"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


07 Julai 2008

Jom Heboh di JB & Jom Heboh di Kelana Jaya


6 Julai berlangsungnya konsert JomHeboh anjuran TV3suku. Pada masa yang sama konsert "jomheboh" juga berlangsung di stadium Kelana Jaya anjuran Protes. Dapat dijangkakan kononnya pembatalan konsert tersebut untuk menghormati pandangan dari PAS tetapi akhirnya dijalankan juga. Nyanyian yang didendangkan oleh kumpulan bawahtanah betul-betul patut duduk bawahtanah. Protes punya protes sampai minta hadirin jilat botot dia. Apa punya hodoh perangai mamat ni.

Perhimpunan sejuta rakyat protes kenaikan harga minyak sebenarnya gagal dari matlamat asal, dan matlamatnya mungkin tidak sampai. Apa yang nak dirasa risau sangat oleh pihak kerajaan kalau buat di dalam stadium? Tanpa sebarang memo dihantar kepada pihak kerajaan? Ternyata perhimpunan ini gagal. Yang pergi membuang minyak dan letih. Namun tahniah bagi segelintir yang melakukan solat hajat memohon bantuan dari Allah. Semoga hajat kita dimakbulkan.

Dalam hal ini sekali lagi PAS memerlukan sedikit kajian dalam Pakatan Rakyat. Strategi khusus perlu dirangka kerana iklim politik sudah berubah, Islam yang diperjuangkan PAS perlu menghadapi realiti ini. Bagaimana Islam memainkan peranan dan mendapat tempat dalam setiap gerak kerja Pakatan Rakyat. Walaupun PAS adalah komponen yang mendapat kerusi terkecil dalam Pakatan Rakyat namun hal sebenarnya PAS merupakan komponen terbesar dalam Pakatan Rakyat. Rakyat berbilang kaum lebih PAS wajar mengetuai Pakatan Rakyat. Dalam suasana politik yang terumbang ambing sekarang, PAS dilihat stabil.

Kerja PAS bertambah dan perlu dikuatkan lagi. Ia juga perlu dipelbagaikan. Kelab penyokong BUkan Islam sepatutnya menjadi medium penting bagi PAS mengembangkan ajaran Islam kepada bukan Islam. Ianya bukan sekadar medium mencari sokongan politik tetapi juga medium menyampaikan Islam yang diperjuangkan.

Berbalik kepada himpunan sejuta rakyat yang tak sampai sejuta itu. Sebenarnya golongan sosialis dan sekular dalam Pakatan Rakyat masih mahu mendapat tempat di tengah-tengah keserabutan rakyat. Kesedaran mencintai negara tidak sama antara mereka dan Islam yang diperjuangkan PAS. Ternyata, ramai anggota pemuda PAS dari sayap Unit Amal menarik diri dari perhimpunan tersebut. Ini kerana ada pihak langsung tidak menghormati dan menerima hakikat bahawa peranan PAS amat besar dalam menjayakan siri-siri demonstrasi dan perhimpunan aman. PAS mempunyai sejumlah akar umbi yang ramai dan komit dengan perjuangan membela hak rakyat. Ianya pecahan dari perjuangan Islam itu sendiri. Kerja-kerja PAS semata mahu mendapat redha Allah. Tetapi jika apa yang berlaku pada perhimpunan sejuta rakyat tersebut bukan mendapat redha Allah, takut-takut murka Allah yang dapat.

PAS bagi saya perlu juga berdepan dan duduk berdiskusi dengan golongan-golongan sekular dan sosialis ini. Bagi kita mereka yang memimpin fahaman sosialis dan sekular ini bakal menjadi virus dalam merealisasikan perjuangan PAS jika Pakatan Rakyat memerintah.

Lima kerajaan sepatutnya terkehadapan dalam hal-hal mebela nasib rakyat. Apalah salahnya sekiranya gabungan lima negeri ini menghantar memorandum cadangan bagi kerajaan pusat dalam hal-hal membela rakyat. Pertemuan rasmi peringkat kerajaan dilakukan demi membela nasib rakyat. Jika perlu PAS mengasingkan memo dalam bentuk cara penyelesaian cara Islam diberi kepada rakyat, itu lebih baik, dan itulah sebenarnya rakyat mahu dari PAS yang memperjuangkan Islam dan lihat Islam boleh memainkan peranan besar dalam membentuk ekonomi negara.

2 ulasan:

  1. PEMUDA PAS DIKATAKAN 'PENGECUT'(hehe.., sekadar COPY &PASTE dari M'SIA KINI)

    Perhimpunan aman Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang berlalu telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak di seluruh peringkat.

    Saya sebagi pemerhati senario politik tanah air, yang juga mengikuti perkembangan segala bentuk usaha pembangkang memperjuangkan hak rakyat, berasa amat kesal apabila terlalu banyak pihak tampil untuk menjadi hero, seolah-olah merekalah yang mengerti "perjuangan Islam".

    Protes tidak terlepas daripada pemerhatian saya, dari peringkat awal lagi.

    Malah saya sangat yakin bahwa kenyataan media dan pelbagai pendirian dan pandangan yang dikemukakan di media mutakhir ini datang daripada manusia yang teramat ego, dan amat malang sekali mereka ini sedikit pun tidak tahu akan perjalanan sebenar Protes kali ini.

    Dari peringkat awal lagi, sebenarnya saya amat kesal apabila tiada seorang pun wakil Pemuda PAS yang sanggup turun padang bagi menyertai aktiviti Protes ini.

    Tahukah kalian bahawa betapa Dr Mohd Hatta Ramli dan beberapa anggota jawatankuasa Protes daripada PAS terlalu mengharapkan kehadiran para pemuda kita. Namun nyata segalanya hampa.

    Bagaimanapun, dengan segala daya yang ada, beberapa orang anggota jawatankuasa gabungan ini mempertahankan perjuangan kita masih perlu diteruskan.

    Saya pernah bertanya di mana Pemuda PAS tatkala mesyuarat Protes dikuasai oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK)?

    Saya kesal kerana dalam hal ini, di peringkat awal lagi, Pemuda PAS kelihatan pengecut. Mereka menjadi tin kosong yang begitu hebat berbunyi.

    Ketidakbijaksanaan Nasruddin Tantawi menguruskan isu ini sekali lagi menyebabkan saya hilang kepercayaan dengan Pemuda PAS.
    Apapun, seorang pemimpin sepertinya tidak harus bertindak membincangkan isu yang bersifat dalaman dengan menggunakan media yang menjadi tatapan umum (blog).

    Sudahlah Pemuda begitu bongkak dengan tidak menghantar wakil ke mesyuarat Protes, pelbagai kenyataan dan "hukuman" pula yang kalian berikan. Sepatutnya Pemuda PAS yang begitu lantang bersuara perlu berasa malu dengan apa yang terjadi.

    Saya tahu Pemuda telah menghantar wakilnya di saat-saat akhir, pun begitu kehadiran wakil Pemuda begitu dihargai. Bukankah pengisian program telah diamanahkan kepada Pemuda PAS sebagai wakil daripada parti?

    Apabila pengisian tidak seperti yang diputuskan dalam mesyuarat, maka siapakah yang harus dipertanggungjawabkan? Bukankah unit pengisian itu sendiri?

    Kenapa dalam hal ini Pemuda begitu rakus menunjukkan sifat tidak bertanggungjawab dan pengecut?

    Tahukah kalian bahawa begitu tinggi harapan yang diletakkan oleh Dr Mohd Hatta kepada wakil daripada Pemuda yang duduk dalam unit pengisian ini untuk memastikan program berjalan lancar?

    Kegagalan kalian ini, tidakkah kalian harus insafi dan bukannya meletakkan kesalahan itu kepada insan yang telah meletakkan harapannya pada kalian?

    Malah bukan Dr Mohd Hatta sahaja yang meletakkan harapan beliau, beberapa anggota jawatankuasa Protes bukan muslim juga meletakkan harapan mereka. Tetapi kalian tewas kerana ego kalian.
    Apakah Pemuda fikirkan bahawa dengan sikap ini mereka mampu menjadi ejen untuk memasyarakatkan PAS? Tahukah kalian, tindakkan kalian "melarikan diri" sewaktu program sedang berjalan adalah tindakan yang diambil atas rasional politik semata tetapi dari aspek dakwah jelas kalian masih mentah.

    Tidakkah apa yang berlaku di perhimpunan Protes tempoh hari adalah realiti masyarakat kita pada hari ini? Adakah dengan melarikan daripada tanggungjawab terhadap insiden itu kalian telah menyelesaikan tugas dakwah kalian?

    Melarikan diri dari mad'u (sasaran dakwah)! Amat memalukan. Lupakah kalian pada sejarah yang dilakar oleh Hassan al-Banna yang melangkah masuk ke disko, lalu menyebutkan satu kalimah sebagai usaha beliau untuk mengingatkan para anak muda yang ada dalam disko tersebut, dan kalimah tersebut hanyalah Allah.

    Nah, sekarang persoalkan pada diri kalian, apakah yang telah kalian sampaikan pada anak muda dan masyarakat yang memerlukan sinar dakwah pada insiden itu? Mampukah untuk kalian menjawab?

    Saya berasa insaf atas apa yang berlaku, dan ini juga menunjukkan kelemahan PAS dalam aspek dakwah. Kita terlalu ghairah mengisi cabang politik sehingga dakwah bil hal kita, pada keadaan yang memerlukan, amat mengecewakan.

    Tahukah kalian seorang anggota jawatankuasa Protes yang berbangsa Cina telah memeluk (ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan) Kamarulzaman Mohamad tetapi Kamarulzaman telah menepisnya di khalayak ramai. Di manakah akhlak Islam kita?

    Kita harus keras dalam mempertahankan hukum kita, tetapi kita harus selembut-lembutnya dalam menyampaikan. Jelas, Pemuda tidak menjelaskan apa-apa kepada mad'u kita pada insiden itu, sebaliknya melarikan diri dengan penuh amarah.

    Beginikah tarbiyyah PAS?

    Beberapa masa dahulu ada disebut tentang "ego orang agama" - nah tahniah kepada Pemuda PAS kerana buktikan tuduhan tentang "ego orang agama" tersebut.

    Saya tetap tidak bersetuju dengan tindakan Pemuda PAS yang melarikan diri itu walau apa pun alasannya. Kita semua sayangkan Islam, kalau tidak, mengapa kita berada dalam PAS?

    Ketahuilah bahawa tiada sesiapa yang menerima tarbiyyah daripada PAS yang bersetuju dengan apa yang terjadi. Jangan terlalu berasa hebat sehingga memperlekehkan barisan pimpinan yang ada.

    Saya juga kesal dengan PAS Kemaman yang mahukan pemimpin PAS memohon maaf secara terbuka. Sikap semborono menghentam pimpinan tanpa asas dan berdasarkan khabar angin perlu dihentikan.

    Bersifatlah seperti seorang budiman, bersemuka dan minta jawapan daripada apa yang berlaku, bukan dengan menghentam begitu.

    Untuk pengetahuan, Nasharuddin Mat Isa tidak hadir pada malam itu. Justeru, berhati-hatilah menyusun bicara.

    Mudah untuk kalian berbicara, tetapi bukan kalian yang keluar masuk lokap beberapa kali untuk rakyat, dan bukan kalian yang mengusahakan ikat jamin dan urusan guaman, malah mungkin kalian tidak tahu dan tidak pernah mengambil tahu.

    Saya mengharapkan sedikit coretan saya ini dapat menyedarkan kita daripada segala macam kesilapan, dan janganlah kita terus mengulangi segala kesilapan kita.

    Buat Pemuda, saya rasa sudah tiba masanya kalian menjadi lebih realistik dan jatuhkan sedikit ego kalian, ayuh mantapkan medan dakwah dan telusuri seni dakwah dan kepimpinan.

    Bagaimana untuk memimpin negara andai kelompok kecil begini kita sukar menguruskannya?

    Kepada Dr Mohd Hatta dan jawatankuasa Protes, yakinlah Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Belajarlah daripada apa yang terjadi, dan bijaklah dalam merangka dan menggerakkan program- program yang melibatkan orang-orang luar apatah lagi jika ia melibatkan Angkatan Muda Keadilan.

    Apa pun, saya memandang perkara ini dari sudut positif - PAS perlu lebih memperkasakan gerakan dakwahnya, dakwah dan siasah harus seiring. Maafkan saya andai coretan ini menyakitkan hati pelbagai pihak. Ia sekadar perkongsian ikhlas. Wallahu a'lam.

    BalasPadam
  2. mai,aku mirza,ko ingat lg x?ni hp aku,017-9387894

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai