Persoalan berkenaan tabarruj muslimah sering menjadi perdebatan di antara kita. Namun sedarkah kita, kenapa ianya tercetus? Dari sudut mana ianya dibahaskan? Apakah yang menjadi kayu pengukur tabarruj seseorang muslimah itu? Apakah sempit dan sesak sangat pandangan Islam terhadap tabarruj?
Benar, persoalan-persoalan di atas bukan mudah untuk dibahaskan dengan semuka lembaran atau dengan lembaran muka blog. Namun bila manusia khususnya muslimah itu sendiri, merealisasikan definisi Hamba Allah dengan sebaiknya, mungkin ianya tidak rumit. Malah terlalu mudah. Jadi, apa yang menjadi payah?
Saya bukanlah orang selayaknya utuk bercakap tentang hal ini. Tetapi bila sering berlaku di hadapan saya dan saya sendiri sering terkena degan situasi ini. Justeru, saya merasakan paling tidak saya menulis sesuatu berkenaan dengan hal ini.
Tak semua senang dengan cara penyampaian saya, tetapi itulah saya dan mungkin sesempoi nahu bahasa saya gunakan.
Berselisih
Seriing saya berselisih dengan muslimah yang lengkap menepati syarak berpakaian. Tetapi sering itu juga saya seperti ditarik hidung ini dengan haruman-haruman yang mencucuk. Kenapa? Saya bertanya kepada diri. Apakah mereka tidak faham? Saya lihat dari hujung kaki hingga hujung kepala, agak mustahil mereka tidak faham bagaimana anjuran Islam terhadap kaifiat berketerampilan. Bagaimana kondisi mereka bila bersama bukan mahram dan bukan mahram.
Nah! Wahai muslimah, apakah yang mendorongkan kamu bergentayang begitu? Apakah yang manjadikan kamu sukar memahami visi berketerampilan Muslimah itu sendiri? Terbataskah tangan dan kaki kamu bila dibaluti kafiat seseorang mukminah?
Busuk
Mungkin, kurang selesa dengan keadaan busuk? Wangi lawannya busuk. Wangi menyenangkan dan busuk membuatkan tidak selesa. Berjanjikah kamu akan sering berwangian da berketerampilan menarik di hadapan suami-suami nanti? Kecil sangatkah dosa mewangi bersama bukan mahram atau kecil sangatkan pahala bila berwangian dan berketerampilan menarik bersama suami?
Lebih bimbangkan kritikan orang lain berbanding suami yang berkecil hati? Tak bernilai rasanya kutukan para malaikat berbanding kutukan rakan-rakan sepejabat, setugas dan lelaki-lelaki bukan mahram.
Melaram
Wah, bukan main melaram nampaknya. Mengalahkan raja sehari. Tetapi sedarkah kamu mata-mata yang melihat kamu? Mungkin nilai orang lain melihat lebih berharga dari mata suami sendiri. Bagi yang bujang, inilah masa melaram, bukan milik sesiapa pun. "Mungkin ada yang tertarik dengan tabarruj aku?"
Nilai sehelai niqab
Hilang nilai niqab dan purdah bila wangian meleret. Bagaikan berbogel yang menyerahkan tubuh kepada bukan mahram begitu sahaja. Ahh, buangkan sahaja niqab-niqab ni! Lebih baik perca-perca kain itu dibuat kain buruk untuk membersihkan meja!
"Aku dah tutup semua! Hanya mata dan dua telapak tangan! Wangi sedikit apa salahnya? Hidung orang lain pun tak terseksa"
Mungkin dua video yang saya sisipkan di sini sedikit sebanyak membantu...

Hijab, Niqab or Nothing
Muslim Women are Beautiful!
Muslim Women are Beautiful!
Assalamu'alaikum WBT...
BalasPadamEm, menarik untuk peringatan semua. Baik muslimah, keluarga, sahabat atau suami muslimah itu sendiri. Saya juga rasa tersindir pada yang benar. Sebagai muslimah, adakalanya saya alpa.
Apa pun diri sendiri adalah agen perubahan jika hati berkehendak. Andai sebaliknya, tiada apa yang indah melainkan terusan mengusung dosa sendiri dan menjana dosa orang lain.
Lets proud to be muslimah in the right way~
salam ust kemal..memang mantap..teguran memang selalu perlu diulang..
BalasPadamrelated link
http://afais.blogspot.com/2007/06/muslimah-auratmu-bukan-mainan.html
@ Aisya Humaira, sama-sama beringat. Kerana kaum adam pun lebih tanggungjawabnya nanti. Banyak tanggungjawab, banyak soalannya. Takut nanti tak terjawab.
BalasPadam@ Mohamadfairuz, Salam, teguran buat diri sendiri juga. Banyak sangat kekurangan. Sekadar peringatan sesama mukmin.
Salam,satu teguran dna kritikan yang membina,em harapnya bukan budak yang berniqab je yang terasa dek kewangian.tetapi ustazah-ustazah yang tak berniqab.coz aku selalu terbau akhwat ni kuat sangat bau minyak wangi nya tu.kadang-kadang satu batu dah bau.Harap pas ni akhwat berjaga-jaga lah,untuk berwangi-wangi.tak salah nak berwangi dengan kawan-kawan praktikalsebelum bersuami.tapi sealin dari suami hukum nya harm,bak mafhum dari hadis nabi umpama “Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian ia keluar, lalu ia melewati satu kaum (orang banyak) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina / tuna susila.” [Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa].hatta hingga ada sahabat menemplak seorang wanita ketika pegi jemaah solat di masjid,supaya dia pulang,fikir-kan lah kalian membawa nama Azhariah,harapnya tak membawa kepada fitnah..maaf lah sengaja menyampeh
BalasPadam