1. Baru 5 September. Baru 5 hari negara aku sambut merdeka kali ke 52. Taklah lambat aku buat catatan sikit. Kali ini sambutan merdeka terkena pada bulan puasa. Kerajaan pun buat sambutan ala kadar (yang sepatutnya begitu) di perkarangan bangunan parlimen. Aku tak tengok siaran langsung tersebut.
2. Dulu-dulu aku suka tengok perarakan sambutan kemerdekaan kat tv. Pagi-pagi dah tercongok kat depan tv. Suasana pagi meriah betul, adik beradik masing-masing kat rumah. Arwah abah pun join kami adik beradik. Tapikan, kami pun dulu tertunggu-tunggu acara Singapore National Day. Sebab acaranya lebih hebat dari Malaysia. Masa sekolah rendah dulu. Apa yang aku tunggu-tunggu perakan bala tentera tak kiralah dari tentara darat, laut atau udara. Sebab kawat diorang smart! Teratur. Paling best ada sekali kereta-kereta kebal, yang membuatkan aku terpegun. Tak tahulah sekarang macam mana.
3. Sepangjang aku hidup kat Malaysia ada beberapa perarakan kemerdekaan yang aku pernah sertai. Antaranya:
- Kali Pertama: Mewakili PAS sebagai salah sebuah parti politik di Malaysia. Masa ni aku masih bersekolah di Madrasah Al Masriah. Tak ingat tahun bila. Ustaz Abdullah Hussin sebagai ketua kontinjen kami. (Antara 1996-1998)
- Kali Kedua: Mewakili Kontinjen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kelantan. Sambutan ini, di sambut di Kelantan. Masa tu aku masih belajar di situ. Tahun berapa pun tak ingat hehe. (Antara 2002-2004)
4. Sejak aku berangkat ke Mesir aku tak sangka pula ada buat sambutan besar-besaran. Kalau kat negara-negara lain aku rasa tak semeriah budak-budak Mesir ni sambut. Kalau kat UK, Australia, Russia, Jordan atau mana-manalah. Aku rasa tak semeriah dan semembazir sambutan di Mesir. Mungkin sekadar ucapan, makan-makan, kibar bendera.
5. Kat Mesir pun aku tak terlepas dari dijadikan kontinjen perbarisan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan anjuran PMRAM.
5. Kat Mesir pun aku tak terlepas dari dijadikan kontinjen perbarisan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan anjuran PMRAM.
- Kali Pertama: Tahun 2007 tak silap aku, mewakili BKPJM. Perbarisan di waktu pagi yang kepanasan pakai baju melayu, bersongket tak bersongkok. Bawa bendera Johor di perkarangan Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA).
- Kali Kedua: Tahun 2007 juga. Juga Mewakili BKPJM. Tapi sambutan kemerdekaan anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.
- Kali Ketiga: Tahun ini. Juga mewakili BKPJM, dan menang perbarisan pulak tuh! Mungkin perbarisan buat waktu malam. Kami agak semangat jugalah. Walaupun aku tak masuk latihan. Hahaha. Sempena Ekspo Gempak PMRAM (Acara sambut merdeka juga lah).
Gambar: Perbarisan Kontinjen BKPJM semasa Ekspo Gempak PMRAM 2009 harituh. Psst!! Korang nampak tak bendera Malaysia besar kat belakang tu? Bendera tu menutup sebahagian Asrama Pelajar Selangor Mesir. Besar kan! Gempak tuh! Gambar ni Chaon punya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan