"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


29 Jun 2007

Bila Korang Nak Sedar?


Rakyat sekarang kena sedar. Terutama ummat Islam yang menjadi tunjang utama di negara ini. Samada dia melayu, cina, india atau apa-apa bangsa sekalipun, tak jadi masalah jika semuanya berpayung kepada Islam.


Islam jelas menggariskan panduan untuk memelihara beberapa maslahah yang dianggap penting. Dalam maqasid syar'iyah “Tujuan Pensyariatan Syariah” untuk manusia terkandung dalam menjaga lima perkara, iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan (termasuk juga maruah) dan juga harta.

Kelima-lima ini terkandung juga di dalamnya watan, iaitu negara atau tanah air. "hubbul Watan minal iman" iaitu mencintai negara separuh daripada Iman.

Apabila kita menjaga negara tanpa meletak maqasid syariyah di hadapan maka ia akan berlaku haru biru dalam memelihara perkara-perkara tersebut.

Setiap perkara yang membawa kepada meneguhkan penjagaan terhadap lima perkara asas tadi dianggap sebagai “maslahah” dan sebaliknya, setiap perkara yang meluputkan penjagaan terhadap lima perkara tersebut atau sebahagiannya dianggap sebagai “mafsadah”.

Namun rama yang tidak sedar, negara kita semkin hari semakin menuju kefasadan. TG Nik Abdul Aziz Pernah berpesan kepada para pemimpin UMNO, jangan menjadi hamba duit, kerana ditakuti suatu hari nanti negara akan dijualnya kerana duit. Nah! lihatlah apa yang berlaku sekarang? Bermula dari Pemerintahan Mahathir dan kini Pak Lah semakinrancak menjual negara. Ia mengkaburi mata rakyat dengan istilah "projek pembangunan rakyat".

Kesian bagi pakcik makcik yang masih tak sedar mereka dibohong yang turut berbangga membawa mineral water berlambang dacing, dan berbangga2 dengannya. Wal hal dalam masa yang sama mereka ditipu hidup2 oleh para pemimpina mereka.

Tidak mustahil Malaysia bakal menjadi Palestin Kedua bila melihat kedudukan bumi Malaysia yang cukup strategik di rantau asia tenggara. Sebab itu sejarah telah membuktikan tanah melayu pernah menjadi pusat perdagangan utama dunia dahulu. Alhamdulillah para pejuang Islam sampai dengan dakwah dan Tanah Melayu pernah mendaulatkan Islam. Maka tidak mustahil ia akan kembali. Namun lihatlah siapa yang memeritah. Juga tidak mustahil para pemimpin UMNO boleh menjadi serupa perangai pemimpin munafiq FATAH di Palestin. Hatta negara sudah dijajah di depan mata sekalipun, namun demi kepentingan dunia sanggup menjadi anjing amerika dan Israel.

Apa yang perlu kita buat sekarang? terbinanya daulah Islamiyah bermula dengan Fardu Muslim Muslimah itu sendiri (indvidu), setreusnya Usrah Muslimah (keluarga), dikuti Mujtamak Islami (Masyarakat) dan akhirnya InsyaAllah akan terbina Daulah Islamiyah.

Maka sedarlah kita, dan laksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang mukmin (Bak kata Tg NIk Aziz). Tak kira anda siapa, guru sekolah, pekerja am, pensyarah, tukang kebun, semua itu bukan nilaian sebenar untuk menjalankan tanggungjawab ini (penjelasan dan dakwah).

Kalau kita kuat, kita lawan dengan cara kuat, kalau kita lemah, kita lawan dengan cara lemah, Namun LAWAN TETAP LAWAN!

Wallahua'lam.

20 Jun 2007

Watak-watak tambahan popular dalam kes pemubuhan pelajar di Mesir

Entry ini tiada apa yang hendak diulaskan, cuma sekadar menyampaikan sahaja mana-mana yang patut. Berikut adalah antara watak-watak yang agak popular sejak kes berlaku:

1. Dr Mohd Fakhruddin Abdul Mukti (Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia, Kaherah)
2. TYT Dato Zainal Abidin (Duta Besar Malaysia ke Mesir)
3. Ustaz Ali Zulfakar (YDP Dewan Perwakilan Mahasiswa Mahasiswi Mansourah)
4. Keluarga Muhammad bin Ishak

Fakta kes:

  • Muhammad bin Ishak (Terengganu) meninggal dunia pada pukul 1.00pg waktu tempatan di Hospital Dauli, akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman di seluruh badan termasuk di leher, mata, peha dan yg paling teruk di bahagian kepala.
  • Kejadian berlaku lebih kurang pukul 7 malam, hari Rabu 13 Jun 2007, di sebuah rumah sewa pelajar Malaysia di kawasan Dirasat, Mansurah, Mesir.
  • Mangsa dikatakan diserang dari belakang dengan menggunakan tiga bilah pisau. Beliau yang cedera setelah diserang berkali-kali, lari ke anjung rumah dalam keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian penduduk tempatan yang berada di pasar, berhampiran tempat kejadian. Mereka cuba untuk membantu mangsa dengan naik ke tempat kejadian dan mendapati beliau dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah.
  • Penduduk tempatan berbangsa Arab tersebut bergegas menghantar mangsa ke Hospital Dauli untuk rawatan, dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di sana. Di samping itu, mereka juga telah menangkap suspek untuk diserahkan kepada pihak polis. Sehingga kini, pihak polis masih melakukan siasatan ke atas suspek, terhadap kejadian yang berlaku.
  • Mangsa adalah pelajar tahun tiga Fakulti Usuluddin, Jurusan Tafsir, Universiti Al-Azhar, cawangan Mansurah. Suspek juga adalah pelajar Malaysia di cawangan yang sama dan mengenali mangsa.

Pelajar UM dilucut ijazah sebab plagiat

KUALA LUMPUR: Graduan institut pengajian tinggi awam (IPTA) boleh dilucutkan kelayakan diploma, ijazah sarjana muda, sarjana atau kedoktoran mereka jika didapati menipu, terutamanya dalam penyediaan kertas kerja seperti kajian ilmiah, tesis dan kertas kerja.

Pengarah Perhubungan Korporat dan Antarabangsa Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Khoo Boo Teong berkata setiap universiti mempunyai perlembangaan sendiri untuk melucutkan kelayakan mana-mana pelajar yang didapati menipu.

"Di Universiti Malaya kita ada Seksyen 56, Perlembagaan Universiti Malaya untuk menghadapi sebarang kes plagiat, meniru dan penipuan.

"Hari Isnin lepas, kita baru mengeluarkan notis pelucutan di akhbar tempatan terhadap seorang pelajar dari Fakulti Pengajian Melayu," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa pelajar itu dilucutkan ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Melayu yang dianugerahkan pada Istiadat Konvokesyen UM pada 4 Ogos 2004 kerana plagiat dalam penulisan tesis.

Khoo berkata melalui pengalamannya kebanyakan kes penipuan dikenal pasti oleh pihak ketiga yang menggunakan kajian terdahulu sebagai rujukan.

"Biasanya pensyarah-pensyarah boleh kenal pasti apabila merujuk kajian-kajian terdahulu yang telah dibuat oleh graduan," katanya.

Beliau menasihatkan penuntut yang belum menamatkan pengajian supaya tidak menipu terutamanya dalam penghasilan tugasan seperti kertas kerja dan kajian ilmiah.

Katanya negara memerlukan idea dan perspektif yang baru dan lebih bersifat tempatan dalam merangka dasar pembangunan dan bukan pandangan yang diciplak daripada penerbitan asing.

"Banyak keputusan kerajaan terutamanya dalam penentuan dasar banyak bergantung kepada kajian-kajian universiti, jadi pelajar mesti terima ini sebagai tanggungjawab dan jangan main-main," katanya.

Khoo menegaskan masalah itu tidak serius di UM dan tidak lebih tiga kes yang ditemui dalam tempoh tiga tahun lepas.

IBNU ALI: Aku sokong sesangat tindakan ini demi menjaga kredibiliti sesebuah universiti. Tindakan ini dilihat wajar kerana dilihat kepada apa yang dilakukan amat-amatlah tidak bermoral. Memasuki dan diterima belajar atau menuntut ilmu di sesebuah institusi pengajian tinggi sepatutnya akan membina keperibadian dan sikap yang profesional. Apatah lagi jika dilihat dalam tradisi keilmuan Islam itu sendiri kita dapat lihat, Islam begitu menitik beratkan persoalan kesahihan, kebenaran, kelayakan dan sebagainya.

Ilmu hadith, tafsir antaranya adalah ilmu-ilmu Islam yang menjadi kunci ddalam menjaga khazanah ilmu tersebut. Ianya akan menangkis sebarang penyelewengan dan kesalahan fakta ilmiah.

18 Jun 2007

Tak tau la...

"Tak tahulah apa nak jadik" Inilah ayat yang sering tersembul keluar bila melihat berita yang berlaku di Malaysia. Harian Metro sememangnya favourite dengan berita-berita hangat berserta gambar-gambar hangat. Bagaimanapun kehangatan beritanya hanya berkisarkan tentang kerosakan dan kecelaruan masyarakat kita sekarang. Masyarakat semakin rosak dengan agenda gagal Islam Hadhari. Agenda yang murni hanya disebut dimulut dan bertentangan dengan apa yang dilakukan sememangnya akan membawa padah.

Harian Metro Isnin 18 jun 2007 melaporkan di muka hadapan:

"AKSI JIJIK BUDAK SEKOLAH" sila klik sini

juga sini

Juga berita yang selama ini sya tertunggu-tunggu apa yang bakal dilaksanakan oleh PENGORusi OIC, terutama selepas krisis di Palestin semakin meruncing. Ianya dilaporkan di Berita Harian di sini

PENGORusi OIC nak selesaikan masalah Palestin, dalam masa yang sama masalah di Malaysia semakin menjadi-jadi. Tetapi tak tahulah sikap orang melayu sekarang. Aku survey, ada perubahan kah?

Wallahua'lam

10 Jun 2007

UMNO masih relevan?

Sejak dua menjak ni, kedengaran paluan gendang dari para pemimpin PEKEMBAR/UMNO terutama pemimpin PEKEMBAR/UMNO Kelantan dengan gendang "Islam" yang dipalunya. Habis bising seluruh kota di negeri Cik Siti Wan Kembang itu dengan paluan gendang mereka.


Dato Mustapa Mohamed orang mula-mula sekali memalu gendang tersebut. Dengan mendabik dada seraya berkata

"Semua orang Melayu dan Islam sepatutnya berjuang di bawah Umno kerana matlamat perjuangannya jelas demi agama dan bangsa. Bagi saya sesiapa yang nak berjuang untuk Islam dan Melayu di Malaysia tak ada parti lain kecuali Umno."

Nampak ayat yang beliau sebut ini agak terpesona jugalah didengarnya. Terutama bagi manusia di Malaysia ini yang baru nak kenal PEKEMBAR/UMNO. Namun tidak bagi saya. Alhamdulillah, dalam dunia politik tanahair saya mula megenali Parti Islam SeMalaysia PAS sebelum mengenali PEKEMBAR/UMNO. Alhamdulillah, saya membesar dalam keadaan arwah abah telah pun menjadi aktvis PAS. Sehinggakan di dinding rumah lama saya dahulu di Kampung Skudai Kanan, diletakkan papan PAS Caw. Skudai Kanan. Apatah lagi, bermula dari tingkatan 1 hinggakan ke alam pengajian tinggi saya hidup dalam suasana bersama dengan jamaah Islam terbesar di negara ini, memang agak sukar untuk saya rapat dengan PEKEMBAR/UMNO.

Bahkan jika ada sahaja program PEKEMBAR/UMNO untuk saya nak jenguk asyik sahaja tidak jadi, dengan agenda programnya ada tari menari, nyanyi menyayi, wanita membuka aurat sesuka hati. Lagi ler berat hati nak dekat.

Tapi para pemimpin PEKEMBAR/UMNO bila datang ke Mesir ni berjumpa dengan para pelajar, mereka agak berlainan, program yang dianjurkan boleh tahan juga. Adalah seorang dua pemmpin PEKEMBAR/UMNO yang jadi "pelik" bila sampai Mesir ni.

Paluan gendang kedua pula dipalu kuat oleh Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Razak, beliau mengatakan

‘‘Kita tidak hanya melihat Islam itu sebagai satu agama yang menumpu kepada ibadat sahaja tetapi kita melihat dalam ruang lingkup yang lebih luas iaitu Islam sebagai satu agama yang menyumbang kepada peradaban manusia dan sejagat. ‘‘Jadi, sebab itulah semakin hari, semakin ramai yang tertarik kepada perjuangan dan dasar yang dibawa oleh UMNO serta kerajaan kerana kita juga mempertahankan soal kesucian agama Islam dan akidah Islam,”

Rangkap pertama Ucapan beliau kira bolehlah tahan, cuma masuk rangkap yang kedua, saya tepuk kepala saya, nak tergelak pun ada. Satu kenyatan yang tidak bertanggungjawab, setelah apa yang kita lihat sendiri barah yang semakin menjadi terhadap akidah rakyat. Berikutan dengan kenyataan rasmi dari Sohibus Samahah Mufti Perak dengan angka murtad yang berlaku. Masalah beribu anak remaja yang bermasalah dengan menyertai kumpulan-kumpulan muzik bawak tanah dan fahaman-fahaman yang bercanggah dengan akidah Islam.

Apatah lagi kenyataan ini dibuat setelah selesai penghakiman terhadap kes Azlina Jelani atau Lina Joy yang mahu menggugurkan perkatan Islam pada kad pengenalannya. Walaupun kes tersebut Lina Joy kalah dengan 2;1 namun jelas dia tetap murtad, nilai akidah seorang insan muslimah tiada sam sekali. Namun apa yang kerajaan buat terhadap Lina Joy? Dia terus bebas dengan agenda murtadnya. Ianya tetap memberi kesan negatif terhadap ketahanan akidah negara.

Ini jelas telah mematikan apa yang telah disebut oleh Najib. Apatah lagi dahulu beliau pernah mengatakan "jika berzina suka sama suka apa salahnya?". Mulut para pemimpin UMNO memang sangat-sangat celupar. Bukan sahaja yang bertaraf sekular, bahkan yang bertitle Dr dalam bidang agama pun celupar sama.

Dipalu kali ketiga oleh Anuar Musa yang mengatakan mereka boleh terus kekal di bawah kerajaan PAS Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz dengan slogan Membangun Bersama Islam atau menggantikannya dengan beliau sendiri yang menjanjikan sebuah kerajaan dengan slogan Manhaj Islam Hadhari.

Tawaran Annuar itu dibuat semasa berucap dalam konvensyen Wanita Umno Kelantan di Bachok.

Saya tak pastilah masih ramai lagikah rakyat Kelantan masih percaya dengan kata-kata Anuar Musa? Setelah 17 tahun rakyat dipimpin oleh kerajaan yang serius terhadap pelaksaan Islam, dengan beberapa agenda perubahan yang rancak dilakukan adakah rakyat Kelantan akan diketuk pintu hati mereka oleh tawaran Anuar Musa ini?

Sebenarnya para pemimpn PEKEMBAR/UMNO tidak usahlah nak keluarkan kenyataan membela Islam atau akidah rakyat. Ini semuanya telah dimatikan dengan apa yang disebut oleh Pak Lah sendiri. Berikut disertakan petikan dari akhbar The Sun.
"Islam not above constitution, says PM R. Manirajan and Llew-Ann Phang

KUALA LUMPUR (May 31, 2007): Islam is not above the Federal Constitution, and the decision by the Federal Court on Lina Joy's appeal was not politically motivated, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "One must have a hole in the head to say it was a political decision. We've never asked or pressured the court to make political decisions," he said. "The problem here is emotion, and if one allows emotion to control [him/her], this is what will happen and one will have all kinds of things in the head, including suspicion." He was asked to comment on allegations that the court's decision was politically motivated. The three-member panel of judges, in a 2-1 judgment on Wednesday, dismissed Lina's appeal to have the word "Islam" removed from her identity card after she converted to Christianity, without an apostasy certificate from the syariah court. Abdullah said Islam was not above the Federal Constitution. "This country upholds the Constitution and supremacy of the law, otherwise, we would have become a failed state. "

"Islam tidak lebih tinggi dari Perlembagaan" itulah kesimpulannya yang boleh saya buat. Ini adalah kenyataan rasmi beliau. Terus mematikan kenyataan para pemimpin PEKEMBAR/UMNO yang lainnya. Nak bela akidah, nak bela Islam kah dengan kenyataan-kenyataan bergini?

Tapi masih ramai juga yang masih minat dengan PEKEMBAR/UMNO ni, terutama para pelajar agama di Mesir ni, Kelab PEKEMBAR/UMNO pun ada. Setakat nak cari makan dengan sertai Kelab PEKEMBAR/UMNO, dalam masa yang sama tiada teguran yang dibuat kepada pemimpin kamu. Pada saya PEKEMBAR/UMNO masi h tidak relevan dengan Ummah yang relevan.

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai