"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


20 Februari 2006

Ada Apa Dengan (ABPBH) 2005?


SHAH ALAM: Lebih 5,000 peminat membanjiri ruang legar Plaza Alam Sentral di sini, petang semalam, bagi memeriahkan siri promosi jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005 keempat yang mencatat sejarah sebagai acara terbesar apabila disertai 20 finalis pelbagai kategori.

Bermula jam 4 petang, acara yang dikendalikan pasangan pengacara, Azwan Ali (finalis Pengacara Lelaki Popular) dan Sheila Rusly (Artis Komedi Wanita Popular) berlangsung hampir tiga jam dan berakhir pada jam 7 malam.

Lapan artis mengadakan persembahan iaitu Raihan yang bertanding bagi kategori Artis Nasyid Popular, Sharifah Zarina (Artis Baru Wanita Popular), Bob dan Shazzy (Artis Baru Lelaki Popular).

Turut membuat persembahan, Farah yang bertanding dalam dua kategori Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular, Dayang Nurfaizah (Penyanyi Wanita Popular), Jinbara (Artis Berkumpulan/Duo Popular) dan Zahid (Artis Baru Lelaki Popular/Penyanyi Lelaki Popular).

Semua mereka menyampaikan dua lagu dipetik daripada album masing-masing.

Turut menyerikan siri promosi jelajah terakhir berkenaan ialah Rosyam Nor (Pelakon Filem Lelaki Popular), Eja (Pelakon Drama Wanita Popular), Norlia Ghani (Artis Komedi Wanita Popular) dan Sharifah Amani (Artis Baru Wanita Popular/Pelakon Filem Wanita Popular).

Tidak ketinggalan finalis Artis Baru Lelaki Popular, Que Haidar, Adibah Noor (Artis Komedi Wanita Popular), Khairil, Adi Fashla (Penyampai Radio Lelaki Popular) dan Julia (Penyampai Radio Wanita Popular).

Selain persembahan artis, peminat bertuah yang membeli barangan cenderahati ABPBH 2005 juga dibawa peluang bersiar-siar mengelilingi bandar raya itu menaiki kereta yang ditaja Naza Kia Sdn Bhd.

Turut hadir pada siri promosi itu Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd yang juga Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Hishamuddin Aun.

Sebelum itu, pada sebelah tengah hari sebahagian daripada finalis menjayakan sesi beramah mesra bersama peminat serta mengedarkan tiket ke malam kemuncak ABPBH 2005 di Kios New Straits Times Press (NSTP), Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

ABPBH 2005 ke-19 dianjurkan Berita Harian dengan kerjasama Persatuan Akademi Muzik Malaysia (Akademi), akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dan stesen radio Era dari Arena Of Stars, Genting Highlands pada 26 Februari ini.

Siri promosi jelajah ABPBH 2005 sebelum ini diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru (28 Januari), disusuli Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang (5 Februari) dan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu (11 Februari).
________________________________________________________________
Ketika mana Barat dan pihak yahudi laknatullah melancarkan perang saraf menghina Baginda Rasulullah SAW, tapi rakyat Malaysia terus hanyut dengan dunia, yang mereka rata2 mengakui mereka mencintai Nabi SAW. Ketikamana Hati aku bagai dihiris dengan sembilu kerana cacian terhadap Baginda SAW, ketika itulah hati mereka2 ini selamba menjerit2 berketawa2, bersuka ria bagikan lutong2 yang kelaparan dapat jumpa sebiji pisang. (maaf kasar sikit)

Adakah mereka sedar? Dunia Islam sekaranag bagaimana? Kalaulah baginda tiba2 turun depan Rosyam Nor tu... Apelah nak dikata? Aduh.. dalam pada masa yang sama!!! kenapa mereka tetap teruskan program seperti ini? Takkan tak idam sikit pun nak ke syurga disamping Baginda SAW? tak cukup dengan mereka yang mengaku solat tak tinggal, beramal.. Bahkan ramai yang bertudung kepala, sanggup memeriahkan acara tersebut... Allahumma solli a'la Muhammad!!! SesungguhNya Allah dan Para Malikat berselawat ke atas Nabi! Wahai kaum mukmin berselawatlah ke atas baginda!!!

Ya Rasulullah kami sebenarnya cinta kepadamu....
Apa yang kami telah lakukan untuk kamu Ya Rasulullah? Adakah Allah SWT terima pengakuan kami Ya Rasulullah???!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai