Pulang dari Tanta (salah sebuah negeri di Mesir) malam tadi kira-kira jam 11.30 malam, terkejut dengan keadaan dapur yang seperti berlaku kecurian. Tetapi nampak yang lain tidur nyenyak seperti tidak berlaku apa-apa. Juga respon baik dari Saufi berkenaan dengan hal dapur ini. Juga sekembalinya Ishaq dan Basir yang malas saya nak tanya dari mana mereka. Tidak mahu melengahkan masa, terus sahaja mengemas dapur yang berantakan. Rasa tak lena nak tidur bila mata ni nampak hal sedemikian.
Selesai dapur, buka komputer melihat berita yang tertinggal sejak awal pagi. Kesemua rangkaian berita internet dari media arus perdana dan alternatif membuatkan aku terkejut dan bingung. Apa sudah jadi? Nampak seperti tidak menentu di Perak. Sebelum itu ADUN Bota berhijrah ke Pakatan Rakyat. Tapi kini, dua ADUN PKR di Perak yang sebelum ini didakwa atas kesalahan menerima rasuah diberitakan hilang yang timbul banyak spekulasi.
Diberitakan lagi, speaker DUN Perak menerima surat perletakan jawatan 2 ADUN tersebut, bermakna akan berlaku lagi pilihanraya kecil. Kemudian, dinafikan lagi oleh dua wakil rakyat tersebut dan mahu mencabar speaker atas kesahihan surat tersebut. Tetapi, speaker terus menjalankan tugas seperti biasa dengan menghantar notis kepada SPR atas kekosongan dua kerusi DUN iaitu di Behrang dan Changkat Jering. MB Muhammad Nizar pun telah mengadap Sultan Perak. Dengar-dengar MUNGKIN DUN PERAK DIBUBARKAN.
Hal ini, membuatkan aku hanya boleh memerhati dalam masa ini, tanpa mahu membuat apa-apa kesimpulan. Namun isu Perak, benar-benar menguji kebijaksanaan Pakatan Rakyat untuk menguruskannya.
Apa yang aku harapkan, segala yang berlaku dan akan berlaku mungkin ada hikmah besar.
Wallahua'lam
kalut + xfhm dengan masalah ni, ini antara sebab saya mmg kurang yakin dengan PKR semenjak hari pertama ditubuhkan lg.
BalasPadamTapi tak mengapalah, selagi gerakan Islam (PAS) memperolehi kebaikan dengan adanya PKR untuk merialisasikan hasrat menjadikan Malaysia negara Islam sempurna, boleh la saya memberikan sedikit walak padanya.
Tunggu dan lihat sahajalah, ini antara "peluang keemasan" drp musuh Islam daripada UMNO dan BN serta lainnya yang sentiasa menunggu situasi "retak nanti belah" ini.