"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


28 Februari 2006

Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional: Tahniah Pengundi Anda Telah Membuat Keputusan Bijak!!

Harga minyak naik 30sen
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), masing-masing naik 30 sen seliter dan sekilogram, berkuat kuasa hari ini.

Walaupun kerajaan menaikkan harga bahan api itu di negara ini masih lagi murah berbanding kebanyakan harga barangan itu di negara Asean kecuali Brunei.

?Dalam usaha kerajaan untuk menangani impak kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia serta membendung pertambahan subsidi yang perlu ditanggung, kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit LPG sebanyak 30 sen sekilogram berkuat kuasa 28 Februari.

?Kerajaan memberi jaminan bahawa harga runcit barangan petroleum ini tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini,? kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan malam tadi.

Berikutan pengumuman itu, harga baru seliter petrol RON 97, petrol RON 92 dan diesel bagi Semenanjung masing-masing kepada RM1.92, RM1.88 dan RM1.58.1, berbanding harga pada 1 Februari iaitu RM1.62, RM1.58 dan RM1.28.1. Harga baru petrol di Sabah, masing-masing RM1.90, RM1.88 dan diesel RM1.58.4, manakala di Sarawak masing-masing kepada RM1.91, RM1.88 dan RM1.57.8

Harga baru LPG bagi Semenanjung ialah RM1.75 berbanding RM1.45 sebelum ini, manakala Sabah dan Sarawak pula RM1.83 berbanding harga lama RM1.53.

Kali terakhir kerajaan menaikkan harga runcit barangan petroleum ialah pada 31 Julai 2005 iaitu petrol sebanyak 10 sen seliter, diesel sebanyak 20 sen seliter dan LPG sebanyak 5 sen sekilogram.

Menurut kenyataan itu, harga runcit barangan petroleum ini dinaikkan kali ini kerana pada 2005 jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan ialah RM 7.41 bilion, manakala pengecualian cukai pula berjumlah RM7.85 bilion.

Kenyataan itu juga menyebut, beban tanggungan subsidi dan pengecualian cukai bagi tempoh Januari

hingga Februari 2006, masing-masing sebanyak RM1.19 bilion dan RM 1.44 bilion.

Jika tanpa subsidi dan pengecualian cukai oleh kerajaan, harga runcit RON97, RON92, diesel bagi Semenanjung pada Mac 2006 sepatutnya RM2.46, RM2.37 dan RM1.98 seliter, harga Sabah RM2.45, RM2.37 dan RM1.97 serta harga Sarawak RM2.45, RM2.36 dan RM1.97 seliter, kata kenyataan itu.

Harga LPG bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak pula masing-masing RM3.21, RM3.35 dan RM3.34 sekilogram.

Selain itu, kenyataan itu menyebut, kerajaan turut memperkenalkan Sistem Pemberian Diesel Bersubsidi kepada 84 peratus kenderaan yang menggunakan diesel dalam sektor pengangkutan darat yang terdiri daripada pengusaha pengangkutan awam dan perkhidmatan barangan pengguna melalui penggunaan `fleetcard?.

?Melalui penggunaan kad ini, mereka boleh membeli diesel bersubsidi di stesen minyak dengan harga 15 sen lebih rendah daripada harga yang ditetapkan.

?Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sudah pun mengeluarkan surat memaklumkan perkara ini kepada pengusaha yang layak,? katanya.

Kenyataan itu berkata, penjimatan kewangan yang dibuat melalui kenaikan harga barangan
petroleum kali ini akan digunakan untuk membiayai projek pembangunan dan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam untuk kepentingan rakyat keseluruhannya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ibnu Ali: Naik lagi? Hai Paklah, nak laqqab Bapa Penaik? Oooooooooo barang Barat tak mau boikot!! tup2 naik harga minyak lagi kali ni 30sen!! mak ai.. Pastu pandainya dia buat mcm2 sebab!! Last2 keputusan atau result dari dape yang dibincang oleh Jabatan Dia, Naik harga.. impak pada rakyat, semuanya last pada rakyat!! Ooooooooo pandai, rakyat semua kena tanggung!!! Selama ni banyak dah rakyat kena ikat perut, Tun Dr Mahathir pun penah mintak rakyat ikat perut!! Tapi menteri? Subsidi2 yang para menteri dapat? tak nak potong ke? Macam2 keistimewaan menteri dapat.. Bukan rakyat tak tau, sampaikan ade kata make-up isteri menteri pun ade ke? Melampau seungguh, tula!!! buatlah projek2 mega lagi yang kemana keuntungannya pergi? Mahligai PM tu? sape yang duduk? Menara KLCC tu sapa nak duduk2 tinggi2? Mana dulu kata Petronas untung berbilion2? Takkan laa tak boleh back-up kotttttt... Baik Punya Cilok Ni!!!! Pastu pesan pada para pengundi!! UNDILAH Barisan Nasional!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai