Durhaka. Mudah benar puak-puak UMNO mengungkapkan perkataan ini kepada MB Perak Mohd Nizar. Tak ketinggalan Mufti Perak. Mudah sahaja membuat kesimpulan mendakwa Nizar durhaka. Apakah dengan situasi 'politik tempoyak' (pinjam istilah MSO) di Perak, begitu mudah Nizar didakwa mendurkaha kepada Sultan Perak?
Dengan mood rakyat menolak Barisan Nasional setelah beberapa siri pilihanraya kecil membuktikannya. Tiba-tiba UMNO meletakkan Sultan Perak dalam keadaan seperti membelakangkan keadilan kepada rakyat. Situasi di Perak tidak sama seperti yang pernah berlaku di Kelantan dan beberapa buah negeri dahulu. Ini kerana BN tidak mendapat majoriti melebihi 2/3 dari Ahli Dewan Undangan Negeri. Bahkan kerusi yang dimiliki BN sama dengan PR masing-masing 28 kerusi. Manakala 3 orang ADUN yang mendakwa memberi sokongan kepada BN hanya sebagai ADUN bebas. Jika 10 atau 15 orang ADUN PR melompat ke BN munasabah Sultan tidak bubarkan DUN. Maka undi tidak percaya kepada MB dibuat.
Apakah hukuman Nizar jika durhaka dalam keadaan ini? Apakah moral yang boleh kita ambil dari peristiwa Jebat dan Tuah? Apakah dengan titah Sultan yang ternyata membelakangkan keadilan kepada Tuah membuatkan kita butakan mata dan memekakkan telinga? Begitu juga di Perak, apakah 54 peratus undi popular kepada PR dalam pilihanraya umum lalu tidak menjadi pertimbangan Sultan?
Lihat kepada penjelasan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din:
Merujuk pada sejarah Islam bagaimana seorang alim ulama yang masyhur Izzudin Abdul Salam yang berani menyatakan kebenarannya walaupun di hadapan Sultan sehingga beliau akhirnya dibuang daerah.Apakah hak melayu, Islam tergugat sepanjang 11 bulan? Benar, Sultan menjadi payung kepada rakyat. Jika di zaman dunia tanpa sempadan, dan dunia di hujung jari kita. Apakah perkiraan Sultan perak itu benar-benar menyenangkan hati rakyat Perak? Malah saya yakin, juak-juak UMNO pun merasa tidak patut berlaku begitu. Bahkan ada sebahagian mereka telah memikirkan kesan pada PRU akan datang.
Menurutnya, keberanian ulama di zaman ini amat diperlukan khususnya untuk menangani kegawatan suasana politik dunia dan tempatan yang semakin meruncing.
"Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan,"
Bab-bab durhaka ini, saya tidak mahu membawa kepada cara dan corak pemerintahan Khilafah Islam sebenar. Oleh kerana Malaysia dilingkungi dengan Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, Sultan dengan sifat monarki-nya perlu berpijak di dunia nyata. Sultan dan Raja zaman sekarang jangan menganggap diri tu selamanya atas istana kayangan. Anak beranak dilimpahi kesenangan yang selagi sistem monarki ini berjalan. Lihat sahaja bagaimana kejatuhan Khilafah Uthmaniah dijatuhkan. Mungkin sejarah-sejarah Islam jauh dari mata orang-orang istana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan