Bila Sister In Islam (SIS) didesak supaya dikaji dan diharamkan, banyak songeh betul. Ada yang tak setuju, ada yang kata ekstreme, ada yang kata terlalu keras, ada yang kata melampau dan sebagainya. Tak kurang juga ada yang menunjukkan rasa simpati kepada SIS.
Kenapa ianya sukar nak diharamkan? SIS ini tak silap merupakan pertubuhan yang diasaskan oleh Amina Wadud salah seorang pemuka sesat dalam Islam. Pernah menjadi kontroversi mengeluarkan fatwa wanita boleh imamkan solat bersama lelaki serta saf solat jamaah boleh bercampur lelaki dan perempuan.
"Dalam kebanyakan contoh, mereka menyatakan petikan-petikan ayat Quran dan Hadis bagi menyokong pandangan mereka. Jika kita tidak bersetuju, berikan sebab mengapa kita tidak bersetuju. Tetapi langkah untuk mengharamkannya adalah terlalu keras"
"Gerakan Islam perlu berfikir secara meluas, tidak boleh jumud. Besok, mungkin kumpulan lain pula terkena. Ianya perlukan satu pengadilan yang adil. Saya tidak bersetuju dengan desakan haram mengharam ini."
Cuba kita selidik kenapa kumpulan Ayah Pin kena haramkan? Kenapa juga beberapa kumpulan yang didakwa sesat juga diharamkan? Kumpulan Husin Anak Rimau lah, Kumpulan Rasul Cikgu Kahar lah dan banyak lagi lah! Begitu juga dengan Jemaah Darul Arqam diharamkan.
Mereka bergerak dengan hujah mereka juga. 'Rasul' Kahar juga menggunakan hujah ayat Quran mendakwa beliau merupakan rasul dari kalangan orang melayu. Ayah Pin mendakwa pengasas agama hindu dan layan semua agama kat bumi ni (kerajaan langit).
Sudah tentu pihak berwajib menjalankan tugas mereka menyiasat tentang perjalanan dan aktiviti mereka. Bila bukti dah cukup barulah boleh diharamkan.
Bagi aku SIS sama sesat macam Ayah Pin. Pertikai Hudud dan Qisas, Hukum Faraid, Hukum Menutup aurat yang merupakan hukum yang bersumberkan dalil qatie dalam quran serta ijmak ulama.
8 haribulan Jun, seperti yang saya sebutkan dalam entri sebelum ini, merupakan tarikh tarikh akhir saya tawaquf sebentar. Tetapi lain jadinya. Tadi selesai menjawab kertas Qadhaya Fiqhiyah Mua'sarah (Pemasalahan Fiqh Kontemporari). Lain jadinya kerana satu lagi kertas soalan Bahasa Qadhaya Fiqhiyah Mua'sarah dianjakkan kepada 14 Jun ini. Ini kerana kertas tersebut yang sepatutnya diambil pada 4 Jun ditangguhkan kerana memberi laluan kepada Barrack Hussin Obama, Presiden Amerika yang membuat lawatan ke Kaherah, Mesir. Oleh kerana itu, satu daerah Kaherah diberikan cuti. Kalau Obama datang Malaysia agaknya diberikan cuti kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya?
Kemudian, ada pengumuman tambahan:
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG, Jabatan Syariah Islamiah, Kaherah membuat kejutan hari ini apabila mengumumkan peperiksaan 'ulangan' bagi kertas Usul Fiqh bagi tahun 4. (ehsan dari blog Typeace)
Muktamar Parti Islam Se-Malaysia telah pun melabuhkan tirainya semalam. Alhamdulillah, hampir kesemua calon pilihan saya telah menang dalam mengisi jawatan-jawatan yang dipertandingkan. YB Ustaz Nasharudin Mat Isa dipilih Timbalan Presiden, YB Salahuddin Ayob, Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan YB Dato Mahfuz Omar dipilih sebagai Naib Presiden. Namun YB Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah yang turut menjadi pilihan saya terkandas sebagai Naib Presiden. Namun tak mengapa kerana kelima-lima mereka yang bertanding sebagai Naib Presiden adalah mereka yang terbaik melaksanakan kerja masing. Hinggakan rasanya para perwakilan sukar untuk membuat pilihan terbaik mereka. Ternyata Pas tidak ketandusan pemimpin yang baik. Patah tumbuh hilang berganti.
Unity Goverment (UG) hangat kembali meniti mulut-mulut perwakilan dan media. Ada yang setuju dan ada juga yang membantah. Tapi yang membantahnya bukan calang-calang orang, ianya datang dari Mursyidul Am sendiri Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Idea karut!", itu lah yang diungkapkan oleh Tuan Guru Mursyidul Am berkenaan dengan UG ini. Mungkin terkenang saat-saat Pas bersama Perikatan dahulu, Tuan Guru merasakan tiada relevannya UG ini dilaksanakan malah ianya idea yang karut.
Dalam hal ini, saya sebagai rakyat Malaysia dan ahli Pas khususnya belum membuat sebarang pro atau kontranya dalam hal ini. Ini kerana ia hanya dalam kerangka idea sahaja yang dilontarkan oleh Presiden Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika dunia mula menghadapi kemelut ekonomi. Samada ia dilaksanakan atau tidak, tertakluk kepada bagaimana ianya dimesyuaratkan atau diputuskan jawatankuasa Pas Pusat serta Majlis Syura.
Banyak blog-blog yang pro kepada Pas pun ada yang tidak senang dengan idea tersebut, malah sudah banyak terbitkan artikel-artikel menghentam idea tersebut. Bahkan mengolahkan sendiri situasi kerajaan perpaduan tersebut jika terlaksana. Saya akui bukan mudah sebahagian ahli Pas mahu menukar panji perjuangannya, namun:
adakah hakikat tersebut tidak diakui oleh Presiden?
Adakah dia agaknya tidak tahu apa yang berlaku semasa berlaku kerajaan campuran Pas-Perikatan dahulu?
Adakah dia tidak mengetahui hakikat kerosakan pimpinan UMNO sekarang?
Dan adakah dia langsung tidak mengerti akan gelombang rakyat menolak UMNO-BN dan memberi mandat kepada Pas-Barisan Alternatif dan DAP (Pakatan Rakyat terbentuk selepas PRU-12)?
Dalam suasana begini adakah dia akan membutakan mata dan memekakkan telinga dengan apa yang disuarakan oleh perwakilan?
Persoalan-persoalan ini wajar kita fikirkan bersama. Tetapi malangnya tohmahan dan fitnah yang dilontarkan kepadanya hingga ke tahap gila kuasa dan sebagainya adalah amat keterlaluan.
Yakinlah, kita berdoa bersama semoga Allah memberi petunjuk kepada Tuan GuruPimpinan yang baru dalam hal ini, mana yang sebaiknya. Saya yakin dengan salah seorang anak didik Ikhwan Muslimin Mesir ini. Apa yang saya harapkan hanya Wahdatul Fikr Wal Amal (kesatuan fikrah dan tindakan) wujud dikalangan pimpinan Pas ini, semoga ianya tidak terus menjadi polemik sehinggakan menjadi barah yang merosakan elemen kekuatan gerakan Islam itu iaitu Sam'u wa To'ah (Dengar dan Taat).
Video:Kerajaan Perpaduan menurut perspektif Dr. Abu Hassan Hasullah, Pengasas Pengajian Masa Depan, Universiti Malaya.
Saya memohon maaf kepada pengunjung blog ini. Bermula hari ini, tawaquf sementara dari menulis. Ini kerana, saya bakal menduduki peperiksaan semester akhir pada 18 Mei ini hingga 8 Jun 2009. Segala kekurangan dan kesilapan harap dimaafkan.
Juga kepada rakan-rakan Yahoo Messenger (YM). Saya juga berhenti menggunakan perkhidmatan itu sementara. Jika ada sebarang pertanyaan atau kecemasan boleh hubungi saya terus di talian +2010 876 9138(kalau ada kredit saya balaslah, insyaAllah) atau terus ke rumah saya di Hayyu Al A'syir, Madinat Nasr.
Gambar: Suasana di Majid Al Azhar
Akhir kata saya meminjam kata-kata murabbi saya yang disegani:
"Kita perlu gemilang dalam status keilmuan kita. Status M.A al-Azhar atau PhD al-Azhar atau apa sahaja status ilmu mesti digenggam oleh kita. Mana tahu status-status itu dapat diguna buat kemenangan dan perjuangan Islam di Malaysia secara khusus.
Semoga seluruh mahasiswa Islam di Mesir khususnya dan seluruh dunia umumnya dapat bergelanggang secara serius dalam bidang ilmu kita masing-masing kerana membikin daulah memerlukan kepakaran dari seluruh bidang keilmuan.
Kalaulah dari Mesir contohnya bakal mengeluarkan 50 orang pemegang PhD al-Azhar al-Syarif dan 50 orang doktor pakar dalam bidang perubatan..
Alangkah cerahnya masa depan pemerintahan Islam di Malaysia sehari dua lagi."
Agak lama tidak mendengar berita dari bekas Ahli Parlimen Pasir Mas Al Fadzil Ustaz Ismail Noh. Nama beliau di parlimen tidaklah segah mana-mana ahli parlimen pembangkang lain. Tetapi kelibat beliau sering mendapat perhatian saya sejak mula dia melangkah sebagai ahli parlimen.
Melihat kepada perwatakannya yang kelihatan istiqamah dengan serban, saya teringat ketika bagaimana agaknya pada mula-mula Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Alim sebagai ahli parlimen dahulu. Saya kira-kira ianya tak ubah seperti sosok Tuan Guru Nik Aziz. Tetapi pada pilihanraya 2008 lalu, saya tak pasti adakah beliau diminta atau dengan rela melepaskan tanggungjawab itu kepada Ibrahim Ali yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas walaupun bertanding atas tiket PAS. Saya tak faham, bagaimana orang seperti Ibrahim Ali itu boleh menggantikan kerusi seorang ulama?
Namun, saya sering bercakap sendiri. Agaknya beliau ni bakal menggantikan Tuan Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan kot. Harap-harap begitulah, tetapi dia tidak pun bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri Kelantan, bagi membolehkan beliau dilantik. Mungkin juga beliau mahu berundur dari arena politik tanahair, siapa tahu? Namun bagi saya beliau merupakan sebuah mutiara yang hilang di parlimen dan digantikan dengan Ibrahim Ali yang jauh panggang dari api.
Saya teringat ketika gagasan Islam Hadhari mula-mula diperkenalkan. Beliau antara orang yang lantang mengambil tempat membahasakannya. Debat tersebut dengan Dr Masyitah Ibrahim yang ketika itu sebagai ahli parlimen Baling yang juga setiausaha parlimen di Kementerian Perdana Menteri.
Bagi saya yang duduk di Kelantan selama 6 tahun, saya melihat sosok ini amat sesuai sebagai MB Kelantan akan datang. Cuma saya tak pastilah orang Kelantan sendiri bagaimana. Saya pun tidak pernah bertemu 4 mata dengan beliau, berita terbaru beliau kekal sebagai YDP Pas Kawasan Pasir Mas. Jika ada laman web atau blog beliau, mungkin saya boleh mengetahuinya. Namun saya sentiasa berdoa agar beliau sentiasa sihat dan dipanjangkan umur untuk memperjuangkan Islam di mana-mana sekalipun walaupun tidak lagi di Parlimen.
Gambar dari kiri: Ahli-ahli Parlimen PAS dan PKR selepas PRU 2004. Abdul Fatah Harun (MP Rantau Panjang), Ustaz Ismail Noh (MP Pasir Mas), Salahuddin Ayob (MP Kubang Kerian), Kamaruddin Jaafar (MP Tumpat), Speaker, Wan Azizah (MP Permatang Pauh), Ustaz Abdul Halim Abd Rahman (MP Pengkalan Chepa), Dr Hayati Osman (MP Pendang).