"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


22 Mac 2007

Dr Masyitah Angau ke?

Tutup aurat penting

BENARKAH amalan orang yang tidak menutup aurat tidak akan diterima Allah? Ramai memberitahu saya mengenai hal ini, tetapi mereka tidak memberikan hujah kukuh. Boleh Datuk terangkan mengenai kemusykilan ini?



HANI
Seremban


Segala amalan hanya Allah Yang Maha Pengasih dan Pengampun yang menentukan sama ada diterima atau tidak.

Perlu kita ketahui bahawa menutup aurat termasuk dalam suruhan Allah yang sama pentingnya dengan perintah lain seperti solat, walaupun ia bukan rukun iman atau rukun Islam.

Apabila kita melakukan dosa besar, segala amalan kita akan terapung selagi kita tidak bertaubat.

Namun, tidaklah sampai ke tahap segala amalan kita tidak diterima kerana mendedahkan aurat.

Sebagai seorang yang beragama Islam, segala perintah Allah hendaklah ditaati, walaupun ia lambat. Waalahu a’lam.




Ulasan saya:

Mukminkah kita jika percaya Al Quran tapi huruf alif di Al Quran tu tak percaya?

Muslimkah kita jika solat itu memang wajib, dalam rukun Islam itu semua wajib, tapi kewajipan-kewajipan lain kita abaikan?

Beriman kepada Allah tidak sekadar menyatakan "aku beriman kepada Allah". Bahkan lebih dari itu dengan thabat dalam hati, amal dengan perbuatan dan lafaz dengan lisan.

Pembetulan kepada tajuk persoalan "TUTUP AURAT ITU WAJIB"

21 Mac 2007

Mentaliti Mudah Bagi Melayu

Anda mahu dikenali sebagai siapa di dunia ini? Pertama sebagai Melayu? Atau sebagai Muslim? Atau sebagai warganegara Malaysia? Jawapannya atas diri anda sendiri. tak perlu beritahu saya.

Setelah hidup selama 24 tahun ini, sebagai manusia yang hidup dalam rumpun melayu Malaysia. Saya sedikit terpanggil untuk mengulas sedikit tentang orang melayu ini. Saya ada authoriti untuk komen bangsa melayu, sebab saya orang melayu. Ini tidak bermaksud saya seorang yang fanatik-melayu.

Apa yang saya ingin sebutkan tentang mentaliti melayu kita hari ini yang semakin cacamerba. Dalam hal-hal agama,sosial, politik, ekonomi dan lain-lain. Tidak kurang mereka ini suka mengambil peluang dari hal-hal tersebut, yang bermaksud "ambil kesempatan". Agak-agak boleh layan dengan kepala otak, perut dan kehendak mereka, maka itulah dipegang sampai bila-bila. Jarang nak fikir dahulu sebelum buat. Sebab fikir kat kepala lutut. Malang jadi manusia fikir dengan kepala lutut ni, mana tau nanti kena gaut susahlah nak fikir.

"Selagi Tok Guru Nik Aziz, Hj Hadi tak fatwa pelaburan internet haram, aku anggap halal!"

"Sikit-sikit haram! macam mana orang melayu nak maju? MLM haram? dahtu, apasal ustaz, ustazah berlambak yang masuk?"

"nak berlakon, tak boleh pegang-pegang susahlah!, macam mana kalau emak (watak emak, siti pulak tu yang berlakon) jatuh, pastu kita tengokkan ajer!"

"awak tahu tak! beristeri empat ini sunnah Nabi!"

"Malaysia ni kan negara Islam, apa nak lagi? masjid ada, universiti Islam ada, bank Islam ada, insurans Islam ada, sekolah Islam ada, apatah lagi pemimpin kita orang Islam!"

Saya malas nak sebut lagi, banyak lagi sebenarnya, tetapi ini sahaja contohnya yang saya nak bawa. Dengan contoh-contoh ini, mesti pernah terdengar ataupun terbaca di mana-mana. Malas nak ulas panjang sebenarnya.

Orang melayu fanatik betul nak ikut ustaz, sunnah pada perkara-perkara yang tak ganggu kepala otak, perut dan kehendak mereka. Oooo, time nak kahwin lagi, isu MLM, time tu lah nak ikut sunnah, ikut ustaz. Time solat jamaah, mengaji tak mahu pula nak ikut sunnah atau ustaz!

Orang melayu dalam hal-hal makan terutama kalau ada babi ke, wah! bukan main lagi dia marah. Tapi bab pegang-pegang nak belakon tak kesah plak. Padahal pegang perempuan yang bukan mahram tu lebih haramnya berbanding sentuh babi.

Orang melayu bila sebut pasal negara Islam bukan main lagi dia bangkang cakap orang! Tak bersyukurlah, negara kita aman damailah. Agak-agaknya kat London tiada sekolah Islam kot, tiada islamic banking kot, tiada pengajian islam kot kat universiti diorang, agaknya Muslim kat sana tak boleh pergi haji kot.

Mahu Peringatkan Lagi!

Oleh: MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

Di dalam satu dialog yang diadakan bersama para peguam di auditorium Majlis Peguam pada 22 Februari 2006 yang lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan tanpa segan silu mendedahkan sikap partinya, UMNO terhadap Islam.

Malaysiakini melaporkan bahawa Menteri tersebut dikatakan berkata bahawa persaingan bagi mendapatkan undi telah mendorong parti-parti politik seperti UMNO dan PAS menggunakan Islam sebagai pengkalan atau platform dan seterusnya mendorong pihak seperti beliau dan UMNO untuk melakukan perkara-perkara yang “we do not believe in” (kami tidak percaya kepada perrkara-perkara tersebut).

Dengan lain perkataan UMNO terpaksa juga menggunakan slogan dan platform Islam meskipun UMNO sendiri tidak percaya kepada apa yang terkandung di dalam Islam itu sendiri sama ada aqidahnya, hukum hakam, halal haram dan sebagainya.

Nazri seterusnya dilaporkan berkata bahawa UMNO terpaksa menggunakan Islam kerana PAS menurutnya menggunakan Islam bagi mendapatkan undi. Nazri berkata “we are doing a disservice to our nation. we are led into doing something that we don’t believe.”

Terjemahan : “Kami melakukan perkara yang tidak memberi khidmat kepada Negara , kami telah didorong bagimembuat sesuatu perkara yang kami tidak percaya.”

Seterusnya di majlis yang sama apabila ditanya oleh seorang peguam Haris Ibrahim ( peguam yang terkenal dengan kelantangannya menyerang Islam ), berkata "orang Islam yang berfikiran sekular mesti terus bercakap dalam perkara-perkara yang berkaitan Islam meskipun akan menghadapi risiko dituduh murtad."

Haris di dalam soalannya kepada Nazri bertanya "adakah pihak Kerajaan telah diculik dan diminta wang tebusan oleh golongan pelampau agama (Islamic hardliners)? dan beliau seterusnya menyatakan kepada Nazri bahawa pihak seperti beliau tidak mahu menyerahkan negara ini kepada beberapa orang atau golongan pelampau yang berpura-pura kononnya bercakap bagi pihak majoriti.

Nazri berkata: “the problem among Muslims is that we rely on people who are knowledgeable ( Islamic scholars ) but people like you ( Haris Ibrahim ) and me are secular. So speak up, even if you may not be the majority.

Terjemahan : masalah di kalangan orang Islam adalah mereka bergantung kepada orang yang berpengetahuan (sarjana Islam) dan mereka seperti kamu (Haris Ibrahim) dan saya adalah secular. Ayuh terus bercakap meskipun kamu bukan dari golongan yang majoriti

Komentar saya terhadap pendedahan berani Nazri di atas adalah seperti berikut :-

Kalau dahulu rakyat Malaysia khususnya orang Islam masih ragu-ragu bahawa adakah UMNO benar-benar ikhlas ingin melaksanakan Islam dengan pendedahan Nazri inisudah cukup terang dan bersuluh menunjukkan sikap sebenar UMNO terhadap Islam. Kalau dahulu umat Islam mungkin agak sukar atau teragak-agak untuk menerimadakwaan bahawa UMNO tidak ikhlas ingin melaksanakanIslam kerana bersandarkan hujah bahawa soal ikhlas adalah soal hati maka dengan pendedahan Nazri ini tidak ada lagi sepatutnya ruang untuk rakyat negara ini mempecayai bahawa UMNO masih ikhlas ingin melaksanakan Islam.

Apa yang didedahkan Nazri ini menjadi bukti yang sahih dan kuat bahawa UMNO tidak dapat lagi bertahan untuk terus berpura-pura kepada rakyat negara ini tentang sikap sebenar mereka terhadap Islam. Satu keperitan dan kesakitan yang amat sangat Nazri dan UMNO rasakan apabila bersikap berpura-pura ini. Ibaratnya kalau UMNO dahulu terpaksa bertopeng bagi melindungi wajahnya yang hodoh kini topeng yang lama dan mungkin sudah busuk dan berulat itu terpaksa ditanggalkan dan kini orang telah dapat melihat wajah sebenar pemakai topeng tersebut. Amat hodoh !!!

Pendedahan Nazri mengajar kepada kita tentang perlunya orang Islam mengetahui dan memahami Islam dari satu segi dan permainan politik golongan sekularIslam dari satu segi yang lain bagi mendapatkan undi. Bagi UMNO dan juga mana-mana parti sekular di negara-negara umat Islam keyakinan bahawa Islam adalah satu kepercayaan yang perlu dipegang, dokong, sokong dan laksanakan di dalam seluruh kehidupan manusia adalah suatu yang tidak penting dalam perjuangan mereka. Apa yang penting bagi UMNO adalah untuk terus berkuasa di dalam negara ini mereka mesti juga bercakap dan bertindak seolah-olah mereka juga mahukan Islam meskipun mereka sendiri tidak mempercayai ajaran Islam itu sendiri.

Islam adalah wahyu dari langit bukan ciptaan atauteori oleh mana-mana orang di dunia ini. Allah s.w.ttidak akan membiarkan agamaNya dipermainkan begitu rupa tanpa pengawasan dan penjagaaan daripada Nya. Jika ada mana-mana pihak yang ingin cuba mempermainkan atau menyelewengkan Islam dan ajaran-ajarannya samaada secara langsung atau tidak langsung, Allah s.w.t akan pasti membongkar permainan dan penyelewengan tersebut dan pendedahan Nazri menjadi bukti kepada perkara itu.

Adalah suatu yang pelik dan ajaib orang yang tidak mempercayai sesuatu perkara akan melaksanakan perkara yang beliau tidak percaya tersebut melainkan kerana muslihat tertentu. Yang demikian adalah juga satuperkara yang ajaib dalam keadaan UMNO tidak meyakini dan mempecayai Islam sepertimana pendedahan Nazri tersebut UMNO masih diharap oleh rakyat negara ini untuk melaksanakan agenda Islam.

Pendedahan Nazri sekaligus membuktikan bahawa Islam Hadhari adalah hanya retorik kosong dan permainan licik UMNO bagi mendapatkan undi dan sokongan rakyat semata-mata meskipun Islam Hadhari tersebut disolekkan dengan solekan-solekan indah seperti kononnya ingin melahirkan insan bertaqwa. Adalah disyorkan UMNO untuk UMNO mempopularkan slogan baru Islam ala Nazri.

Rakyat kini tiada pilihan selain menyokong PAS kerana sehingga kini secara jelas InsyaAllah PAS tidak berpura-pura sama ada dari segi dasar mahupun mesejnya kepada rakyat negara ini bahawa ia memang ingin melaksanakan Islam dan meskipun undi rakyat itu penting ia hanya berperanan sebagai alat pemberi kuasa bagi PAS melaksanakan cita-cita Islamnya . Undi bukan matlamat. Bagi PAS tidak seperti UMNO matlamat tidak menghalalkan cara yang tidak halal.

15 Mac 2007

UMNO Salah? PAS Betul!

Betulkah statement ini? UMNO Salah? PAS Betul!

Ramai di kalangan kita amat susah dalam mengluarkan statement sebegini. Agaknya takut bias dengan mana-mana pihak. Mungkin juga masih merasakan perlu masa untuk berfikir.

"Betul ke UMNO ni salah? bagaimanapun PAS aku akui betul dengan landasan perjuangannya"

Perdebatan antara parti-parti politik di Malaysia berpanjangan. Melihat sentimen yang selalu dimainkan adalah Melayu, Islam dan Kafir. Dalam perdebatan ini kita tidak terlepas dengan golongan ghuluw "pelampau" dalam jamaah.

Dalam UMNO ada pelampau. Tak dinafikan juga dalam PAS ada pelampau. Saya bagi contoh mudah untuk semua faham.

"Hudud? Buat apa hudud-hudud ni? Nati habis semua tangan orang kita potong! Sapa nak makan sup tangan datanglah ke Kelantan." dan, "UMNO kafir, munafik, zalim!!! Tak buat itu ini!"

Ini di antara skrip-skrip ucapan yang pernah saya baca dan dengar. Ini adalah contoh-contoh ucapan golongan pelampau yang ada di dalam UMNO mahupun PAS. Mahu diberitahu, golongan-golongan ini selalunya tak lama dalam medan politik Islam. Terutama apabila terjun dalam platform PAS. Mereka ini dilihat sekarang telah pun "memeluk" UMNO dan menjilat semula ludah-ludah mereka dahulu.

Pernah tengok Debat Olok-Olok antara UMNO (PAS) vs UMNO (UMNO)? Kalau belum jom datang rumah saya. Kita nonton semula. Dalam debat tersebut adalah dikalangan UMNO asli dan UMNO lompat. Di kalangan UMNO lompat mereka terdiri dari bekas-bekas pimpinan ghuluw dahulunya dalam PAS. Juga terdapat di UMNO asli. Senang cakap, mereka ini diperbudak-budakkan oleh pemimpin UMNO untuk berdebat dengan PAS. Satu cubaan yang baik.

Maka, kita boleh lihat golongan-golongan ghuluw ini tidak lama, dan terbantut visi perjuangan mereka. Namu tidak bagi UMNO, bahkan ramai golongan-golongan ghuluw ini diperlukan dalam UMNO. "Walaupun hidangan halal diberikan tetap nak cari yang haram".

Inilah yang menjadi titik bengik dalam perjuangan Islam. Sifat wasatiah (kesederhanaan) hendaklah ditekankan dalam aspek menyampaikan dakwah. Namun jangan sesekali kita berkompromi dalam hal-hal haram.

Sebagai contoh, judi itu haram TAPI ada lesen no hal. Arak itu haram TAPI ada lesen no hal. Hudud itu wajib TAPI tak sesuai zaman sekarang, macam zakat boleh la.

UMNO memplopori mazhab BIDA'AH DHOLALAH?

"Ye, solat itu wajib, puasa itu wajib, zakat itu wajib, haji itu wajib. Tapi hudud tu nanti lah dulu."

Kita guna undang-undang penjajah dalam mentadbir adalah bida'ah. Kita guna sistem perbankan konvensional adalah bida'ah. Kita membiarkan wanita-wanita Islam membuka aurat adalah bida'ah.

Setelah kesekian lama, ada di kalangan kita tak perasan bahawa UMNO sudah lama mempelopori perkara bida'ah ini. Namun banyak disentuh dalam hal-hal cabang dalam Islam. Tahrikul A'sobik, qunut, wirid lepas solat, sunat haiah. Dalam hal-hal kepimpinan negara banyak lagi hal-hal dasar, usul yang bukan cabang yang kita tak sentuh.

Imam Hassan Al Banna pernah meleraikan makmum-makmum yang bergaduh dalam menentukan rakaat solat tarawaih. Ada yang kata solat 20 rakaat ada yang kata 8 rakat sahaja, masing-masing bertekak dan bida'ah membida'ah. Al Banna meleraikan mereka menyuruh mereka solat sahaja di rumah dengan pendapat masing-masing. Apa yang boleh diambil pengajarannya ialah, bersatu itu hukumnya wajib, solat tarawaih itu sunat. Bergaduh dalam hal sunat itu hinggakan mencetuskan pergaduhan dan mewujudkan perpecahan yang haram di sisi Islam itu adalah kesan ketidakfahaman tentang perkara-perkara dasar dan cabang.

Inilah yang perlu ditekankan. Bermula dengan hal-hal dasar baru kita selesaikan yang cabang-cabang dulu. Kan dulu kita belajar sirah, imani Tuhan itu Allah, Muhammad itu Rasul. Barulah solat itu turun dan diwajibkan, pastu barulah hal-hal syariat lain diturunkan atau diwurudkan atau diijmakulamakkan.

Kita lihat UMNO lama dah memerintah Malaysia, natijahnya semakin ramai yang murtad, semakin ramai yang jadi mat, minah rempit, semakin ramai mat dadah. Ramai para ulama dah pesan nak selesaikan guna cara Islam. Bukan cara-cara bida'ah. Bila bida'ah jadi dholalah. Ini pantang ulama tegur skit tup duk melenting kata tu ulama PAS. Pembangkang apa barang! Nak bangkang sahaja kerjanya.

PAS dan strategi

"kita akan bubar PAS jika UMNO mengubah dasar pemerintahan kepada Islam yang syumul"
-YAB Tuan Guru Dato' Mursyidul Am PAS.

Inilah kerja PAS. UMNO kalau betul nak Islam kita sokong! Kita bubar PAS masuk UMNO belaka. Buat apa ada PAS kalau UMNO nak Islam? Tapi bukan Islam Hadhari ya. Tapi Islam Hakiki. Islam yang sederhana. Islam yang sederhana ni, yang haram kata haram dan yang halal kata halal. HALAM (halal+haram) tak diterima.

Agak-agak orang UMNO ni perasan tak dengan ucapan Tok Guru ni? Agaknya termuhasabahkah mereka? Namun inilah kesediaan PAS dengan UMNO. Bukan selamanya PAS berkondisikan pembangkang. PAS jadi ditubuhkan sebgai sebuah parti pun sebab ada ruang untuk berdakwah kepada kerajaan UMNO. Kondisi PAS amat berbeza dengan UMNO. Itu yang perlu kita fahami.

Terkenangku Memori Lalu

KOTA BHARU, 14 Mac (Hrkh) – Kerajaan negeri kecewa terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia kerana seakan-akan tidak mengiktiraf kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan yang mencatat pencapaian 17 1A dan 1 2A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

Anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, setelah membuat penilaian didapati Siti Fatimah Mukhtar adalah pelajar SPM terbaik peringkat kebangsaan.

Siti Fatimah bersama ibunya, Aishah Mohd keriangan melihat keputusan peperiksaan yang diperolehi tempohari.“Saya kecewa terhadap Kementerian Pelajaran kerana tidak mengiktiraf kejayaan Siti Fatimah hanya kerana beliau belajar di sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik).

“Sedangkan kita memakai sukatan yang sama yang digunakan Kementerian Pelajaran. Oleh itu tidak timbul apa-apa perbezaan antara Kementerian Pelajaran dan Yik,” katanya pada sidang media di Maahad Muhammadi Perempuan di sini, hari ini.

Siti Fatimah, 17 mendapat 17 1A dan 1 2A dalam peperiksaan SPM 2006. Tahun ini kerajaan Pusat tidak mengisytiharkan pelajar terbaik peringkat negara dan hanya mengumumkan keputusan secara umum.

Begitu juga Jabatan Pelajaran Negeri hanya mengumumkan pelajar terbaik di Kelantan mendapat 14 1A. Sedangkan pelajar kedua terbaik di Maahad Muhammadi Perempuan iaitu Nur Atikah Mahassan mendapat 15 1A dan 2 2A.

Mohd Amar juga berkata, kerajaan negeri akan menaja pengajian Siti Fatimah yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara.

“Sebelum ini kerajaan negeri memberi pinjaman kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Tetapi oleh kerana kecemerlangan pelajar berkenaan, kerajaan negeri membuat keputusan untuk memberi biasiswa,” katanya.

Beliau juga berkata, keputusan yang dicapai Siti Fatimah membuktikan sistem yang diguna di sekolah Yik mampu menghasilkan kecemerlangan dalam peperiksaan.

Sementara itu, dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Mohd Amar berkata, seramai 1,399 pelajar Yik mengambil peperiksaan berkenaan tahun lepas dengan kelulusan sebanyak 74.7 peratus.

Maahad Muhammadi Lelaki mendapat keputusan 100 peratus, diikuti Maahad Muhammadi Perempuan (93.5 peratus) dan Maahad Rahmah Kenali (89.29 peratus).

Manakala kategori sekolah bantuan kerajaan, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqadum Ma’arif (86.79 peratus), SMU A Tarbiah Mardiah (85.42 peratus) dan SMU A Khairiah Padang Pat Amat (84 peratus).

Turut hadir persidangan media itu Pengarah Yik, Haji Ahmad Mahmood dan Ketua Penolong Pengarah Yik (Pengurusan Sekolah), Ustaz Mohamad Ya.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Ibnu Ali: Sekolahku tulisan tebal berwarna merah. Tahniah diucapkan kepada sekolah SMUAPPA. Takkanku lupakan segala kenanganku di sana. Tak mengapalah kalau kerajaan tak iktiraf pun, yang penting redha Allah yang kita harapkan.

Antara lain bekas pelajar di sekolah ini ialah:

Ustaz Muhamad Fairuz Tamjis (MA Zamalik), Ustaz Mohd Zaki Md Noor (Bahasa Arab, Al Azhar Kaherah), Ustaz Asmuni Hasbullah (Syariah, Al Azhar Kaherah), Ustaz Yohanas Misuan (Usuluddin, Al Azhar Kaherah), Ustaz Kamaziya Ahmad (Syariah, Al Azhar Tanta), Ustaz Abul Bashar Md Khamis (Syariah, Al Azhar Tanta).


05 Mac 2007

Cari Tapak Di Sahara?

Terima Kasih YB Seguntang dengan penerangan yang menarik. Untuk pengetahuan YB Seguntang kami di sini hampir tiga tahun mendengar penerangan dari YB Seguntang. Juga dari YAB Menteri Perdana dengan penjelasan yang sama sekitar Islam Progresif.

Selama tiga tahun Islam Progresif digagaskan oleh kerajaan Menteri Perdana nampaknya berlaku bermacam perubahan ketara dalam pentadbiran kerajaan. Terutama negeri-negeri maju taklikan kerajaan sendiri. Namun suara-suara rakyat ada kedengaran sekitar di Ibu Negara dan Negeri Bersebelahan.

Ibu Negara dan Negeri Bersebelahan semakin rancak melakukan kerja-kerja pembersihan sekitar. Di mana setinggantiwi semakin terancam dengan kerja-kerja tersebut. Suara-suara jeritan mereka mantul dengan suara-suara arahan Majlis Pencacai Negeri Bersebelahan.

Bagaimana mereka mahu membina sebuah kemajuan dalam keadaan mereka dihalang untuk maju? Bagaimana mereka mahu memulakan pembangunan, sedang rumah yang mereka bina diroboh pihak pencacai?

Cuma kita semak semula dari Usul Sepuluh Islam Progresif yang dicanang oleh Menteri Perdana:

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi.

2. Kerajaan adil dan beramanah.

3. Rakyat berjiwa merdeka.

4. Penguasaan ilmu pengetahuan.

5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.

6. Kehidupan berkualiti.

7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.

8. Keutuhan budaya dan moral.

9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.

10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.

Usul Sepupuh yang digagaskan amat cantik. Namun setelah tiga tahun digagaskan sejauh mana pelaksanaannya oleh pihak kerajaan? Kenapa pihak YB Seguntang tak perasan dengan apa yang berlaku? Kes-kes penghambatan setinggantiwi di sekitar Ibu Negara dan Negeri Bersebelahan mungkin dianggap terpencil di mata YB Seguntang dan rombongan. Rata-rata kalau dilihat YB Seguntang dan ahli rombongan duduk di Rumah Atap Batu milik kerajaan. Malah ada yang membina Mahligai Air Mata.

Saya pohon pihak YB Seguntang memuhasabah kembali ke mana sebenarnya pihak kerajaan nak bawa kami selaku rakyat ini? Adakah dengan apa yang berlaku sekarang adalah apa yang dihajati selama ini?

Islam telah menetapkan dalam banyak nash bahawa pemimpin/penguasa berkewajipan memelihara kemaslahatan(kebajikan) umat. Ibn Umar menuturkan bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Seorang pemimpin adalah pemelihara atas manusia dan dia akan diminta pertanggungjawaban atas(pemeliharaan kemaslahatan )mereka" (HR al-Bukhari dan Muslim.)

Bahkan Rasulullah saw juga pernah bersabda:

"Pemimpin suatu kaum adalah pelayan mereka"(HR Abu Nu'aim)


Jangan sekadar pandai melakar namun pelaksanaannya bertentangan dengan apa yang digagaskan. Kesian bagi yang mahu membina, penat membina ada yang merobohkan.

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai