Saya nak lihat kelibat Saiful Bukhari selepas 26 Ogos nanti. Juga kelibat Najib, Pak Lah tak ketinggalan. Hari ini saya menulis pada hari Pak Lah mengisytiharkan penurunan harga minyak. Sebelum itu nak isytihar 1 September, memandangkan 26 Ogos ni tarikh mengundi di P44 Permatang Pauh, bahang "liwat" pun dah "suam", maka kembali semula kepada minyak. BN dah ubah stail, Barang Naik jadi "Barang Nurun". Saya doakan agar kezaliman dapat dihentikan secepat mungkin dan kembalikan Islam dengan semurninya.
Konflik kes yang melibatkan Anwar atas dakwaan Saiful ternyata menggigit sakit institusi keadilan syarak di Malaysia. Bahkan sepatutnya persatuan peguam syarei di Malaysia mendesak kerajaan membicarakan kes tersebut di Mahkamah syariah bukan di Mahkamah Sivil. Kes ini amat berat kerana dalam Islam dakwaan tuduh orang lain berzina/liwat dan sebagainya adalah satu kes berat, bahkan ada hukuman tertentu kepada penuduh jika tidak cukup saksi dan bukti.
Kes ini membuktikan sistem keadilan mahkamah syariah di Malaysia terjejas, ketika kedua-dua insan yang beragama Islam yang diperuntukkan dalam artikel 121(1A) dalam perlembagaan
persekutuan tidak dilaksanakan sebaik mungkin. Para hakim dan peguam syarei sepatutnya menjerit mendesak kerajaan atas hal ini.
Kes ini kembali kusut setelah Saiful bermubahalah dan bersumpah laknat. Apakah dengan sumpah yang dilakukan depan khalak umum dan bukan dalam rumah mahkamah syariah ianya boleh diterima? Tanpa dilakukan oleh kedua-kedua belah pihak, sumpah tersebut macam orang bodoh. Terutama apabila kandungan ayat yang digunakan oleh Saiful dalam mubahalahnya dia "dipaksa" dan pendakwaan di mahkamah baru-baru ini dengan "suka sama suka". Padahal sumpah laknat hanya dilakukan oleh suami isteri jika tidak mempunyai saksi dan talak berlaku dan haram selamanya untuk mereka merujuk.
Hal ini, betul menyentap keadilan syarak yang sepatutnya digunakan. Pemerintah dan pengamal undang-undang syarak akan disoal kelak di hadapan Allah. Allah menunjukkan Maha Bijaksana dengan adanya kes ini maka manusia sepatutnya kembali memikirkan keadilan yang Islam anjurkan. Porak peranda sekali dan runtuh sama sekali institusi ini. Kita perlu sedar dan mesti cepat memperbaiki hal ini dari berlarutan rosak. Bala apakah yang kita tunggu lagi? Adakaha mahu Allah terbalikkan gunung-ganang di Malaysia menghempap kita?
Ada pihak terus menggunakan sumpah Saiful tersebut dengan mengatakan "terpulang kepada ummat Islam menilainya". Keadilan Islam tidak begitu, Islam memberikan keadilan terhadap semua pihak hatta kepada musuh semasa berperang. Islam mengharamkan membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua, juga mengharamkan membunuh tanaman, ternakan dan meruntuhkan rumah-rumah ibadat agama lain serta para rahibnya. Mengapa tiada langsung tindakan ke atas Saiful setelah kenyataan yang bercanggah dengan pendakwaan di mahkamah dengan kenyataan sumpahnya? Jika keadaan bodoh seperti ini pun kita gagal menilai, maka benarlah bahawa inilah bala yang bahaya sedang merosakan pemikiran kita.
Allahumma Ballighna Ramadhan
Bandar Baru UDA

SALAM....
BalasPadamUST AKHMAL,UST SIBUK MEMPERKATAKAN TENTANG "kembalikan kemurnian islam" sedangkan apabila timbul isu fitnah dan liwat(maaf...)PAS tidak memainkan peranan langsung dalam hal berkenaan. SAYA AKUI BAHAWA...kes berkenaan masih dalam siasatan mahkamah mengapa PAS selaku parti politik "BEGITU" terserlah keislaman@keislamikannya "BANGUN" menentang kebatilan berkenaan.
INI KE SIKAP SEBENAR ORANG2 yang bakal memacu negara??
MAAF!!! bukan niat untuk mempertahankan mana2 pihak.
Malah, apa yang saya lihat PARA ULAMA' PAS SECARA MEMBABI BUTA TERUS-MENERUS mengatakan bahawa tindakan dia(saiful) tidak sah...macam kristian lah...yahudi dsbgnya. KENAPA PERLU DICACI?KENAPA PERLU DIHINA? MENGAPA TIDAK DIBERI TUNJUK AJAR, GUIDELINE,AT LEAST DAPAT MEMBUKA MATA PIHAK BERKENAAN SUPAYA MEMPERBETULKAN SILAPNYA!!!
COME ON LA UST...
SALAM.. SEKADAR memberi pandangan..
BalasPadamsetiap apa yg anda lontarkan hanyalah omong-omong yg entah dimana logiknya, jika terdapat kebenaran dalam setiap apa yg di lontarkan oleh pihak pembangkang itu adlh BENAR, dan pihak kerajaan adalah SALAH, mengapa tidak dibuktikan hingga ke hari ini, SESUNGGUHNYA SAYA TAK NAMPAK APA SEBENARNYA "KEBENARAN" YG HENDAK DITONJOLKAN OLEH 'pembangkang'..Apa yg saya nampak ialah CARI KESALAHAN ORG LAIN, SEDANGKAN DLM ISLAM PUN MENCARI KESALAHN ORG LAIN ADALH SUATU PERBUATN YG SEMEMANGNYA "ditegah"
Dari saya HAMBA ALLAH yg mencari "kebenaran"....
SEPERTI YG DIKATAKN; saya sekadar berpendapat... :-)
JUGA SAYA MINTA EMPUNYA BLOG BERIKN SEDIKIT PANDANGAN/ KOMEN..
WASSALAM.