"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


28 September 2009

ISMA + UMNO vs PMRAM

Bila aku teringatkan kata-kata Hassan Al Banna dalam Risalah Ta'lim, aku agak kendur untuk mengatakan sesuatu kepada ISMA. Bila baca web dan blog-blog pimpinan mereka, apatah lagi Presiden mereka di Malaysia bersahabat dengan PAS, lagilah membuatkan aku terpinga-pinga. Kehadiran Presiden ISMA dalam Muktamar PAS juga membuatkan bahawa Pimpinan PAS benar-benar memahami apa yang mereka dapat dalam tarbiah.

Di Malaysia kondisinya amat berbeza. Di Mesir tidak sama kondisinya untuk melakukan siasah yang serupa dengan PAS. Presiden Gerakan Mansuhkan ISA dari JIM, beliau merupakan Setiausaha Agung JIM. Juga beberapa pimpinan PAS yang dahulunya lahir dari pelbagai jenis gerakan Islam lain. Walaupun pada akhir-akhir ini terutama selepas pilihanraya 2008 lalu, mereka sudah menjelaskan wajah sebenarnya mereka dalam PAS. Tak mengapalah, itu wajah PAS di Malaysia. Menjaga suasana politik kadang-kadang lebih sukar dari menjaga fikrah.

Di Mesir lain bunyinya. Mungkin juga di IPT tempatan. Hal merebut mahasiswa baru masih berlaku. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sudah dikenali di Mesir sejak 1930 lagi. Sekian lama mahasiswa dan mahasiswi bernaung dibawah satu-satunya persatuan ini, dari sudut kebajikan, pengajian dan ukhuwah dan fikrah. Namun akhir-akhir ini hal-hal sedemikian direntap oleh beberapa persatuan lain yang cuba bertapak di hati mahasiswa-mahasiswi di sini.

Apa yang aku pasti persatuan-persatuan ini bernaung di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Kelab UMNO, ISMA, ABIM dan sebagainya semuanya bernaung di bawah JPMK. Kalau satu hari nanti Kedutaan Besar Malaysia di arahkan untuk ditutup, persatuan-persatuan tersebut juga ditutup kecuali PMRAM yang berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir sebagai NGO.

Semasa Haflah Aidilfitri PMRAM, aku semeja dengan Yang DiPertua Keluarga Pelajar Terengganu (KPT), dan bersama pimpinan lain dari PMRAM. Tiada isu lain yang kami bualkan, sekitar isu ISMA dan Kelab UMNO yang merampas kedudukan KPT sebagai persatuan rasmi anak-anak Terengganu Mesir menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru. Mereka dibantu oleh pegawai kebajikan anak Terengganu sendiri. Yang peliknya Pegawai mereka sendiri bersama Kelab UMNO dan ISMA dan menghalau YDP dari bas untuk menjemput mereka. Cerita lanjut klik sini.

Kalau tengok struktur organisasi amat cantik dan kemas. Presiden dan Badan Pengurus serta Hal Ehwal Wanita Islam (Pusat), Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM). Struktur yang amat berkesan untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar di sini. Namun semua ini tidak diakui oleh ISMA dan Kelab UMNO dan persatuan-persatuan lain. Ternyata mereka tidak senang dan berbulu biji mata mereka dengan PMRAM. Dari sudut mana pun tak tahulah. Kalau mereka sama-sama yang beri kebajikan, kenapa tak sama-sama bersama PMRAM yang menjangkau 75 tahun ni?

Kesimpulannya sama seperti di Malaysia. PAS sebagai gerakan Islam wujud awal sebelum wujudnya jemaah-jemaah lain. Ada yang kata PAS tak cukup tarbiah, maka buat jemaah lain. Tak cukup tasauf, buat jemaah lain. Tak pandai ekonomi dan tak reti tackle golongan-golongan profesioanal, buat jemaah lain. Tak buat kerja-kerja dakwah, buat jemaah lain. Akhir sekali kemenangan Islam jadi lambat dengan masyarakat menjadi terlopong dengan banyaknya jemaah-jemaah Islam ini. Apatah lagi, kalau berlaku seperti di Mesir ini. Jemaah lain mengganggu jemaah lain.

Baik, tadi teori biasa kita dengar. Hakikatnya mereka (ISMA dan Kelab UMNO), ada tujuan tersendiri. Mereka juga ada kerja-kerja perkaderan untuk dibekalkan di Malaysia. Sebab itu entry aku yang lepas sebut pasal ini. Yang kita duduk bawah naungan PMRAM ini, tak payah fikir teori lain atau buat sebab musabab lain. Kita buat cara kita.

8 ulasan:

  1. bila datang sesuatu isu,dgrlah daripada dua pihak.dan nilai sendiri.takut-takut nanti kita tersalah tafsir bila dgr sebelah pihak sahaja.tak mustahil boleh membawa kepada ghibah,fitnah dan sebagainya.kita tidak di dalam situasi itu.bukanlah kita orang yang layak untuk bercakap.mereka(ISMA) yg dibahagian akhowat mmbenarkan senior utk jmp adik2 baru mereka walaupun pd hakikatnya senior tdk dbnarkan lgsung oleh pegawai utk mndmpingi adik2 baru..dan kes di lapangan terbang,sb ada ahli Terengganu yg dimintatolong oleh pegawailah mereka ke sana.bkn sb mereka sendiri yg tkejar2 nk rebut.perebutan tdklah mmbawa kepada amal.rosaklah jln menuju ALLAH andai 'rebut' jd agenda utama.kita menimba ilmu dan gunakannya secara baik dan kena pada tempatnya.

    BalasPadam
  2. kita menimba ilmu dan gunakannya secara baik dan kena pada tempatnya.kadang2 kita tak sedar yg syaitan telah mengaburi mata kita.mereka(ISMA) tdk berdendam dgn sesiapa krn tiada apa yg hndak didendamkan.kita sendiri pun ahli ramai tidak semua yg mampu kita kawal.Unit Hisbah dah jlnkan tugas namun masih ramai yg melanggar batas.Islam itu mudah,bkn mnyusahkan.moga2 kehadiran yg lain yg berhasrat untuk membantu mengislahkan masyarakat memudhkan dan sepatutnya kita berikan laluan.kalaupun mereka mengambil org2 yg hebat2 sahaja,moga2 org yg ditarbiah itu dapat sama2 bntu pulihkan masyarakat Islam yg sedg hanyut dgn maksiat.bkn beri laluan kpd mrk bmkna kita lemah,tp mmudhkan lagi gerak kerja.risalah nabi yg kita bawa berat...

    BalasPadam
  3. blh delete kenyataan di atas kalau tidak sesuai utk dipaparkan oleh pihak anda..

    BalasPadam
  4. @ Hamba Yang Bersyukur,

    Assalamualaikum.

    ISMA boleh sahaja untuk elak perkara ini dari berlaku. Mereka sepatutnya sudah faham lama waqi' di sini.

    Ini bukan masalah nak islah masyarakat, atau masalah ketidakmapuan. Ini masalah pecah belah.

    Boleh sahaja bertanya pegawai Terengganu, kenapa jemput kami (ISMA)? Untuk menyambut pelajar2 Terengganu. Sepatutnya mereka boleh mempersoalkan masalah ini semula kepada para pegawai Terengganu. "Adalah KPT sebenarnya persatuan kebajikan rasmi bagi anak2 terengganu di Mesir?"

    Isu ini bukan baharu ye cik Hamba Yang Bersyukur. Isu ini sudah lama. PMRAM juga jemaah Islam bagi pelajar di Mesir, juga NGO Melayu yang berdaftar terus dengan Kerajaan Mesir hampir 80 tahun lamanya. Pelbagai ujian diterima hingga ke hari ini. Masalahnya mengapa perlu jemaah lain? Mengapa tidak saluran PMRAM sahaja? PMRAM tak nak bawa Islam ka? PMRAM halang pi ngaji azhar ka?

    Jika ada kelemahan di peringkat PMRAM, maka Islah yang ini. Bukan wujudkan jemaah lain, yang jelasnya akan menimbulkan pertembungan. Kerana ia melibatkan masalah wala' dan bara' dan sebagainya. Paling menarik pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan dengan bertapaknya ISMA di sini.

    Berkerja sama dengan figur UMNO di sini. Dan sepatutnya ISMA wajar membuat kenyataan rasmi yang boleh diterima akal di mana2 web mereka berkenaan dengan ini.

    Wallahua'lam

    BalasPadam
  5. tapi rasanya kita xblh nk halang jemaah lain yg ikut al-quran n as-sunnah bercambah di mana2 kan?sb kita masih blm ada khilafah..lainla kalu dh ada khilafah mmg la sgt2 xblh.sb dh ada tmpuk pemerintahan yg kita prlu tunduk n wala'.mungkin diorg pernah untuk berbaik atau berdamai tp kita susah nk terima mereka.kalau diorg nk berbaik kita kene ada sifat keterbukaan.anda ada copy ttg jemaah contoh dlm blog anda.ana baca berulang.spatutnya anda yg lmpirkan anda tentu lagi akan lagi faham...bkn sekadar copy paste shj..
    moga Allah mmberi petunjuk kpd kita semua.
    ingat..dlm apa jua keadaan kita kena bertindak dgn iman,bkn semata2 akal atau emosi..bahaya syaitan..skrg ni musuh kita bkn sesama Islam..tapi non-muslim yg sdg cuba sdya upaya utk mghncurkan kita..
    ana xnk nk pnjgkn kalam...
    Rabbuna Yusahhil lana,Ya Mu-tsabbitalquluub,tsabbit quluubana 'ala diinik wa 'ala t'o'atik...

    wassalamualaikum...

    BalasPadam
  6. @ Hamba Yang Bersyukur,

    Assalamualaikum.

    1. bukan kerja kita menghalang. Tapi memberi faham.

    2. Memang ada teori bila ada khilafah barulah xboleh. Tapi bagaimana nak ada khilafah kalau sebelumnya pecah2 wala', kepimpinan, hadaf, wasilah dan pelbagai.

    3. Amat mudah meletakan perjuangan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah. Tapi wajar diketahui, mengapa Saidina Ali juga memerangi Muawiyah.

    4. Sebenarnya ianya dah terjawab pun.

    Sekian.

    BalasPadam
  7. biar amal yang berbicara!!

    usah dipeningkan kepala dengan masalah kecil ni, banyak lagi perkara yang lebih besar dan utama yang perlu difikirkan...

    tak guna bardebat sini, biar pimpinan yang selesaikan...

    tugas kita, pegang apa yang kita rasa yakin dan yang kita rasa dekat dengan perjuangan nabi..

    buat apa yang kita mampu.. yang tak mampu, biar orang lain handle... tak payah pening2 pikir..

    masalah mad'u, taklim, ziarah dan sebaginya banyak lagi tak settle..

    wassalam.. moga Allah beri kita semua hidayah dan kekuatan untuk berbuat...

    BalasPadam
  8. dah lama ana blk dari mesir ...ingatkan orang2 yg ikut jemaah ni dah bersifat terbuka rupanya tidak...masing2 nak pertahankan jemaah msg2...ana bersetuju sangat dengan tanpa nama diatas...pasal perebutan pelajar...terpulangla pd mereka nk ikut yg mane yg penting jemaah ikut quran n sunnah...tapi kdg2 yang dok kalot sangat kat mesir ni..blk2 diam aje usrah pun dah xikut..dok cbuk cari makan jer..urus hal rumahtangga..perjuangan dah dilupakan...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai