"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


27 Ogos 2008

Taksubkah Mereka?

Ada orang kata, orang Permatang Pauh taksub! Agaknya yang undi BN sejak merdeka sampai sekarang bagaimana ya? Bolehkah kita katakan mereka taksub? Pandangan pukul borong ni disampaikan oleh salah seorang bekas pimpinan PKR dahulu. Sekarang beliau ketua bagi sebuah oganisasi bukan non-partisan. Tak mengapalah, itu hak beliau untuk memberi pandangan. Samada pandangan beliau boleh diterima rakyat atau pengundi Permatang Pauh atau tidak terserahlah, bagaimanapun Anwar sudah kembali sebagai salah seorang wakil rakyat, tetapi bukan di sebelah BN.

Suasana yang amat berbeza sekarang. PRU yang lepas sebagai permulaan perubahan mind-set rakyat sekarang. Apa-apa perubahan seterusnya kita akan lihat selepas ini. Kita rakyat Malaysia sememangnya mengharapkan sebuah perubahan yang baik dan menguntungkan kita. Jika berlaku sebaliknya maka rakyat akan menjadi hakim sekali lagi di masa hadapan.

Sebagai seorang muslim, sewajibnya mengharapkan perubahan akan datang memberi kelebihan kepada Islam. Kerana janji Allah bahawa Islam membawa rahmat sekalian alam. Keadilan Islam tidak setanding dengan keadilan manusia yang perlu dibeli untuk mendapatkannya.

Rakyat Malaysia semakin mabuk dengan suasana ekonomi, politik, dan trend yang teruk dan tiada hala tuju yang jelas. Islam memberi segala jalan untuk menyelesaikan segala masalah. Janji Allah kepada para hambaNya supaya berpegang dan jangan berpaling dari Islam bukan sebarang janji. Janji yang membawa kita ke akhirat. Satu alam yang tiada bicaranya oleh kapitalis, sekularis, nasionalis, dan isme-isme lain yang menolak Islam dan Penciptanya.

Allahumma Ballighna Ramadhan
Bandar Baru UDA

1 ulasan:

  1. Mungkin benar apa yang bekas ahli PKR tu berbicara, mungkin juga tidak. Tetapi itu pandangan dia, bagi orang lain yang terlampau taksub mungkin tidak boleh menerima.

    Bagi saya bila mana sebuah parti islam cuba memperjuangkan dan membetulkan masyarakat, mulalah parti - parti lain dalam pakatan tersebut melenting. Tidak kira siap sahaja, melayu ke cina ke india ke. Sama sahaja. Tetapi yang menjadi persoalan sekarang ini, di mana pemimpin - pemimpin Islam yang bukan berada dalam parti Islam berada? Adakah hendak menjaga hati bukan Islam malah sama sahaja matlamat menghalalkan cara?

    Hmmm itu yang perlu kita fikirkan panjang - panjang dan masak - masak. Di mana nasib kita di padang mahsyar nanti jikalau tersalah pangkah di waktu undi? Hendak undi parti yang tolak Islam terang - terangan pun salah apatah lagi yang duduk tengah - tengah. Akhir sekali penyelesaian hanyalah parti Islam yang menjadi tunggak perjuangan ummah di tanah air tercinta ini. Kita ini hanya rakyat biasa dan tidak mampu berbuat apa - apa yang hanya boleh memilih pemimpin yang berkaliber untuk menyuarakan hak rakyat. Tetapi sebagai orang Islam perlulah kita memilih parti Islam, hidup cara Islam, makan, minum, tidur dan keseluruhannya mestilah dengan cara Islam (saya ambil dari ceramah bekas Imam Besar Masjid SSAAS Shah Alam bertajuk "Apa makna saya orang Islam").

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai