 dan diesel bagi Semenanjung masing-masing kepada RM1.92, RM1.88 dan RM1.58.1, berbanding harga pada 1 Februari iaitu RM1.62, RM1.58 dan RM1.28.1. Harga baru petrol di Sabah, masing-masing RM1.90, RM1.88 dan diesel RM1.58.4, manakala di Sarawak masing-masing kepada RM1.91, RM1.88 dan RM1.57.8

Harga baru LPG bagi Semenanjung ialah RM1.75 berbanding RM1.45 sebelum ini, manakala Sabah dan Sarawak pula RM1.83 berbanding harga lama RM1.53.

Kali terakhir kerajaan menaikkan harga runcit barangan petroleum ialah pada 31 Julai 2005 iaitu petrol sebanyak 10 sen seliter, diesel sebanyak 20 sen seliter dan LPG sebanyak 5 sen sekilogram.

Menurut kenyataan itu, harga runcit barangan petroleum ini dinaikkan kali ini kerana pada 2005 jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan ialah RM 7.41 bilion, manakala pengecualian cukai pula berjumlah RM7.85 bilion.

Kenyataan itu juga menyebut, beban tanggungan subsidi dan pengecualian cukai bagi tempoh Januari

hingga Februari 2006, masing-masing sebanyak RM1.19 bilion dan RM 1.44 bilion.

Jika tanpa subsidi dan pengecualian cukai oleh kerajaan, harga runcit RON97, RON92, diesel bagi Semenanjung pada Mac 2006 sepatutnya RM2.46, RM2.37 dan RM1.98 seliter, harga Sabah RM2.45, RM2.37 dan RM1.97 serta harga Sarawak RM2.45, RM2.36 dan RM1.97 seliter, kata kenyataan itu.

Harga LPG bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak pula masing-masing RM3.21, RM3.35 dan RM3.34 sekilogram.

Selain itu, kenyataan itu menyebut, kerajaan turut memperkenalkan Sistem Pemberian Diesel Bersubsidi kepada 84 peratus kenderaan yang menggunakan diesel dalam sektor pengangkutan darat yang terdiri daripada pengusaha pengangkutan awam dan perkhidmatan barangan pengguna melalui penggunaan `fleetcard?.

?Melalui penggunaan kad ini, mereka boleh membeli diesel bersubsidi di stesen minyak dengan harga 15 sen lebih rendah daripada harga yang ditetapkan.

?Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sudah pun mengeluarkan surat memaklumkan perkara ini kepada pengusaha yang layak,? katanya.

Kenyataan itu berkata, penjimatan kewangan yang dibuat melalui kenaikan harga barangan
petroleum kali ini akan digunakan untuk membiayai projek pembangunan dan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam untuk kepentingan rakyat keseluruhannya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ibnu Ali: Naik lagi? Hai Paklah, nak laqqab Bapa Penaik? Oooooooooo barang Barat tak mau boikot!! tup2 naik harga minyak lagi kali ni 30sen!! mak ai.. Pastu pandainya dia buat mcm2 sebab!! Last2 keputusan atau result dari dape yang dibincang oleh Jabatan Dia, Naik harga.. impak pada rakyat, semuanya last pada rakyat!! Ooooooooo pandai, rakyat semua kena tanggung!!! Selama ni banyak dah rakyat kena ikat perut, Tun Dr Mahathir pun penah mintak rakyat ikat perut!! Tapi menteri? Subsidi2 yang para menteri dapat? tak nak potong ke? Macam2 keistimewaan menteri dapat.. Bukan rakyat tak tau, sampaikan ade kata make-up isteri menteri pun ade ke? Melampau seungguh, tula!!! buatlah projek2 mega lagi yang kemana keuntungannya pergi? Mahligai PM tu? sape yang duduk? Menara KLCC tu sapa nak duduk2 tinggi2? Mana dulu kata Petronas untung berbilion2? Takkan laa tak boleh back-up kotttttt... Baik Punya Cilok Ni!!!! Pastu pesan pada para pengundi!! UNDILAH Barisan Nasional!

26 Februari 2006

Umno cuba sempitkan minda rakyat ? TG Nik Aziz

KOTA BHARU, 22 Feb (Hrkh): Islam di bawah teraju Umno di negara ini dianggap semakin hari tambah tidak bermaya memandangkan rakyat disempitkan minda melalui proses brain washing yang panjang. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Islam dalam versi Umno adalah di luar dari kerangka sebenar yang diumpan dengan sekularisme kepada rakyat. Belia dan remaja kita disogok pula dengan faham kebangsaan lanjutan melalui Program Latihan Khidmat Negara.

Proses indoktrinasi seterusnya bersambung dengan kem-kem Bina Negara dan berakhir dengan akujanji bagi setiap anggota penjawat awam. Lalu dari atas loteng kuasa, satu jala besar OSA, ISA, Akta Polis, Akta Mesin Cetak dan lain-lain. Di tangan sekumpulan pemimpin nasionalis, Malaysia dipandu oleh drebar-drebar yang tidak berlesen, katanya dalam tulisan terbarunya, hari ini. Beliau berkata, Umno meninggalkan roh dan cuma mementingkan jasad, sedangkan sepatutnya Islam diterima dengan iman, roh dan badannya. Iman untuk roh manakala syariat Islam untuk mengatur tubuh badan dan kehidupan. "Sebarang pembangunan wajib mengandungi komponen ini. Malangnya Malaysia dipimpin oleh orang yang keliru dan mengelirukan. Kemudian Umno dianjur oleh pemimpinnya untuk bercakap mengenai Islam dalam keadaan yang dia sendiri tidak faham, katanya.

Beliau juga berkata, kekeliruan dapat dilihat apabila Perdana Menteri selaku Pengerusi OIC tidak bersetuju dengan langkah pemboikotan barangan Denmark, sedangkan hampir seluruh anggota OIC menyatakan protes ekoran penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Menurut beliau yang juga Mursyidul Am PAS, rakyat di negara ini semakin terkejut ekoran pendedahan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria terdapat seramai 250,000 orang Islam yang murtad di seluruh negara. Inilah bencananya apabila Malaysia dipimpin oleh sebuah parti kebangsaan yang meninggalkan Islam, ujarnya.
Ibnu Ali: Bukan tak peka ajer, macam pekak ajer plak buat2 tak dengar jeritan, tangisan rakyat2 palestine & yang seumpamanya... angry Pak Lah2....!!!, ni ke balasan yang telah kau beri setelah rakyat telah beri mandat kepada engkau? Adakah kerana ekonomi dunia ni ini kau rela dari terlepas syafaat Rasulullah? huh

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai