Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meninggalkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung serangan tentera Zionis di Genting Gaza.
Dalam detik paling dramatik yang jarang berlaku pada forum dunia itu, Erdogan berjalan keluar melintasi Peres dan Setiausaha Agung PBB.
Erdogan sedih kerana hadirin yang terdiri daripada elit politik dan tokoh perniagaan memberi tepukan menyokong ucapan Peres mengenai kewajaran serangan ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 1,300 penduduk.
Sekembalinya dari Davos, Erdogan semalam diberi sambutan sebagai wira oleh ribuan rakyatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul.
Aku tahu berita ini pun dari mulut Dr Hatta Ramli, ketika Ceramah Umum yang diketuai oleh Presiden PAS, dan 9 orang ahli parlimen PAS di Dataran Kompleks Melayu Hayyu A'syir malam tadi. Balik ke rumah terus sahaja aku layari Youtube untuk melihat sendiri bagaimana situasi sebenar.
Erdogan, Erdogan... Ada di kalangan kami di Malaysia menjadikan kamu 'icon kebencian' dalam perjuangan Islam. Namun hakikatnya hanya Allah sahaja tahu apa yang ada di dalam hati kamu. Tidak perlu gusar jika anda digelar PUAK ERDOGAN. TAHNIAH ERDOGAN!!!
Kalaulah aku... bukan berforum lagi dah, rasanya hinggap buku lima pada muka Shimon Peres.
Hampir sebulan tak update blog. Hari ini baru habis peperiksaan awal semester. Tinggal satu lagi semester berbaki 9 subjek yang perlu dilangsaikan. Balik dari "garaj" peperiksaan tadi ramai siswa di kalangan arab tempatan yang berpusu mahu pulang ke kampung halaman masing-masing. Menggalas dan mengangkur beg terus ke 'Hentian Puduraya'. Yang menariknya, hentian Ramses umpama hentian utama segala bentuk pengangkutan awam utama, kecuali kapal terbang la. Bas awam untuk pulang ke tempat saya pun agak lengang. Tidak seperti selalu yang terpaksa berhimpit-himpit. Namun hakikatnya itulah 'buah tangan' saya bila pulang ke tanahair. Pengalaman di negara orang bukan mudah nak perolehi. Segala pengalaman semestinya ada pengajaran. Alhamdulillah.
21 Januari 2009, lahir seorang lagi anak saudara. Kali ini dari kakak saya yang keempat. Tahniah buat abang ipar Nazli dan kakak Nor Anizah dikurniakan bayi yang comel. Cuma anak saudara lelaki tak kunjung tiba lagi. Sejak adik beradik saya kahwin, baru seorang anak sudara lelaki. Itupun dah besar panjang, 'panjang' dia lagi dari Paksu dia ni. Dah sampai mesir pun sekali dengan Paksu dia ni. Paksu dia ni tak habis-habis mengaji. Nasib badan, alhamdulillah. Sekarang dah 9 orang anak saudara yang terkumpul ngeh ngeh ngeh. Alhamdulillah.
Lega dan lapang bila semuanya telah ditulis pada kertas-kertas jawapan. Jadi, terpulang kepada pemeriksa untuk menilai segala bentuk jawapan yang diberi. Itupun jika dia boleh nilai ianya sebagai jawapan. Padanlah dengan soalan-soalan yang sangat-sangat memerah kepala otak ni. Kita hanya mampu berdoa. Alhamdulillah.
Gambar 2: Nayli Batrisya bte Nazli
Festival Buku Antarabangsa Mesir kali ke 43 telah berlangsung seminggu, tinggal seminggu lagi untuk saya kunjungi. Namun lemah memikirkanya, kerana tak mungkin saya boleh membeli kitab-kitab yang saya inginkan jika saya pergi sekalipun. Kerana tak mempunyai wang lebihan untuk membeli kitab-kitab yang berjilid. Kerana yang ada pun untuk keperluan rumah yang wajib setiap bulan. Saya hanya tumpang gembira dan manfaat bagi sahabat-sahabat yang ada rezeki lebih dapat beli kitab-kitab yang dihajati. Semoga 'anak-anak' saya akan datang dilimpahi rezeki untuk menebus semula kitab-kitab ayahnya ni hehehe. InsyaAllah.
Sejak dalam bulan peperiksaan ini, saya hanya membaca dan melihat sahaja apa yang berlaku di Malaysia, Mesir dan Palestin. Tiada yang boleh dilakukan cuma ada beberapa tugas yang tak seberapa yang sempat saya sumbangkan kepada Komiti Minipavilion. Itupun sekadar mengemaskini boleh yang sekian lama ditinggalkan. Jutaan penghargaan buat Ustaz Abdul Muin yang tak putus meletakkan berita di kala meledaknya serangan menggila Israel ke Gaza. Hinggakan satu hari menjangkau 1000 pengunjung ke blog tersebut. Memandangkan Mesir merupakan negara yang berjiran dengan Palestin. Semestinya pengunjung-pengunjung mengharapkan berita dan laporan yang segar. Namun pihak kami yang melakukan apa yang termampu. Alhamdulillah.
Kuala Terengganu telah melakar sejarah tersendiri. Pilihanraya Kecil tersebut umpama bertemunya buku dengan ruas. Seperti Manchester United bertemu Arsenal. Pilihanraya kecil yang hanya kecil pada namanya, hakikatnya mendapat liputan seluruh dunia. Apatah lagi dunia sekarang dihujung jari kita. Tak perlu saya nak ulas berkenaan dengan PRK ini, kerana ada keputusan awal telah saya ketahui lebih awal, kerana saya juga buat undian bagi mereka yang menjengah ke blog ini. Pas menang di Kalami. hehe. Alhamdulillah.
Mungkin entry kali ini merupakan tanda rehat seketika, bagi menumpukan kepada peperiksaan yang bakal muncul 15 Januari nanti. Musim exam kali ini bukan sekadar musim exam, namun ianya diserikan dengan strawberry dan abu shuroh (buah oren) yang sememangnya berlambak ketika musim winter ni.
Sejak musim sejuk ini, berkali-kali juga tangan ini membeli buah strawberry. Bukan senang nak dapat kat Malaysia. Kalau ada pun kat Camaron Highland, tu pun bukannya sedap sangat. Berbeza di mesir ini, segar dan manis. Dijual di gerai-gerai tepi jalan sahaja. Rata-rata harga sekarang masih LE5 sekilo. Harganya akan jatuh mungkin sebulan dua akan datang.
Semalam pertama kali buat air strawberry, tapi rasanya bukanlah seperti enak rupanya. Bila dah jadi air tak sama seperti dalam kotak. Namun tetap dihabiskan dengan potongan-potongan strawberry dan abu shuroh serta aiskrim perisa strawberry dan vanila (sejuk-sejuk pun makan aiskrim hehe) . Mesti korang dapat bayang punya camna. Simple jer buatnya.
اللهم إنا نجعلك في نحورأعدائنا ونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم يا الله يا الله يا الله اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهم وانصرنا عليهم
"Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai Tuhan yang gagah perkasa Wahai Tuhan yang penuh raksasa Wahai Tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab, kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka."
"Ya Allah, Peliharalah kedua ibubapaku, dan ampunilah dosa mereka. Pimpinlah mereka dengan hidayah dan tempatkan mereka di syurgaMu di akhirat kelak, selamatkanlah kami sekeluarga dari api nerakaMu"
"Ya Allah, berilah pertolongan hamba-hambaMu di Palestin, berilah pengajaran yang selayaknya kepada pemimpin Islam yang menjadi proksi israel dan amerika"