"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"

Alhamdulillah. Tiada lain yang mampu ku ucapkan, setelah mendapat berita ibuku diterima menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Setelah sekian lama membanting tulang memerah keringat mengumpul wang untuk ke sana, akhirnya termakbul juga doa. Sebelum itu ada kedengaran juga yang hujjaj yang agak berumur sekitar 60 tahun ke atas ditangguhkan atas sebab penularan wabak H1N1. Tapi ini semua kerja Allah, atas iradah Allah menjemput para tetamuNya bertandang.
Tiada kata lain dari aku. Hanya sisipan doa buat ibuku agar dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan dan kekuatan sepanjang menunaikan ibadah tersebut. Sampai aku pun terlupa nak pesan doa. Ibuku bertolak pada 22 Oktober 2009 jam 7.30 pagi waktu Malaysia. Yang penting ibuku selamat sampai dan selamat pergi. Amin
Kepada para hujjaj lain juga, semoga kalian dianugerahkan haji yang mabrur. Diberikan hidayah yang mahal harganya. Menjadi tetamu Allah dan pulang sebagai orang yang sangat faham dengan falsafah hajinya. Amat malang apabila jamrah yang dilontar, kaabah yang ditawaf, dan lain-lainnya hanya sekadar menjadi senaman ringan yang langsung tidak memberi kesan terhadap jiwa.
Bagi para pejuang agama Allah, jika kamu juga menjadi tetamu Allah kali ini. Maka diharapkan semakin kuat perjuangan kamu apabila pulang semula!
Ramai juga yang tak yakin dengan komitmen Najib nak membawa perubahan kepada UMNO. Aku di antara orang yang tak yakin juga. Bahkan Muhyiddin Yassin telah menggarapkan 4 rukun perubahan UMNO, sama macam ada dalam gerakan Islam macam Pas. Apatah lagi ada perwakilan yang cadang untuk wujudkan Dewan Ulama UMNO, katanya nak hargai ulama-ulama yang ada dalam UMNO. Itu antara bentuk-bentuk ke arah perubahan dalam UMNO.
Aku tak ikuti sangat perjalanan perhimpunan agong UMNO ni. Cuma belek-belek mana yang patut dalam akhbar-akhbar online. Secara peribadi aku mengharapkan UMNO berubah. Walaupun aku tak yakin dengan perubahan yang hendak dilakukan. Pada aku syarat untuk UMNO benar-benar nak berubah ialah dasar. Kalau UMNO benar-benar nak berubah lah. Tapi dari apa yang aku lihat dalam pilihanraya kecil di Bagan Pinang lepas, susah nak kata UMNO boleh berubah. Bahkan kemenangan Isa Samad sebagai satu tanda-tanda akhir UMNO akan bungkus.
Sepanjang perhimpunan agong tu, kalau kita lihat Utusan Malaysia dan Berita Harian mesti ada perkataan berubah atau ubah atau perubahan. Aku akan menantikan perubahan-perubahan tersebut. Bahkan mungkin aku gembira kalau UMNO betul-betul nak berubah. Tapi sayang sekali, tiada usul yang dibawa untuk gubal dasar UMNO. Dasar yang sepatutnya membawa perubahan. Ya, mungkin ada beberapa orang perwakilan yang melihat dari jauh yang mahukan UMNO benar-benar berubah. Tapi mereka tidak kekuatan untuk membawa hal tersebut. Kebanyakan mereka terbelit-belit.
Oleh kerana UMNO ni bukanlah gerakan Islam, bahkan gerakan nasionalis melayu. Yang kadang-kadang melayunya pun entah ke mana. Aku tidak mempunyai sebarang nasihat mahupun cadangan yang boleh membawa kepada perubahan UMNO. Apatah lagi aku orang yang di luar UMNO, cuma duduk bawah kerajaan yang diperintah UMNO.
Aku masih mengharap UMNO boleh berubah. Tak berubah pun bertukar! heh.
Singapura semasa PAP menang selepas merdeka. UMNO tak buat apa-apa, cuma dia serah bulat-bulat pada Lee Kuan Yew, bebaskan Singapura dari Malaysia. PBS semasa memerintah Sabah, pun tiada apa-apa yang dilakukan. Tapi apabila PAS berjaya memerintah Terengganu dan Kelantan, macam-macam berlaku. Sekatan demi sekatan. Halangan demi halangan. Rompakan demi rompakan. Apa yang PAS buat? Runtuhkan masjid semasa UMNO memerintah kah? Runtuhkan bangunan-bangunan yang dibina semasa UMNO memerintah kah? Rombak semula jalanraya nak guna tanah merah semula kah?
Rupanya-rupanya penyakit UMNO ni sampai ke bumi Mesir ni. Dalam masa Kelab UMNO yang hidup segan mati tak mahu ni. Pihak yang sepatutnya menjaga kebajikan dan memudahkan urusan pelajar iaitu Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah pula yang menjadi dalang.
Kata Saudara Mohd. Azrul bin Ismail selaku Timbalan Pengarah 1 bagi program tersebut, beliau mendapat makluman daripada pihak pengurus dewan ACC (Azhar Conference Centre) tentang satu faks yang dihantar oleh pihak JPMK kepada wakil Al-Azhar As-Syarif meminta supaya Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini dibatalkan. Antara alasan yang diberikan adalah kerana PMRAM melaksanakan program tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak JPMK. Lebih mendukacitakan lagi apabila surat faks tersebut ditandatangani oleh Prof. Dr. Jamil bin Hasyim sendiri. Gambar adalah Pengarah JPMK, Dr Jamil.
Penyakit UMNO ni sampai melarat ke sini. Semakin tinggi belajar ingat semakin cerdik dan open minded. Malu lah sikit dengan pelajar-pelajar yang baru sampai ni. Kalau nak buat dajjal pun tunggu la lama lagi. Ni last-last minit, kesian kat AJK persiapan duk terkontang kanting cari tempat. Tak takutkah dengan pembalasan Allah kelak? Kalau kelima-lima ulama yang dijemput tu tahu perkara ni, malu besar.
Tapi penyakit UMNO yang ni penangkis malu. Apa yang mereka tahu tentang malu?Kata Ustaz Hairul Nizam "Badan Pengurus PMRAM lihat surat itu. Laterhead JPMK. Tandatangan oleh saudara Jamil. Saudara Jamil sebut PMRAM buat konvo dan PMRAM agen pembangkang."
Rupa-rupanya ini sebabnya. Pembangkang belum memerintah memanglah digelar pembangkang. Nanti kalau dapat memerintah, pemerintah sekarang jadi pembangkang. Itu pun susah? Apa punya kolot pemikiran pemegang PhD ni. Katalah PMRAM ni agen pembangkang, mungkin kerana ada anggota badan pengurusnya begitu. Maka sepatutnya mereka yang menyokong UMNO ni sertai pilihanraya dan cuba menguasai jawatan presiden. Paling tidak pun jawatan badan pengurus.
PMRAM ni wujud sebelum PAS atau UMNO wujud lagi. Macamana plak dikatakan PMRAM ni agen pembangkang? Buat Faizal Sabhon, pihak Amnu (bukan UMNO) Daulah sendiri tahu terperinci masalah PMRAM dengan kerajaan sekarang. Tapi mereka anggap ni masalah negara Malaysia, bukan Mesir.
PMRAM dah tak buat konvo pun dikatanya PMRAM buat konvo. Sakit hati sangat kenapa entah? Kalau dek kerana 80 orang peserta tahun akhir yang sertai Kutub Sittah ni berbanding 300 peserta Konvokesyen JPMK apalah sangat boleh dikatakan konvo? Apa punya pelik lah.
Baik, balik malaysia mengajar kata mana-mana universiti. Datang sini menyusahkan orang!
Daripada situ, emosi Siti dicurahkan untuk memberikan hasil yang terbaik agar ia mampu meninggalkan impak yang besar kepada peminat mahupun pencinta muzik amnya.
"Jujurnya, merakamkan album Tahajjud Cinta memberikan kepuasan yang berbeza berbanding dengan album-album sebelum ini.
"Kepuasan itu dapat diukur dari sudut batiniah apabila menyampaikan lagu-lagu seperti Asma Ul Husna dan Selawat yang memberikan ketenangan yang cukup indah dan mendamaikan.
"Bukan itu sahaja, lagu-lagu sebegini juga mampu membawa kita merenung diri sambil memikirkan betapa besarnya kuasa Allah SWT dan mengenang betapa kerdilnya hidup kita ini.
"Inilah yang saya mahukan dan sampaikan kepada masyarakat dan peminat menerusi album ini kerana pada saya, tidak salah jika kita berkongsi bakat yang diberikan ke arah yang betul dan benar.
"Setidak-tidaknya, selepas ini saya tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu-lagu berunsur keagamaan jika dijemput ke majlis yang mengkehendaki saya menyanyi ritma ini," ulas Siti panjang lebar saat tentang album Tahajjud Cinta yang mula berada di pasaran sejak 9 September lalu.
Selanjutnya klik sini.
"Don't judge a book by it's cover". Mungkin hujah ini mudah terpancul dari mulut orang. Perkara yang baik sememangnya mengundang pujian. Namun kali ini aku nak betulkan persepsi apa yang dinamakan dengan perbuatan baik.
Al Ma'ruf adalah perkara-perkara yang baik yang banyak tercatat dalam Al Quran dan Sunnah. bahkan ianya boleh dilihat dari perspektif yang luas yang bukan hanya pada ibadah khusus seperti solat, zakat atau haji. Ianya berbentuk amalan atau perbuatan yang cenderung kepada ketaatan kepada Allah.
Bagaimanapun wajar diingatkan. Tidak sekali-sekali Allah s.w.t memberi kata tunggal kepada Al Ma'ruf ini. Bahkan ia berpasangan dengan Al Munkar. Ada perbuatan ma'ruf (baik) tapi ada juga perbuatan munkar (buruk, maksiat). Munkar ini ialah setiap amalan atau perbuatan yang cenderung kepada maksiat dan ingkar kepada Allah. Ianya banyak dan mungkin jelas dan tidak. Syirik juga ada yang khafi (tersembunyi) dan jali (jelas). Kita tak perasan yang kadang-kadang kata-kata kita membawa kepada syirik. Nau'zubillah.
Baik, berbalik kepada apa yang dikatakan oleh Siti Nurhaliza memang tiada salahnya. Bahkan dakwah perlu diterokai dari segenap pelusuk cadangnya. Hatta ianya bukan hak pada orang yang digelar ulama sahaja, ianya tugas setiap orang yang bergelar muslim. Tapi, dakwah atau dalam erti kata lain Al Amru bil Ma'ruf dan Nahyu A'nil Munkar (menyuruh manusia berbuat baik dan melarang mereka berbuat perkara buruk dan maksiat) mempunyai langkah dan uslub (cara) yang ditentukan.
Firman Allah bermaksud:
"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk." Surah An Nahl ayat 125
Wasilah pertama ialah hikmat kebijaksanaan yang dikurniakan kepada kita. Ianya mestilah dari kata-kata yang benar dan jelas dengan kebenaran itu sendiri dan menghilangkan kebatilan. (Tafsir Al Wasit, Dr Muhammad Sayyid Tantawi, 8/262)
Perlu kita sedar membawa kebenaran ini ialah amanah. Sepertimana yang disebut oleh Siti Nurhaliza. Jadi, kita wajar memberi seratus peratus perhatian dan komitmen yang tidak berbelah bahagi. Bahkan wajib yakin dengan jalan yang kita bawa dan syariat yang kita dokong. Dengan ini setiap kebatilan yang kita mahu memerangi akan ditenggelamkan. Lafaz bagaimana yang boleh mengatakan kita mendekatkan diri kepada Allah jika kita sendiri seperti tidak yakin dengan kebenaran yang kita dokong?
Wasilah kedua pula "Nasihat kepada pengajaran yang baik". Iaitu kata-kata yang syumul dengan nasihat dan pengajaran yang boleh melembutkan hati dan jiwa, dan ianya sangat bermanfaat kepada mereka yang didakwah dengan apa-apa yang benar kepada mereka. Juga mendorong kepada taat kepada Allah dan membawa mereka jauh untuk bermaksiat kepada Allah. (Tafsir Al Wasit, Dr Muhammad Sayyid Tantawi, 8/262)
Nah, jika ini yang kita mahu. Tidak dapat tidak wasilah yang kita gunakan betul-betul murni dan bersih dari mana-mana unsur yang merosakan jiwa. Ianya uslub yang terbaik sepatutnya yang wajar kita fahami. Bukan setakat hanya cenderung kepada kebaikan tetapi menafikan kebenaran yang lain. Ini merupakan wasilah yang salah dan jauh dari nusrah (pertolongan) Allah. Kita tahu syaitan dan kerosakan itu musuh kita, tetapi kita sering menerima setiap "nasihat" darinya dan melakukan keburukan. Lebih buruk menonjolkan satu fahaman songsang yang akan membawa kerosakan fikrah kepada masyarakat.
Bagi aku, Siti wajar terlebih dahulu mendapatkan nasihat dan pandangan dari mana-mana para ulama sebelum melakukan sesuatu. Kerana tidak dinafikan dia adalah ikon yang menjadi tarikan utama masyarakat. Ia lebih baik dan jelas yang sepatutnya Siti lakukan kerana dari apa yang diucapkan bahawa ianya amanah. Amanah ini tanggungjawab berat yang bakal dipersoalkan oleh Allah.
1."Mal, JPMK minta nak batalkan program Kutub Sittah" Zinki bagitahu."Yeke?" soal aku."Aku dapat mesej dari BP (Badan Pengurus PMRAM)" jelas Zinki."Apahal plak JPMK ni? Bertembung dengan Konvo ke?" tanya aku.2.(JPMK nak batalkan Kutub Sittah! Kita balas dengan Qunut Nazilah!) ni ayat dalam status Daniel, junior aku masa kat Kelantan. Boleh tahan gak budak exco ni!3.Aku cari-cari mana-mana kenyataan rasmi dari JPMK. Tak dapat-dapat. Tapi ada yang dah tengok tandatangan dari Pengarah JPMK sendiri. Aku bukak laman web PMRAM. Makluman Majlis Pembacaan Kutub SittahSahlah! Berita yang aku dengar. Sebab si Adlan ni setiausaha agung PMRAM. Aku buka pula blog Nazrul intai-intai. Lagi best.Hilang Duka Bersama Para UlamaBersama BP macho Amal jumpa para ulama, khusus tentang majlis ni. Juga ada kisah mengapa sudah sekian lama Al Azhar tidak melaksanakan majlis pembacaan seperti ini.4.Macam-macam plak hal si JPMK ni. Apa kes plak la diorang nak batalkan program macam ni. Masalahnya program ni tiada kena-mengena dengan JPMK. Nak kata JPMK yang uruskan taklah plak.
Nak kata Dr Jamil salah seorang Ulama yang dijemput pun tidak. Jadi apa kes sebenarnya JPMK nak batalkan majlis mulia ini? JPMK Wahabi kot! hahaha5.Berbulu biji mata JPMK rasanya, nampak PMRAM selalu dan dekat bersama ulama. PMRAM nampaknya selalu terkehadapan dalam menjana pemikiran mahasiswa dalam menuntut ilmu. Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini dengarnya akan diadakan setiap tahun sehinggalah habis Sunan Sittah ni. Bagi pelajar-pelajar baru. Peluang ini jangan dilepaskan!