"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


29 Ogos 2008

Cina Islam boleh perintah Malaysia!

"Saya berminat dengan Islam" ujar lelaki cina selepas kami minum petang bersama. Perbualan sebenar berkenaan dengan hal-hal buku sahaja. Lelaki cina ni penyelia sebuah syarikat pengeluar buku-buku sekolah. Kemudian masuk sedikit isu politik, terutama selepas Anwar angkat sumpah. Ternyata cina ni menyokong pihak pembangkang. Masuk sikit tentang PAS, DAP, perbankan Islam dan lain-lain. Tiba perbualan kami masuk isu agama, memandangkan puasa lagi 2, 3 hari. Dia menanyakan tentang puasa. "Awak agama apa?" tanya saya. "Apa?" dia soal berkali-kali. "Awak agama buddha ke kristian?" tanya aku lagi. "Ohh, saya buddha. Cuma..." berhenti sekejap. "cuma saya tak tahu sangat tentang buddha ni" jelas beliau.

"Saya tengok orang Islam baguslah, banyak sembahyang, sebelum pergi kerja sembangyang. Saya tak sembahyang apa-apa, tak bagus!" jelas beliau yang membuatkan atau berfikir sejenak tentang tulisan-tulisan aku sebelum ini. Satu bukti yang menunjukan rakyat Malaysia tak kira muslim atau bukan sebahagian besar mungkin atau kecil menganut fahaman sekular. Fahaman yang diikuti dengan sedar atau tanpa sedar. Penyakit ini disedari oleh golongan yang bergerak dalam gerakan Islam. Usaha membasmi fahaman ini berterusan dalam pelbagai bentuk dan cara.

PAS selaku salah sebuah Harakah Islamiah yang secara langsung berusaha memerangi fahaman ini dengan terbuka tanpa berselindung. Tidak kira ia berakar umbi dari pihak mana, PAS segera mencantas. Muktamar lalu telah memberikan kata dua kepada Pakatan Rakyat jika Islam tidak dominan dalamnya. maka PAS tidak teragak-agak untuk menarik diri.

"You dah boleh undi-undilah?" tanya dia. "tak dapatlah, sebab bulan 11 I dah balik Egypt" aku jelaskan. "You buat apa sana?" tanya dia lagi. "I studi lagi" jawab aku. "Studi apa?" tanya dia lagi. "Undang-undang Islam" jelas aku lagi. "wah, nanti apa-apa I boleh tanya you lah!" tanya dia dengan semangat. "boleh! no hallah!" aku balas. Aku kenalkan dia dengan salah seorang staf tempat aku kerja. Nama dia Jeffry, salah seolah cina muslim. "You boleh kenal sama dia, dia masuk Islam juga, you boleh tanya bagaimana dan kenapa dia masuk Islam" aku jelaskan kepada beliau. Sebelum Jeffry balik, aku jumpa dia yang jelaskan, kita kena 'tarik' dia. "Ok no hal!" jelas Jeffry kepada aku.

Jelas, sebenarnya penghalang besar untuk kita melaksanakan kerja-kerja dakwah bukan dari orang bukan Islam. Ternyata orang-orang bukan Islam ramai dikalangan mereka 'kosong' tentang agama mereka sendiri. Proses mengislamkan mereka jika dilakukan sejak awal mereka ke tanah melayu mungkin masalah antara agama di Malaysia tidak menjadi kalut. Kita pelbagai bangsa tetapi dengan agama yang satu. Indahnya Malaysia jika berlakus sedemikian. Allahumma amin

Allahumma Ballighna Ramadhan
Bandar Baru UDA

1 ulasan:

  1. Saya harap PAS dapat menjalankan dakwah yang amat berkesan dan menunjukkan bahawa Islam itu indah. Tetapi jikalau perjuangan PAS di anggap mudah dan di pandang hina oleh rakan - rakan dalam PAKATAN, saya sangat setuju baik keluar sahaja PAS dari PAKATAN. Parti yang menentang Islam sudah mula menunjukkan taring. Alangkah sedihnya bila mana pemimpin - pemimpin Islam yang bukan PAS hanya berdiam diri. Kenapa senyap? Tepuk dada tanya Iman.

    Saya juga setuju kita patut tolong mereka - mereka yang berminat dengan Islam dan memberi penerangan yang secukupnya. Insya allah makin ramai saudara - saudara baru kita. Kalau saya stabil kewangan saya sudah tentu saya menyumbangkan sedikit ke arah dakwah dan bantuan kepada saudara - saudara baru. Semoga usaha kita diberkati Allah.

    P/S: Saya sangsi dengan keikhlasan PAKATAN RAKYAT. Saya tidak kisah kalau penyokong kuat tidak setuju dengan saya. Tapi yang saya sayangkan ialah Islam dan yang saya takutkan adalah ALLAH. Saya tidak kira sesiapa sahaja yang akan menjadi PM tetapi tolong bela agama Islam di tanah air tercinta ini.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai