"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"
Alhamdulillah, aku masih lagi mengucapkan syukur kepada Allah. Dalam beberapa waktu belakangan ini aku diterjah satu episod yang tidak menjangkakan. Samada ianya boleh dianggap sebagai ujian dari Allah, aku redha menerimanya. Kerana aku ini sekadar hamba-Nya yang tidak mempunyai sebarang kuasa penentu. Semuanya di sebalik tirai kekuasaanNya.
Bagi yang pernah aku mengejutkan mereka atas tindakan aku, sememangnya ia tidak dirancang. Semuanya atas pengetahuan Allah. Jika tidak menerimanya aku redha. Bohonglah jika aku senyum gembira atas segala yang ditentukan, tetapi di hati kecil ini tetap merasakan syukur. Tiada nikmat terbesar dari Allah melainkan terus thabat dan tetap di jalan Allah. Inilah pengubat segala penyakit dan anasir-nasir gejala futur.
Setiap apa yang ditentukan oleh Allah wajar aku menerima dengan redha. Sifat redha inilah yang sememangnya payah bagi insan lemah macam aku ni. Namun aku sentiasa positif! Tiada makna hidup sebagai hamba jika tiada rasa ber-Tuhan. Tiada makna rasa ber-Tuhan jika sentiasa bersangka buruk terhadap ketentuanNya.
I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day
Soalan: Bolehkah terima pakaian orang bukan Islam? Andai kata dia bela anjing?
Jawapan:
Firman Allah s.w.t;
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." - Al Mumtahanah ayat 8
Hadith Nabi s.a.w:
"Hadis riwayat Anas bin Malil ra, sesungguhnya seorang Yahudi wanita berjumpa Nabi saw membawa kambing yang diletak racun. Nabi saw pun makan. Kemudian wanita tersebut dibawa kepada Nabi saw dan baginda ditanya “ Apakah perlu kita membunuhnya?” Nabi saw menjawab “Tidak perlu.” Anas berkata “ Aku sentiasa ingat daging kambing itu berada dalam mulut Nabi saw.” (Direkodkan Oleh Bukhari)
Hadith Nabi s.a.w:
"Anas bin Malik ra berkata: Nabi saw dihadiahkan jubah diperbuat dari kain sundus dan sebelum itu Nabi saw telah melarang lelaki dari memakai kain sutera. Lalu orang ramai kagum dengan kain tersebut. Nabi saw pun bersabda “ Dan demi tuhan yang mana diriku dalam kekuasaannya , sesungguhnya kain sapu tangan Saad bin Muaz dalam syurga lebih baik dari kain ini.”
Kesimpulannya, harus menerima hadiah atau pemberian dari orang kafir. Samada pakaian, makanan, duit atau sebagainya.
Jika pakaian tersebut kita nampak ianya terkena najis berat, kita bersihkan. Jika tidak, kita harus memakainya seperti biasa. Tak perlu kita bertanya samada terkena najis atau tidak.
Seperti jika orang kafir nak sumbang duit untuk masjid, tidak wajar untuk kita tanya duit haram atau tidak.

Dalam kitab kifayatul Akhyar kitab mazhab Syafie:
“Dan Harus bagi orang Muslim dan orang kafir zimmi untuk mewasiatkan hartanya untuk mengimarahkan masjid Aqsa dan masjid-masjid yang lain. Demikian juga hukumnya mengimarahkan kubur-kubur orang Islam."
Wallahua'lam
Dalam mengharungi hidup sebagai muslim, ujian dan dugaan hidup menandakan Allah memberi perhatian kepada kita. Ianya merupakan "hadiah" sebenarnya, jika kita benar-benar memahami hakikat hidup ber-Tuhan. Manusia yang sedar bahawa dia hamba kepada Allah ialah manusia yang memahami hakikat kejadiannya.
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. - Az Zariyat 56
Inilah tujuan utama Allah menjadikan manusia. Tidak lain tidak bukan untuk menjadi hamba kepadaNya. Namun hamba kepadaNya tidaklah sama maksudnya dengan hamba kepada manusia. Ianya juga tidak membawa manusia terawang-awang dengan hidup mereka di atas muka bumi ini. Bahkan sejak mula kejadian manusia itu, Allah mengirimkan manusia di kalangan mereka sebagai wakil Tuhan untuk memberitahu hakikat sebenar peranan manusia.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain). - Fussilat 6
Hakikat inilah yang sangat sukar diterima oleh sebahagian manusia. Malah menganggap bahawa hidup ini hanya sekali dan perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya, dan tiada kehidupan selepas kematian. Oleh kerana itu, mereka yang bertuhankan dunia ini, menjadikan dunia ini sebagai tempat taruhan bermati-matian, berlumba mengejarnya sehingga susut nilai manusiawi. Mula bertindak zalim sesama mereka, melangkah sombong di atas muka bumi Allah, menempelak dan memperlekeh manusia yang mengajak kepada Allah.
Ingatlah, bahawa hidup kita ini diberi peluang untuk membuat pilihan. Tiada istilah berkecuali sehinggalah kita menemui Tuhan Rabbul Izzati. Buatlah pilihan yang tepat yang diredhai Allah, kerana jawapan untuk memilih yang baik atau yang buruk itu telah tersedia buku panduannya. Tinggal hanya kita yang membuat pilihan, samada neraka dengan kemurkaanNya atau syurga yang penuh dengan keredhaanNya.
Ramadhan Kareem 1432H