"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


31 Januari 2009

Kalau aku lah...

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meninggalkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung serangan tentera Zionis di Genting Gaza.

Dalam detik paling dramatik yang jarang berlaku pada forum dunia itu, Erdogan berjalan keluar melintasi Peres dan Setiausaha Agung PBB.

Erdogan sedih kerana hadirin yang terdiri daripada elit politik dan tokoh perniagaan memberi tepukan menyokong ucapan Peres mengenai kewajaran serangan ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 1,300 penduduk.

Sekembalinya dari Davos, Erdogan semalam diberi sambutan sebagai wira oleh ribuan rakyatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul.

Aku tahu berita ini pun dari mulut Dr Hatta Ramli, ketika Ceramah Umum yang diketuai oleh Presiden PAS, dan 9 orang ahli parlimen PAS di Dataran Kompleks Melayu Hayyu A'syir malam tadi. Balik ke rumah terus sahaja aku layari Youtube untuk melihat sendiri bagaimana situasi sebenar.

Erdogan, Erdogan... Ada di kalangan kami di Malaysia menjadikan kamu 'icon kebencian' dalam perjuangan Islam. Namun hakikatnya hanya Allah sahaja tahu apa yang ada di dalam hati kamu. Tidak perlu gusar jika anda digelar PUAK ERDOGAN. TAHNIAH ERDOGAN!!!

Kalaulah aku... bukan berforum lagi dah, rasanya hinggap buku lima pada muka Shimon Peres.



3 ulasan:

  1. Tahniah! Erdorgan lambang 'mulut & hati Islam'...meletakkan keberanian & kebenaran dalam musyawarah dengan jiwa-jiwa gelap yang tidak paham bahasa. Maklumlah sudah banyak meragut jiwa-jiwa Islam... geram! Mujo kemarahan dan kekecewaan Erdorgan di situ tidak sampai ada yang kena kasut~

    BalasPadam
  2. Rakyat turki menganggapnya hero, dunia Islam seperti terasa kembalinya khilafah Islamiyah di Turki..

    BalasPadam
  3. alamak, video dah di'remove' la. tak sempat nk tengok. buruk2 manusia bukan buruk semuanya, masih ada yang indah kerana penciptanya Allah yang maha kasihkan hamba2Nya.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai