"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"
Bukan susah nak sakitkan hati orang, malah kadang-kadang kita tak perasan yang kita telah membuatkan orang lain sakit hati dengan kita. Kalau tak sakit hati pun, terasa hati ngan kita. Apabila hal ini berlaku, bukan senang nak jaga hati mereka. Cuma selama aku hidup ni, hal hati ni malas nak ambil kisah sangat. Tapi ianya penting dalam ukhuwah Islamiyah..ke Islamiah? (betul ke Chaon?)
Pada aku selagi hal-hal hati ini tak berkait dengan hubungan hamba dengan Pencipta, aku malas nak ambil perhatian sangat. Tapi aku dikelilingi dengan manusia yang "suka berhati-hati". Lepak betul!!
Tapi, dulu masa sekolah rendah selalu jugka merajuk, eh! sekolah menengah pun pernah. Pernah tak kawan dengan dia, pernah tak bertegur sapa. Tapi semua tu hal-hal tak penting. Hal-hal budak-budak, sebab tak ajak main layang-layang. Banyak lagilah.
Bila dah mula umur ni nak masuk 25 tahun, juga setelah menempuh alam pengajian tinggi ni, malas dah nak layan masalah-masalah hati ni. Cuma bukanlah masalah "hati mati" atau "buta hati". Tu kes naya!!
Bagaimanapun terpulanglah kepada orang-orang yang mengenali aku, samada adik beradik, kawan-kawan, sahabat handai. Mulai sekarang aku tak kesah.
p/s: Paling tak suka dapur tak kemas lepas masak, tandas kotor!

Dua cahaya mata saudara Mohd Razi bin Musa, adik Hajar dan Khaulah telah mengidap penyakit GLAUKOMA KONGENITAL yang boleh mengakibatkan buta pada mata dua anak beliau.
Saudara Mohd Razi bin Musa yang merupakan penuntut M.A. Usuluddin Pengkhususan Tafsir, American Open University, Kaherah Mesir akan pulang ke Malaysia pada 25 Januari 2008 atas tujuan pembedahan mata kedua-dua anak beliau. Lokasi pembedahan yang dicadang adalah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras Kuala Lumpur.
Kos rawatan untuk kedua-dua cahaya mata beliau dianggarkan berjumlah RM 12,000.00. Justeru,saya melancarkan kutipan derma kilat khusus untuk mengumpulkan sumbangan bagi membiayai kos rawatan dan pembedahan ke atas kedua-dua anak saudara Mohd Razi bin Musa.
Saya menggesa kepada seluruh pengunjung blog ini untuk memberikan sumbangan ikhlas kepada saudara Mohd Razi bin Musa bertepatan dengan roh pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Allah Ibrahim sekeluarga yang telah diabadikan dalam sambutan Hari Raya Idul Adha.
Kepada mana-mana individu yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan kepada saudara Mohd Razi bin Musa, boleh terus berhubung terus kepada saudara Mohd Razi bin Musa di talian +20106592769 @ +20166764502 atau terus menyumbang ke akaun HSBC milik saudara Mohd Razi bin Musa NO AKAUN: 032 036 832 011.
Assalamualaikum
Selamat menyambut I'dul Adha 1428. Di Mesir sambutannya pada hari Rabu, 19 Disember 2007. Bagaimanapun saya difahamkan Malaysia menyambutnya pada Khamis 20 Disember 2007. Tak dapat diketahui kenapa berlaku demikian. Rasanya dah lama perkara ini berlaku, tapi hingga kini masalah ini tidak selesai. Agaknya payah ke nak ikut taqwim yang dirujuk terus apa yang berlaku di Makkah pada musim haji ini?
Majlis Raja-Raja, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti-Mufti perlu lakukan sesuatu. Kerana ini melibatkan ibadah besar ummat Islam. Para alim ulama perlu segera menyelesaikan masalah ini, dan pihak kerajaan perlu sedia menerima apa jua bentuk fatwa yang akan dikeluarkan. Umara dan Ulama perlu berganding rapat dalam hal ini. Bahkan bukan hanya hal-hal tertentu sahaja ulama diguna pakai.
Saya di sini mengucapkan Selamat I'dul adha kepada seluruh ummat Islam yang singgah ke blog ini. Terutama ibu dan keluarga yang berada di Johor, Malaysia. Juga didoakan kepada para hujjaj mendapat haji yang mabrur dan diterima Allah insyaAllah. Semoga kita diberi hidayah Allah dan digolongkan bersama golongan yang benar. Amin
Wassalam
Melihat senario kini, nampaknya artis kita sudah mula menjadi icon yang tidak menghormati agama.Agama bagi mereka seumpama bukan perkara tunjang dalam diri. Bila nak guna, mereka guna. Bila nak tolak tepi mereka tolak.
Sebelum ini kecoh dengan sikap Rosnah Mat Aris dalam rancangan Sensasi yang diterbitkan oleh TV3 suku, isu menghina isteri Rasulullah SAW yang tercinta. Nasib ramai yang perasan dan Rosnah cepat-cepat minta maaf. Taubat kepada Allah tu hal dia lah. Tapi dari lahiriyahnya mcm belum, rambut masih karat alat minah inggeris.Tapi sekarang, jika kita sama-sama perasan. Dalam akhbar-akhbar harian jika dihighlightkan upacara perkahwinan para artis. Terutama artis wanita sudah mula mengenakan tudung. Menutup aurat semasa hari pernikahan. Nampak ayu, sopan dan cantik. Masa tu hati aku berdetik, siapa bilang gadis melayu tak menawan? Sejuk perut mak dia bila tengok anak perempuan diorang camtu. Bukan perut mak diorang jer, perut aku pun sejuk, huhu.
Senario ini rasanya bermula sejak wedding of the year Siti Nurhaliza.
Artis perempuan paling top di Malaysia ni. Kemudian mula diikuti oleh artis-artis wanita lain seperti Erra Fazira dan yang terbaru Sharifah Aleya. Contoh yang baik wajar diikuti. Tapi semestinya faham apa yang diikut dan bukan sekadar menjadikan ianya trend masakini atau sebagainya.
Artis adalah icon hiburan kepada masyarakat. Buka tv muka diorang sana sini. Hatta bulan pose pun artis yang mengaji. Siti juga yang mengaji, elok juga bertudung. Tapi apabila diperhatikan ianya seolah-olah menjadi trend dan sering dipertontonkan satu dunia, maka ianya boleh dianggap seperti menghina agama. Ini kerana apa yang nampak dipermainkan ialah hukum yang qati'e sifatnya. Jelas disebut dalam Al Quran yang bermaksud "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)"
juga ayat yang bermaksud "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir" (an-Nur: 31)
Tiadakah peruntukan undang-undang bagi mereka yang menghina hukum-hukum Allah ini? Nampak seperti kecil. Tapi besar di sisi Allah. Hukum wajib menutup aurat seperti hukum-hukum wajib yang lain. Jika kita lihat ada peruntukan undang-undang bagi pesalah-pesalah yang tidak meghormati bulan ramadhan. Adakah tidak ada peruntukan undang-undang bagi mereka yang menghina hukum Allah? Terutama dalam isu ini? Tunjuk satu dunia elok bertudung, kemudian bila masa bersanding tunjuk satu dunia aku bebas buka tudung. Tapi teringat aku berkenaan dengan kes penangkapan ratu cantik. Ratu dibebas mufti dipecat. Haru biru.
Cacamarba pengetahuan Islam di Malaysia amat parah. Tidak dinafikan jika di sekolah-sekolah dahulu dah diajar bagaimana cara menutup aurat. Namun penekanan pemakainan terhadapnya tidak terlaksana. Cuma ada diperingkat sekolah-sekolah menengah agama. Bahkan menutup aurat ini merupakan salah satu aspek besar dalam syariah Islamiyah. Banyak kitab-kitab ilmiyah yang kadang-kadang membicarakan persoalan aurat sahaja. Hingga beratus-ratus muka surat, pandangan ulama dahulu dan kontemporari kebanyakan tidak jauh berbeza. Bahkan perkara ini ialah perkara usul, dan bukan perkara yang khilaf. Cuma khilaf dari aspek anggota mana yang boleh dibuka bersama mahram dan bukan mahram dan sesama jenis.
Lihat sahaja muda-mudi di Malaysia, berapa ramai yang berpakaian ketat sendat tapi memakai tudung. T Shirt lengan pendek nampak pusat, tapi bertudung. Bertudung tapi nampak leher. Difahami hanya rambut sahaja yang aurat. Lengan bukan aurat. Mungkin rambut mereka berbau busuk atau tidak cantik, lurus berkilat maka tudung menjadi mangsa. Bukan menutup kerana aurat. Tapi kerana sebab lain. Ini belum masuk bab bertudung atas tapi bawah tak bertudung! Kena sambar petir baru tahu!!
Hari ini aku baca utusan meloya. Rasa nak tergelak ada, rasa hairan ada. Apabila Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata "walaupun Hindraf mendakwa bekerjasama erat dengan orang Melayu tetapi ia tidak mengubah fakta bahawa UMNO adalah parti majoriti orang Melayu". Kata-kata ini adalah respon dari kenyataan terbuka peguam dan aktivis Hindraf, P. Uthayakumar yang menyatakan bahawa musuh Hindraf bukan orang Melayu tetapi UMNO.
UMNO sekarang seperti cacing kepananasan. Biarlah samada mendakwa Hindraf diperalat pembangkang atau menuduh Hindraf sebagai pengganas tapi bukan bermakna UMNO terus nampak telus dalam pemerintahan. Kenyataan memperlekeh, menidakkan dan menafikan pandangan suara rakyat menunjukkan UMNO tidak bersama rakyat. Kenyataan-kenyataan atas angin tanpa menyebut fakta yang jelas menunjukkan UMNO merasakan hanya mereka sahaja yang benar.
Bagaimanapun kenyataan Muhammad tadi sangat angkuh dan menafikan keberadaan parti-parti politik lain yang turut sama memajukan Malaysia. Menjadikan Malaysia sebagai ketuanan melayu teramatlah bermasalah. Jika dilihat suasana politik di Malaysia.
PAS sebuah parti politik yang wujud sebelum merdeka. Adakah UMNO juga mahu mengatakan orang-orang yang berada dalam PAS sebagai menikam orang melayu? "piiii giiii daaaa!!!" Bagaimanapun kenyataan Muhammad tersebut dilihat sangat berbahaya seakan berbau hasutan. Menikam bererti mahu membunuh seperti ayat menikam dari belakang. Adakah cara Muhammad mengungkapkan ayat tersebut untuk menaikkan rasa marah orang melayu supaya tidak berpuashati juga dengan kaum lain?
Penangkapan pimpinan parti-parti pembangkang tidak ubah seperti zaman negara kita diperintah oleh British dahulu. Tangkapan pimpinan Hizbul Muslimin dan pengharaman pertubuhan tersebut menunjukkan UMNO sekarang terdidik dengan penjajah dahulu.