"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


22 Mac 2007

Dr Masyitah Angau ke?

Tutup aurat penting

BENARKAH amalan orang yang tidak menutup aurat tidak akan diterima Allah? Ramai memberitahu saya mengenai hal ini, tetapi mereka tidak memberikan hujah kukuh. Boleh Datuk terangkan mengenai kemusykilan ini?



HANI
Seremban


Segala amalan hanya Allah Yang Maha Pengasih dan Pengampun yang menentukan sama ada diterima atau tidak.

Perlu kita ketahui bahawa menutup aurat termasuk dalam suruhan Allah yang sama pentingnya dengan perintah lain seperti solat, walaupun ia bukan rukun iman atau rukun Islam.

Apabila kita melakukan dosa besar, segala amalan kita akan terapung selagi kita tidak bertaubat.

Namun, tidaklah sampai ke tahap segala amalan kita tidak diterima kerana mendedahkan aurat.

Sebagai seorang yang beragama Islam, segala perintah Allah hendaklah ditaati, walaupun ia lambat. Waalahu a’lam.




Ulasan saya:

Mukminkah kita jika percaya Al Quran tapi huruf alif di Al Quran tu tak percaya?

Muslimkah kita jika solat itu memang wajib, dalam rukun Islam itu semua wajib, tapi kewajipan-kewajipan lain kita abaikan?

Beriman kepada Allah tidak sekadar menyatakan "aku beriman kepada Allah". Bahkan lebih dari itu dengan thabat dalam hati, amal dengan perbuatan dan lafaz dengan lisan.

Pembetulan kepada tajuk persoalan "TUTUP AURAT ITU WAJIB"

4 ulasan:

  1. akmal, aku rasa takde masalah dengan jawapan drmashitah tu. Betul rasanya apa yang dia jawab.

    dia menyatakan bahawa menutup aurat sama penting dengan solat

    soal berdosa tetap dosa, tapi soal allah terima atau tidak, itu soal lain. ke ada dalil yang menyatakan membuka aurat menyebabkan amalan tertolak?

    setahu aku, kalau pergi menilik nasib dengan tukang ramal barulah solat dan amalannya tertolak, dengan sebba pergi berjumpa tu.

    kalau buka aurat, dosa tetap dosa. lainlah kalau solat buka aurat, tu batallah solat.

    BalasPadam
  2. Masalahnya, dengan jawapan yang dia beri, tiada kekuatan lagi untuk si penyoal tu nak sama pentingkan atau sama wajib dengan perkara-perkara lain.

    kenapa perlu menyatakan ianya BUKAN dari rukun iman dan Islam, walupun tak tertulis dalam rukun Iman atau Islam tetapi ia dah termasuk. Seperti dalam rukun Iman memadai dengan menyakan Beriman kepada Allah bukan?

    Kita kena nyatakan kekuatan dalam hal-hal yang wajib qate'i.

    sebab tu masih lagi ramai yang simpang siur dalam hal wajib2 ni.

    Terbeza-beza dengan kewajipan lain. Maka peranan orang agama nak menjelaskan kepada mad'u tu dengan menyatakan 'kekuatan' dalam hal-hal ini.

    Pada mulanya aku meraa tiada kisah dengan jawapannya, tetapi lama-lama aku amati. Tak boleh dibiarkan.

    Just my opinion, aku memandang, ianya bermasalah. Tidak pada zaki.

    Negative thinking, sejauh mana tidak eloknya? Heh

    Wallahua'lam.

    BalasPadam
  3. huhu...hujah dr. masyitah pasal kerja gro x salah dulu pon dah cukup kontroversi..ni plak pasal aurat..huhhu..agak2 nyer klu tanyer soklan ni kat mufti perli yg terbaru ni kan...hehe mesti lagi gempaq jawapan dia..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai