"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


03 Februari 2008

50 Tahun camna?

18 tahun terlalu lama Pas di Kelantan

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Tempoh 18 tahun Pas memerintah Kelantan adalah terlalu lama dan sudah sampai masanya Barisan Nasional (BN) menawan semula negeri itu supaya lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan di Kelantan.

Sehubungan itu, ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mustapa Mohamed berkata, seluruh jentera parti perlu bekerja keras pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kemenangan BN.

Beliau yakin BN boleh menawan semula Kelantan kerana rakyat negeri itu sudah menyedari hanya BN dapat membela nasib mereka menerusi pelbagai program pembangunan dan kemudahan yang disediakan.

''Sudah sampai masanya BN mengambil kembali Kelantan daripada Pas kerana sudah lama sangat (berada di bawah Pas).

''Justeru, apa yang penting pada pilihan raya kali ini kita mesti kerja habis-habisan dan saya yakin UMNO boleh menang di Kelantan,'' katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. dengan Kolej SEGI di sini hari ini.

Ia ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Hushamuddin Yaacob dan Pengerusi Kolej SEGI, Datuk Pahamin Rejab.

Pada pilihan raya umum tahun 1990, Pas memenangi enam kerusi Parlimen dan 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan.

Mustapa yang juga ahli Parlimen Jeli berkata, berdasarkan pemerhatiannya tidak ada sebarang cabaran di Kelantan yang boleh menyebabkan BN tewas pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ini kerana Pas sering menabur janji -janji kosong kepada rakyat sedangkan BN tidak berjanji sebaliknya sentiasa berusaha menjaga kebajikan serta pendidikan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, pemansuhan yuran sekolah serta pemberian buku teks percuma adalah antara contoh keprihatinan kerajaan BN terhadap kebajikan dan kepentingan rakyat.

''Maka rakyat tidak perlu lagi mendengar semua janji-janji kosong Pas itu,'' ujarnya.

Sementara itu, menurut Hushamuddin, MoU yang ditandatangani hari ini bertujuan menubuhkan dana pendidikan Karangkraf-Kolej SEGI dengan pihak Karangkraf memperuntukkan RM10 juta bagi membiayai yuran pelajar kolej tersebut untuk tempoh 10 tahun.

Beliau berkata, peruntukan itu khusus untuk pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.

''Dana ini terbuka kepada semua warganegara yang berminat melanjutkan pengajian daripada peringkat sijil hingga ke sarjana.

''Apa yang menarik ialah pelajar yang tamat pengajian akan ditawarkan jawatan di Kumpulan Karangkraf,'' jelasnya.


50 Tahun Terrrrrlalu lama BN memerintah Malaysia!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai