"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


29 Januari 2009

Alhamdulillah

Gambar 1: Dalam Masjid Al Azhar

Hampir sebulan tak update blog. Hari ini baru habis peperiksaan awal semester. Tinggal satu lagi semester berbaki 9 subjek yang perlu dilangsaikan. Balik dari "garaj" peperiksaan tadi ramai siswa di kalangan arab tempatan yang berpusu mahu pulang ke kampung halaman masing-masing. Menggalas dan mengangkur beg terus ke 'Hentian Puduraya'. Yang menariknya, hentian Ramses umpama hentian utama segala bentuk pengangkutan awam utama, kecuali kapal terbang la. Bas awam untuk pulang ke tempat saya pun agak lengang. Tidak seperti selalu yang terpaksa berhimpit-himpit. Namun hakikatnya itulah 'buah tangan' saya bila pulang ke tanahair. Pengalaman di negara orang bukan mudah nak perolehi. Segala pengalaman semestinya ada pengajaran. Alhamdulillah.

21 Januari 2009, lahir seorang lagi anak saudara. Kali ini dari kakak saya yang keempat. Tahniah buat abang ipar Nazli dan kakak Nor Anizah dikurniakan bayi yang comel. Cuma anak saudara lelaki tak kunjung tiba lagi. Sejak adik beradik saya kahwin, baru seorang anak sudara lelaki. Itupun dah besar panjang, 'panjang' dia lagi dari Paksu dia ni. Dah sampai mesir pun sekali dengan Paksu dia ni. Paksu dia ni tak habis-habis mengaji. Nasib badan, alhamdulillah. Sekarang dah 9 orang anak saudara yang terkumpul ngeh ngeh ngeh.
Alhamdulillah.

Lega dan lapang bila semuanya telah ditulis pada kertas-kertas jawapan. Jadi, terpulang kepada pemeriksa untuk menilai segala bentuk jawapan yang diberi. Itupun jika dia boleh nilai ianya sebagai jawapan. Padanlah dengan soalan-soalan yang sangat-sangat memerah kepala otak ni. Kita hanya mampu berdoa.
Alhamdulillah.

Gambar 2: Nayli Batrisya bte Nazli

Festival Buku Antarabangsa Mesir kali ke 43 telah berlangsung seminggu, tinggal seminggu lagi untuk saya kunjungi. Namun lemah memikirkanya, kerana tak mungkin saya boleh membeli kitab-kitab yang saya inginkan jika saya pergi sekalipun. Kerana tak mempunyai wang lebihan untuk membeli kitab-kitab yang berjilid. Kerana yang ada pun untuk keperluan rumah yang wajib setiap bulan. Saya hanya tumpang gembira dan manfaat bagi sahabat-sahabat yang ada rezeki lebih dapat beli kitab-kitab yang dihajati. Semoga 'anak-anak' saya akan datang dilimpahi rezeki untuk menebus semula kitab-kitab ayahnya ni hehehe.
InsyaAllah.

Sejak dalam bulan peperiksaan ini, saya hanya membaca dan melihat sahaja apa yang berlaku di Malaysia, Mesir dan Palestin. Tiada yang boleh dilakukan cuma ada beberapa tugas yang tak seberapa yang sempat saya sumbangkan kepada Komiti Minipavilion. Itupun sekadar mengemaskini boleh yang sekian lama ditinggalkan. Jutaan penghargaan buat Ustaz Abdul Muin yang tak putus meletakkan berita di kala meledaknya serangan menggila Israel ke Gaza. Hinggakan satu hari menjangkau 1000 pengunjung ke blog tersebut. Memandangkan Mesir merupakan negara yang berjiran dengan Palestin. Semestinya pengunjung-pengunjung mengharapkan berita dan laporan yang segar. Namun pihak kami yang melakukan apa yang termampu.
Alhamdulillah.

Kuala Terengganu telah melakar sejarah tersendiri. Pilihanraya Kecil tersebut umpama bertemunya buku dengan ruas. Seperti
Manchester United bertemu Arsenal. Pilihanraya kecil yang hanya kecil pada namanya, hakikatnya mendapat liputan seluruh dunia. Apatah lagi dunia sekarang dihujung jari kita. Tak perlu saya nak ulas berkenaan dengan PRK ini, kerana ada keputusan awal telah saya ketahui lebih awal, kerana saya juga buat undian bagi mereka yang menjengah ke blog ini. Pas menang di Kalami. hehe. Alhamdulillah.

2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum WBT...

    Mabruq untuk;

    1) Kelahiran kholifah baru dalam keluarga anta. Moga bertambah rezeki keluarga dan kebaikan umat Islam [ana juga sedang menanti kelahiran baby kedua kakak]

    2) Selesainya imtihan semester ini. Moga terus berusaha untuk kejayaan akan datang. Mohon dimurahkan rezeki bagi hajat-hajat yang baik. Allah Maha Mendengar. [bukan saja kitab, insyaAllah kilang kitab pun boleh beli... hehe]

    3) PKR di KT & Kalami. Kemenangan yang perlu disyukuri dan dihargai untuk menjana kebaikan seluruh ummah. Menang jangan sombong, kalah jangan sedih. Tiada yang sia-sia, melainkan ada hikmahNya.

    Moga anta dan sahabat seperjuangan semua sentiasa thabat di bumi anbiya'... Amin~

    BalasPadam
  2. Alaikumsalam

    1. Ohh yeke, harap2 semuanya bakal selamat. InsyaAllah

    2. InsyaAllah, hanya pada Allah berserah.

    3. Alhamdulillah, harap2 berpanjangan hingga ke PRU akan datang.

    InsyaAllah, same2 kita berdoa.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai