"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


14 Februari 2008

Maaf, tak dapat balik mengundi!

Rasa seperti terkilan, setelah mengetahui pembubaran parlimen semalam (13 Februari 2008), aku masih di sini. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan salah seorang pengundi berdaftar, rasa seperti terkilan kerana tidak dapat pulang ke tanahair menunaikan tanggungjawab sebagi pengundi.

Teringat ketika umur aku masuk 21 tahun dahulu, pada tarikh 5 Januari 2004 aku semangat terus mendaftar sebagai pengundi di pejabat pos Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Namun semangat untuk mengundi pada tahun ini berkubur begitu sahaja. Kerana aku masih di sini.

Tertera profil aku di daftar pemilih di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.


Bermula tahun 1995 hingga 2004, aku hanya sebagai pemerhati sahaja. Namun pada kali ini boleh mengundi, cuma takdir Allah aku masih di sini. Cuma kalau ada orang yang nak belanja balik Malaysia untuk PRU kali ini, alhamdulillah.

Aku tetap berdoa semoga peminpin yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan Islam menang dalam pilihanraya kali ini.

Salam dari bumi anbia.

Panduan Memilih Pemimpin - Dr Haron Din

"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."

Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan kepada umat Islam memilih pemimpin pada pilihan raya umum akan datang.

"Pemerintah, pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu," katanya ketika hubungi Harakah.

Kata Haron Din umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik Abu Bkar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad.

"Kini giliran kita memilih pemimpin berpandukan kepada kaedah syarak untuk mewakili rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya akan datang," katanya ketika dihubungi Harakah.

Syarak katanya menentukan rakyat memilih pemimpin sepertimana melantik imam di dalam solat jemaaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.

"Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah," katanya

Beliau turut memberi contoh bagaimana Bani Israel pada zaman dahulu menghendaki pemimpin dan meminta Allah memilih, namun pilihan tersebut iaitu Taalut dibantah mereka kerana calon tersebut tidak berharta.

Lalu Nabi ketika itu menjelaskan bahawa walaupun Taalut tidak berharta tetapi mempunyai ilmu yang tinggi dan akhlak mulia serta berani, katanya.

"Umat Islam boleh merujuk ayat 247 surah al-Baqarah sebagai panduan dan tips untuk memilih pemimiin dalam pilihan raya akan datang," katanya

Dalam pada itu beliau melarang para pengundi memilih individu yang menggunakan hartanya untuk membeli undi dan tercalar akhlaknya.

"Taatilah pemerintah bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam al-Quran," katanya.

1 ulasan:

  1. Mohd Zaki said:

    nama aku pun dah ada dalam daftar pemilih. Ingat berpeluang mengundi masa aku balik tahun lepas, rupanya... huhu

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai