Lama tak berkunjung ke laman sendiri. Agak sibuk mencari rezekilah katakan... Untuk pengetahuan antum, ana sekarang berkerja di sebuah gedung buku di Plaza Angsana. Ramai juga bertemu uztaz-ustazah dan sahabat handai di sana. Ada yang mencari kitab-kitab agama, ada juga yang mencari novel untuk dibaca semasa masa kosong, ada juga yang hanya datang membelek.
Setelah 3 tahun di Mesir, merasakan Mesir teruk dari Malaysia, tetapi bila pulang ke tanah air sendiri, rupanya Malaysia semakin rosak. Terutama muda-mudi muslim muslimah di sini. Umat Islam boleh saya katakan ditenggelami oleh kuasa maksiat. Tak kira anda di mana kecuali di masjid. Bahkan di sekitar masjid atau surau yang mempunyai tempat duduk pun dipenuhi dengan mempelai-mempelai haram. Azan kumandang mengajak umat Islam menuju ke rumah Allah, tetapi mereka-mereka ini hanya memekakkan telinga dan hanya menumpukan nafsu semata.
Pakaian menjolok mata bukan lagi pakaian yang perlu disorok-sorok lagi, berkerja di kedai buku ini sahaja saban hari mata ini dipertontonkan dengan perempuan-perempuan Islam yang berpakaian menjolok mata. Alhamdulillah staf-staf perempuan di sini semuanya menutup aurat. Alhamdulillah.
Jenayah Ilmu
Berkerja di gedung buku, memang seronok. Macam-macam buku yang boleh kita jumpa. Namun masih ada kekurangan besar dan lopongan yang amat sangat. Terutama tulisan dari ulama-ulama yang lahir dari universiti al azhar. Kalau kita di Mesir rasanya tidak ketandusan kitab-kitab muktabar untuk di miliki. Tetapi sebaliknya di sini. Tulisan-tulisan golongan "wahabisme" semakin rancak. Juga tulisan-tulisan para orientalis antarabangsa juga tempatan. Penerbit-penerbit buku agama yang kurang perihatin dengan masalah ini hanya mengambil untung atas angin dengan menerbitkan buku-buku yang bakal merosakkan minda masyarakat. Buku-buku seperti "bidaah, talfiq mazhab, perlukah kita bermazhab dan lain" amat memenuhi pasaran. Ramai yang mencari tetapi mendapat ilmu yang tidak adil apabila menerima hanya dari sebelah pihak sahaja. Nampaknya ulama-ulama al azhar perlu segera menterjemah kitab-kitab untuk menjadi kuasa besar di pasaran ilmu di Malaysia, tidak pun sebagai kuasa mengimbang.
Agak keliru apabila buku Gamal Al Banna menembusi pasaran, juga buku Kasim Ahmad. Apakah para penerbit tidak mengenali mereka ini? Ada juga sesetengah penerbit bangga menerbitkan buku yang berjudul Petunjuk Hidup Islam Hadhari oleh Dr Wahbah Zuhaili. Sedangkan Dr Wahbah amat menentang keras Islam Hadhari bagaimana pula di menulis berkenaan dengan Islam Hadhari ciptaan UMNO? Buku tersebut nyata melakukan jenayah terang-terangan, apabila tidak meletakkan nama penterjemah dan dari kitab apa dia terjemah.
Saranan kepada PMRAM
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir perlu segera menangani masalah ini. Rasanya buku-buku yang diizinterbitkan oleh PMRAM tidak kurang perlunya menembusi pasaran di Malaysia. Buku-buku penjelasan isu-isu bidaah, amalan bermazhab dan sebagainya diperlukan segera. Teringat dengan cadangan dari perwakilan BKPJM semasa munaqasyah ucapan dasar presiden tempohari perlu diambilkira, bukan sekadar cadangan sahaja.
Usaha PMRAM menulis semula karangan Bahrul Mazi amat-amat dialukan. Umat melayu sekarang semakin buta jawi. Buku-buku yang diterbitkan dalam tulisan jawi tidak banyak permintaan.
SALAM...
BalasPadamAKHIRNYA DAPAT JUGA BACA KARYA UST AKHMAL.
TENTANG FAHAMAN WAHABI TU... ULASLAH DENGAN LEBIH LANJUT. NAK TAU JUGAK APA YANG MEREKA INGINKAN?
UNTUK PENGETAHUAN USTAZ, SAYA ADA BERTANYA DENGAN SAHABAT USTAZ (UST.SUFI)TENTANG HAL INI TETAPI BELIAU AGAK SIBUK KATANYA.
SAYA ADA BUAT RUJUKAN DI DALAM LAMAN2 WEB.