Telefon bimbit mula berdering. Sejak tamat peperiksaan 28 Jun 2010 lalu, nampaknya hanset aku mula menerima panggilan dan juga beberapa mesej penting. Selama hampir dua bulan ia sunyi dari menerima panggilan mahupun mesej yang penting.
Tapi, aku menjadi serba salah. Kerana deringan dan mesej tersebut membuatkan aku bertanyakan diri sendiri. Sudah bersediakah aku? Ini semua tidak lain tidak bukan kerja-kerja yang terhenti sebelum peperiksaan sebelum ini mula berteriak kepadaku untuk diselesaikan. Bahkan ada kerja-kerja baru yang mungkin memerlukan keringat dan idea ini.
Bagi mereka yang hanya di Mesir duduk dalam kelompok kecil, di luar sana, tanpa menghiraukan hiruk pikuk kebersamaan dalam jemaah dia tidak merasakannya. Bahkan mungkin kehidupan mereka sama sahaja selepas melepasi kepompong peperiksaan.
Bagi mereka yang berjawatan dalam persatuan. Sememangnya peperiksaan bagaikan waktu istirehat panjang. Cuti bagi mereka selepas imtihan bukan cuti dalam erti sebenar, tetapi mereka mula "punch card" untuk memulakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Syabas bagi mereka yang mempunyai tugas-tugas seperti ini. Ini kerana kehidupan mereka penuh makna di sisi mereka yang di bawah dan alangkah baik ianya juga bermakna di sisi Allah SWT.
Namun, ada juga yang sedang menghitung hari. Menghitung hari untuk pulang ke tanah air. Bahkan tiada sudah fikiran mereka di Mesir, hanya tubuh sahaja di sini. Malah ada yang sudah pulang pun ke Malaysia. Terutama sahabat-sahabat yang rapat, tidak ketahuan pun aku yang mereka telah pulang atau akan pulang. Yang ni nak kena nih!!!
Khusus kepada Badan Pengurus PMRAM dan AJKT BKPJM serta AJKT Cawangan PMRAM yang lain, semoga anda sentiasa di bawah lindungan rahmat, diberi pentunjuk untuk melaksanakan tugas.
Assalamu'alaikum WBT. Barangkali, 28 Jun 2010 kot. Hehe, ini tandanya tumpuan ustaz sudah digugah.
BalasPadamSemoga perjalanan yang bersisa ini dipermudahkan hingga ke hujungnya~
@ Izzah Al-Maliziyyah
BalasPadamWaalaikumsalam wbt. Terima kasih sebab tegur. Ana selalu silap dalam bab tarikh2 ni. Banyak kali juga sahabat2 yang tegur tentang hal ni.
semoga diri sentiasa sibuk dalam mengimfakkan diri dalam gerak kerja jemaah
BalasPadam@ Aisyah Humairah
BalasPadamInsyaAllah